Mak, Angah dah beso B-)
Kek yang mak tempah seminggu sebelum hari jadi =)
"Ni lah 1st time dapat celebrate birthday dengan keluarga.. Huhuhu dah dekat 12 tahun hari jadi, Angah tak de kat rumah. Masa zaman sekolah dulu, bila hari jadi je periksa/ujian.. Dah masuk matrik dengan U, masuk sem baru.. Ni interview pulak.." saya menjawab dalam nada bergurau mengenangkan hadiah-hadiah hari jadi yang diperolehi :)
Mak membalas, "Siapa sangka, lepas matrik Angah dapat buat umrah. Habis degree sampai Indon pulak. Orang lain [merujuk kepada adik-beradik yang lain] mana la dapat semua tu..." Saya terkedu!
Astaghfirullahal 'azim... Teringat saya pada Ayat Allah yang diulang-ulang dalam Surah Ar-Rahman:
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
Ya Allah, aku tak mahu menjadi hamba-Mu yang kufur dengan nikmat dunia...
p/s: Alhamdulillah interview semalam berjalan lancar, hampir 1 jam perbincangan & perbualan antara kami. Moga ada yang terbaik buat diri ini. Minggu depan perjalanan lagi mencabar, harus merancang yang terbaik... Ya Allah permudahkanlah segalanya
0 comments:
Post a Comment