skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Nadirah
Small woman with a big heart.Born in Perak, studied in Pahang. Works in Terengganu. Educate people in hospital and public. Loves writing.
View my complete profile

Archivo del blog

  • ► 2014 (3)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2013 (15)
    • ► October (2)
    • ► September (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► April (4)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2012 (20)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (1)
    • ► April (3)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ► 2011 (36)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (1)
    • ► August (5)
    • ► July (7)
    • ► June (4)
    • ► April (8)
    • ► March (2)
    • ► February (5)
    • ► January (2)
  • ▼ 2010 (58)
    • ► December (2)
    • ► October (3)
    • ► September (8)
    • ▼ August (8)
      • Rahmat Ujian
      • Yang Tak Bisa Diucap oleh Ayah
      • Tuhan, dengan-Mu tiada jalan buntu
      • Checklist Ramadhan
      • Seminggu Ramadhan
      • Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!
      • Rindu
      • Kenapa tolak rezeki?!
    • ► July (8)
    • ► June (4)
    • ► May (7)
    • ► April (6)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (6)
  • ► 2009 (33)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (3)
    • ► September (7)
    • ► August (7)
    • ► July (7)

'Ilman Naafi'a

  • Ust Hasrizal
    Surah ‘Abasa dan Kisah Abdullah ibn Umm Maktum RA: Cerminan Islam dalam Pendidikan Inklusif
    4 weeks ago
  • Dr Sha Mesir
    Sanah Helwah Hana
    11 months ago
  • Ust Pahrol
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    1 year ago
  • Kak Salwa Saleh
    Kenapa kami suka pergi bercuti di PD?
    3 years ago
  • Zaharah Muhammad
    Jalan
    5 years ago
  • Langit Ilahi
    Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?
    5 years ago
  • Fatimah Syarha
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • Dr Ummi
    Kawan Sejati Atiqah
    7 years ago
  • Dr Siti Sarah Shukor
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • Dr Nazhatul Muna Ahmad Nasharuddin
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Mujahid sepanjang zaman..
    Aku mendung.
    9 years ago
  • Dr Hidayah Bani
    Tempat Baru
    11 years ago
  • Ustaz Muhd Shaari Abd Rahman
    KEM UMMAH SUKSES: TENTATIF DAN POSTER
    12 years ago
  • HEALS
    The DO's and DONT's of Studying
    12 years ago
  • Mohd Afiq Mohd Saleh
    TIPS BISNES AKHIRAT: AMAL JARIAH, HARTA YANG BERANAK-PINAK
    13 years ago
  • Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
  • Ustaz Mohd Erfino Johari

Baitul Muslim

  • Usrah Mujahid & Nihlah
    "Not bad"
    5 weeks ago
  • Usrah Rizza & Mardhiah
    Esok Mujahid UPSR!
    8 years ago
  • Usrah Hafiz & Mawaddah
    Ayah tak suka, tapi anak minat pula. Kenapalah wahai anakku?
    9 years ago
  • Usrah Azreen & Asiyah
    Kisah Nabi Di Pagi Hari
    10 years ago
  • Usrah Ipin & Atiqah
    End Of Posting..buat apa?
    11 years ago
  • Usrah Hawari & Hairena
    INNA MA'AL 'USRI YUSRA
    13 years ago
  • Usrah Khubaib & Aisyah
    Perniagaan
    14 years ago

Friends Forever

  • Noor Munirah Awang Abu Bakar
    Kedai makan best di MUAR
    10 years ago
  • Norjihada Izzah Ismail
    YA ALLAH, selamatkan GAZA & Palestinians
    12 years ago
  • Nur Sabrina Subri
    Meneladani rumah tangga Baginda Rasulullah s.a.w..~
    13 years ago
  • Noor Amirah Mat Nawi
    roh dan jasad itu makanannya berbeza..
    13 years ago
  • Smiling Sakura
    7 Steps to Create Productive Habits In 21 Days
    13 years ago
  • Noorsyuhada Mohd Salleh
    ...My BIG day...^_^ on 12th March 2011
    14 years ago
  • Budak-Budak Hitam
    Impian Jadi Kenyataan
    14 years ago
  • Nadirah Sulaiman
  • Che Aishah Nazariah Ismail

Kata-Kata Hikmah

"Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu yang ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun jika sesuatu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan kita dapat walaupun sudah ada dalam GENGGAMAN"

Tautan Ukhuwah

  • Maryam Al-Batul Azizuddin
    Planting Lavender
    6 years ago
  • ::Mukminah Mujahidah Menongkah Arus::
    Tersenyumlah
    9 years ago
  • Mohd Naim Rahim
    I'M BACK
    11 years ago
  • Yassir Ramlee
    Pemuda Pemudi Mengemudi Arus Perubahan
    11 years ago
  • Batrisyia Saffiyah & Aqeel Aisy
    Chacha wean off from formula milk
    12 years ago
  • Nur Asiyah Mustapha Kamil
    Happy Birthday, My Princess!
    13 years ago
  • Esfarizam Abd Ghaffar
    Anak-anak tak sihat
    13 years ago

The Dietitians

  • Creating Womanhood
    Sloth
    4 years ago
  • Diet Terapeutik Untuk Hati...
    MARY JARDIN ITU APA?
    7 years ago
  • Abdur Rahman Al-Azmi
    3 Peringkat Yang Akan Dilalui oleh Penuntut Ilmu
    7 years ago
  • Mohd Faizal Salleh
    Orang Tercari-cari Manikam Kita Pula Mencari-cari Cara Membuangnya
    8 years ago
  • Ayat
    mengapa menulis kalau bukan untuk memberi pengajaran?
    8 years ago
  • Dr Azdie
    Suara Keramat
    8 years ago
  • Variety is the spice of life
    Promo Dunkin Donuts
    9 years ago
  • Sr Suraiya Hani Said
    1st May 2015
    10 years ago
  • Noor Sakini Salleh
    New bestfriend
    10 years ago
  • Beautiful Soul
    BEST FEELING IN THE WORLD
    10 years ago
  • Izzah Ismail
    the fault in our stars
    10 years ago
  • Hasmira Mohd Daud
    Harum Semerbak!
    11 years ago
  • Muhammad Huzaifah Ahmad
    Ubat
    11 years ago
  • Nurul Husna Aron
    Hukuman mati
    11 years ago
  • Ahmad Huzaifah Yusoff
    UiTM di Hatiku?
    11 years ago
  • Ilman Hadree Idris
    Stevia Rebaudiana
    12 years ago
  • Geo Allen George
    WOW..CHECKING 1 2 3...
    13 years ago
  • Mohd Hakim Zakaria
    Selamat tinggal....
    13 years ago
  • Nur Ilanah Abdullah
    Eid Mubarak!!
    14 years ago
  • Mardhiah Mohd Roslan
  • Sr Fathin

SMKASR

  • Nurshuhada Zainon
    My CL's Journey to Oxford
    4 years ago
  • Izyan Mardhiah Halmi
    MSSD BoLa JaRiNg DaeRaH SeMPoRNa 2012
    13 years ago
  • Nurul Husna Johari
    Tak seindah biasa
    14 years ago
  • Sharihana Ab Halim
  • Zarina Rosehan Anuar

IIUM Dietetics

  • Kitchen's Heart Cafe
    "Thinking mistakes" for weight loss management
    9 years ago
  • 5th Batch
    Sports gives great Well being, and what impact this has on the psychological health and good quality of life?
    13 years ago

Online Shop

  • Homecake Delicious
    kek kahwin
    5 years ago
  • Resipi Noraini
    JADUAL KURSUS 2020
    5 years ago
  • Edariman Online Mall
    AL-QURAN RUMI AL-MUMAYYAZ SAIZ A4
    6 years ago
  • Sinar Kehidupanku
    Talam Lapis Surabaya
    9 years ago
  • krafHATI
    TERKINI: PETA DUNIA UNTUK ANAK-ANAK SOLEH
    9 years ago
  • Butik Noraz
    Coming soon
    14 years ago

Education

  • Malaysian Association for the Study of Obesity
  • nutriWEB Malaysia
  • Malaysian Dietitians' Association
  • International Islamic University Malaysia

Labels

  • Ayah (3)
  • Bicara Hati (6)
  • Bisikan Sirr (1)
  • kembara dietitian (62)
  • Kenangan (15)
  • Mawaddah wa Rahmah (4)
  • Monolog (100)
  • Sakinah (4)
  • Tazkiyyatun Nafs (53)
  • Tips Diet (6)
  • Usrati (33)

Blogroll

About

Blogger templates

iluvislam

Blogger news

widgeo.net

Bicara Teman

Min Aina

Syahrul Islam

Al Waqtu Kas Saif...

Free Calendar & Clock

Tetamu Ziarah

Powered by Blogger.

Pages - Menu

  • Home

Popular Posts

  • Menguatkan jiwa dengan Bantuan Ya 'Aziz, Ya Qawiyyu, Ya Matin, dan Ya Ba'ith
    oleh Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd Ya Allah, Ya 'Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawiyyu Yang Maha Kuat dan Ya Matin Yang Maha Teguh d...
  • Sanah Helwah Ya Ummi!
    Dataran Pahlawan, Melaka "The Prophet S.A.W told us that we must obey Allah and His Messenger at all times But after that who else d...
  • Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf
    Buat semua yang bernama anak, inilah puisiku untukmu: Ingin kubisikkan resah seorang ayah resah kita bersama resah warisan lama b...
  • Setiap hari ialah perjalanan hidup yang baru (1)
    Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Tiada kesyukuran yang layak saya berika...
  • Orang Tuamu, Orang Tuaku
    Karya Salim A. Fillah alhamdulillah sudah dibaca separuh, memang tak merugikan. "Orang tuamu, orang tuaku" antara isi kandungan ...
  • D.I.E.T.E.T.I.C.S
    Bachelor of Dietetics Saya terpana ketika mendapat surat tawaran daripada IIUM, Alhamdulillah pilihan pertama saya berjaya diterima. Saya s...
  • Mithaqan Ghalizan: Mihrab Cinta
    "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami pasangan dan zuriat keturunan yang menjadi penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin ba...
  • Pengalaman Itu Harus Dikongsi
    Catatan lama yang ditulis di blog kelas pada 25/08/2011 . Walaupun dah 2 tahun lebih berlalu, membaca catatan lama membuatkan saya bersyuku...
  • Untukmu Teman
    Di sini kita pernah bertemu  Mencari warna seindah pelangi Ketika kau menghulurkan tanganmu Membawaku ke daerah yang baru Dan hi...
  • Pulang
    6 Zulkaedah 1434H Bismillahirrahmanirrahim Pulang pada malam ini ke kampung bukan kepulangan biasa.  Pulang bagi menyempurnakan s...

Followers

Lintasan Pena

Aku tak mampu menjadi sehebat mereka, tapi cukuplah menjadi semampu aku kerana aku ada DIA untuk terus kuat...

Pages

  • Home

Kenapa tolak rezeki?!

Sunday, August 8, 2010

Bismillahi Allahu Akbar!

Alhamdulilah, penantian saya berakhir. Khamis 2 minggu yang lalu, saya mendapat panggilan telefon dari Johor. Permohonan saya sebagai Foodservice Coordinator a.k.a. Catering Dietitian di Hospital Columbia Asia, Nusajaya Johor Bahru diterima. Sudah diduga, sudah dijangka saya akan mengisi kekosongan jawatan tersebut memandangkan jawatan tersebut masih kosong walaupun hampir setahun iklan dibuat.


Saya gembira, impian dan cita-cita saya untuk bekerja tercapai memandangkan saya antara yang agak lambat mendapat kerja berbanding dengan rakan sekelas yang lain. Namun, wajarkah saya gembira? Terdetik dalam hati sama ada berita ini mendatangkan khabar gembira atau sebaliknya kepada diri saya serta mak dan ayah. Sepantas kilat saya menelefon mereka memandangkan saya di Kuala Lumpur ketika itu. Alhamdulillah positif saya rasa daripada riak suara mereka.. Saya sedikit tenang walaupun masih terkejut, namun bukan mudah untuk terus menerima. 'Rumah sewa? Transport? Boleh ke nak duduk JB ni, kos hidup tinggi...' antara soalan yang berlegar-legar dalam fikiran saya sejak dipanggil interview.

"Syukurlah Angah, dapat jugak. Tak apa, balik nanti bincang. Jauh sikit aje tu, apa-apa pun tahniah daripada ayah," seperti biasa jawapan tenang ayah.
"[Sambil ketawa] Oh, dapat juga! Angah nak terima ke? Terpulanglah.." Mak memberi respon yang sukar saya tafsir.

Saya kuatkan hati, katakan pada hati ni bidang saya, sikit cabaran yang saya hadapi saya kena kuat. Berjauhan dengan keluarga buat kesekian kalinya, mampukah saya?? Kalau dulu zaman belajar, zaman kerja pun nak jauh lagi. Tak rasa serik ke? Saya cuba pujuk hati untuk terima berita ini, InsyaAllah Isnin depannya saya akan diberitahu balik oleh hospital management mengenai rumah sewa di sana.

Pagi Isnin, saya mendapat mesej daripada kenalan saya, ada kekosongan jawatan yang sama di Bukit Mertajam walaupun dengan syarikat yang berlainan. Resume sudah saya email tengah harinya. Saya tidak kisah sama ada di bidang katering atau klinikal buat masa ini [walaupun aim untuk klinikal sebolehnya], bagi saya satu PENGALAMAN yang saya mahukan! Hati saya bertambah serba salah, sebab sudah janji pada diri untuk berdekatan dengan keluarga sebaik habis belajar. Perasaan bercampur-aduk...

Petang Isnin tu, saya mendapat khabar berita dari Nusajaya, rumah sewa tak dapat dicari. Semuanya sudah penuh dihuni, pihak sana meminta saya juga mencari mungkin daripada internet & hubungi mereka secepat mungkin supaya mereka boleh 'melihat' terlebih dahulu rumah tersebut; jaraknya daripada hospital, keselamatan, dan sebagainya. Bagus sungguh mereka, belum pernah lagi saya jumpa majikan yang baik macam tu.Saya bertambah gusar dan terasa berat untuk terima.

Keesokan petangnya, pihak Nusajaya menghubungi saya sekali lagi. Berkemungkinan besar rumah sewa akan dapat, tapi mesti berkongsi dengan rakan-rakan satu hospital yang lain. Saya tidak kisah akan semua itu, cumanya dimaklumkan kadar sewa antara RM 150-200 sekepala. Bergantung kepada berapa ramai jumlah penghuninya. Sekiranya saya bersetuju, pentadbiran hospital akan masukkan nama saya dan surat tawaran akan dikeluarkan. Saya berkira-kira, mahu terima atau terus menolak. Saya minta diberi sedikit masa untuk berbincang dengan keluarga. Mak agak bersetuju, memandangkan rumah sewa akan dicari. Ayah minta saya fikir sehabis baik, mungkin dia tak mahu saya menyesal sekiranya permohonan saya ke Bukit Mertajam tidak diterima. Namun hati saya seakan berat untuk menerima sebab saya ada alasan yang tersendiri..

Rabu dan Khamis, dalam kelam-kabut saya menyiapkan thesis, fikiran saya masih terganggu dengan keputusan apa yang harus saya buat. Istikharah sudah, doa pun sudah. Semakin lama semakin tenggelam perasaan saya untuk ke sana. Pihak syarikat yang lagi satu masih menyepi, dan sememangnya saya langsung tidak menaruh harapan yang tinggi memandangkan rakan saya pernah 'ditipu' sungguhpun dijanjikan pekerjaan. Dan hakikatnya saya mahu menolak tawaran tersebut! Mak dan ayah seakan melarang pada awalnya, namun atas penerangan saya mereka faham dan menerima. Satu persatu saya jelaskan, kemungkinan-kemungkinan masalah atau halangan yang bakal saya hadapi nanti. Mungkin terlalu awal untuk saya berfikiran negatif, namun pengalaman hampir 12 tahun berjauhan dengan keluarga membuatkan saya seolah-olah serik.. Dan yang paling penting, saya tak mahu terkilan dalam hidup saya!

Bagaimana saya harus jelaskan kepada orang lain? Saya yakin ramai yang tidak bersetuju dengan keputusan saya, walau bagaimanapun beberapa orang rakan karib saya memberi keyakinan. "Tak pe Nadirah, kalau itu yang terbaik rasanya teruskan. Jangan ikut cakap orang sebab orang tak akan faham kita". Terima kasih sahabat kerana memahami diri saya kerana bagi saya keluarga adalah sebahagian daripada hidup saya, sumber kekuatan saya.

Perkara pertama yang menyababkan saya berat hati sebab mak dan ayah saya berat hati terlebih dahulu seawal saya ingin menghadiri temuduga lagi kerana saya dijanjikan untuk mengisi kekosongan di Nusajaya sekiranyanya berjaya. Apabila saya berjaya mendapat kerja tu, mereka tidak terus membantah tapi tak pula terus menerima. Jadi saya fikir, amatlah tidak adil sekiranya saya hanya mengambil kira tentang kegembiraan saya, sedangkan mak dan ayah kurang bersetuju dengan keutusan saya. Tambahan pula sekiranya pemergian saya itu baik, sudah tentu mak dan ayah membenarkan tanpa rasa ragu-ragu. Saya tahu, ibu bapa mana yang tidak risau kalau anak perempuannya berseorangan di tempat orang tanpa ada saudara-mara atau kenalan di sana. Saya masih ingat sewaktu kakak saya demam di asrama, mak tak lena tidur malam walaupun kakak saya dah besar panjang. Mak siap cakap lagi, "kalau dekat boleh la nak datang jenguk..." Saya tak mahu buat mak susah hati, saya tak mahu mak tak lena tidur, dan paling penting saya tak mahu mak dan ayah travel berbatu-batu dari Perak untuk menghantar saya apatah lagi kalau saya sakit. Mereka bukan lagi muda, mereka bukan lagi kuat macam dahulu. Itu yang saya fikirkan.

"Adapt with new environment, barulah buat keputusan. Ni terus tolak. Macamlah tak biasa duduk jauh-jauh, selama ni boleh je..." Ramai yang beranggapan saya tegal, sebab 4 tahun ulang-alik dari Perak ke Kuantan bukannya jauh sangat. Ni JB lebih kurang sama je, belum lagi duduk oversea! Ya mereka tidak akan faham, bukan jauh berkilometer tu menjadi ukuran. Bagi saya keadaan persekitaran yang saya kisahkan. Kehidupan sosial di sana amatlah berbeza dengan Kuantan apatah lagi di Kuala Kangsar. Saya sangat takut kalau saya tak kuat, bekalan iman yang saya ada belum menjamin keselamatan saya. Ya, secara jujurnya, memang saya anak kampung yang tidak sukakan kehidupan yang terlalu moden.Biarlah orang lain fikir saya kolot dan ketinggalan zaman, asalkan hati saya tenang dengan apa yang saya ada.

Berdasarkan risikan yang saya buat daripada seorang rakan yang bekerja di hospital yang sama [tapi branch lain], jadual cuti bukanlah di hujung minggu. Cuti diberi satu hari dalam satu minggu, dan pada hari bekerja kecuali dengan alasan yang kukuh. Mana mungkin dapat saya balik sekiranya saya menerimanya. Saya bukan macam sesetengah yang lain, bekerja dalam sebulan dua dan mencari kerja lain jika dirasakan ada peluang lain. Saya mahu bekerja lama, sekurang-kurangnya 6 bulan di satu-satu tempat. Jika beginilah yang saya harus hadapi, tabahkah saya tidak pulang ke rumah selama 6 bulan? Yang bakal menghadapi perkara ini bukan KALIAN, tapi SAYA.
Sepanjang saya di berjauhan, saya akui kadang-kadang perasaan nak pulang ke rumah membuak-buak terutamanya di kala stress menyerang dek timbunan tugasan yang menuntut. Namun apalah daya saya, kekangan masa dan jarak menyebabkan saya terpaksa memendam rasa. Hanya suara mak dan ayah sahaja yang mampu saya dengar, dan saya tidak kisah untuk menelefon mereka setiap hari terutamanya di musim peperiksaan. Semua itu untuk apa, untuk saya hiburkan hati saya yang kesedihan.. Untuk saya recharge semula motivasi diri yang semakin berkurangan, untuk menguatkan semula diri saya yang semakin tak berdaya. Itu di zaman belajar, cabarannya lain. Kini di alam kerjaya yang menuntut berjuta-juta pengorbanan dan semangat, saya lebih kenal nature of catering dietitian yang memerlukan ketahanan mental & fizikal, mampukah saya bertahan...?
Dan apabila duduk berjauhan, saya tidak sanggup lagi melihat kesusahan ayah mencari tiket demi memastikan anaknya dapat pulang ke rumah. Setiap kali saya menelefon untuk pulang ke rumah, ayah terlebih dahulu akan ke stesen bas untuk meninjau tiket bas supaya saya dapat pulang ke tempat saya pada waktu yang dirancang. Paling menyakitkan apabila tiba musim perayaan, harga tiket melambung dengan alasan BAS TAMBAHAN. Pernah suatu ketika, saya pulang ke Kuantan dengan menaiki bas sekolah kerana tiket telah habis [walaupun awal Ramadhan lagi dah cari]. Bayangkan bas dijanjikan pukul 8.30 malam tetapi datang hampir pukul 10 malam, sampai sana pukul 8 pagi keesokan harinya. Saya bermalam dengan seat yang sempit dan tegak 90 darjah untuk perjalanan hampir 1/2 hari saya bilang. Memang membuatkan saya serik selepas itu..
Kadangkala, ayah terpaksa menunggu saya di stesen bas di tengah malam atau awal pagi sekiranya saya menaiki bas malam. Perjalanan untuk pulang ke rumah biasanya saya rancang awal tetapi bukan semuanya diizinkan mengikut perancangan saya, ada ketika kehabisan tiket atau bas rosak dan perjalanan terpaksa ditunda. Jadi perjalanan selama 8 jam dah menginjak ke 10-12jam.. Bayangkanlah! Saya lebih suka perjalanan di waktu siang kerana saya berseorangan. Saya memilih untuk transit di KL sebelum meneruskan perjalanan seterusnya untuk memudahkan ayah, bas direct KK-Ktn tiada kecuali jam 7 malam dan sampai sana 3-4 pagi. Mana mungkin seorang ayah sanggup membiarkan anak perempuannya bersendirian di waktu sunyi sebegitu. Sekiranya saya mahu perjalanan terus Perak-Pahang, ayah harus menghantar saya ke Ipoh,. Satu lagi pekara yang akan menyusahkan ayah. Jadi, jalan yang terbaik, biarlah saya susah sedikit. Menaiki 2 bas untuk satu perjalanan, walaupun kadangkala keletihan yang amat dalam perjalanan. Semua itu sebab apa, sebab saya tak mahu susahkan ayah, ayah bukan lagi kuat. Biarlah saya berkorban demi AYAH SAYA.

Itu belum lagi pengorbanan mak, bangun seawal pagi untuk masak bekalan saya dalam perjalanan. Mak juga sanggup menunggu saya sampai di rumah setiap kali saya balik, walaupun di tengah-tengah malam. Dan terlalu banyak pengorbanan mak, pendengar setia segala masalah saya dan tidak pernah marah walaupun kadangkala saya menelefonnya 2-3 kali sehari di musim peperiksaan. Mak tetap bersabar melayan karenah saya dan tak pernah bersungut. Dan sebab itulah saya sedikit kecil hati apabila ada rakan yang kurang memahami, bukan jarak berbatu-batu antara Perak dan Johor menjadi ukuran untuk saya menerima tawaran ini. Tetapi jarak antara ikatan hati-hati ini yang saya kisahkan.. Hanya mereka yang mengalami pengalaman ini sahaja yang memahami, biarlah sampai satu masa mereka lain yang juga akan memahaminya.

Paling penting, saya tak mahu terkilan seperti pemergian arwah nenek saya dahulu. Memang ramai yang mengatakan, dah ajal dia kita tak boleh nak buat macam mana.. Saya mendapat khabar kematian nenek pagi itu selepas mendapat mesej daripada mak [kebiasaannya mak call kalau ada emergency, tapi mak tak mahu saya susah untuk balik ke kampung sebab dah pasti tak sempat berjumpa dengan arwah nenek]. Saya nekad untuk pulang juga ke kampung pagi itu, dan sampai di sana pukul 4 petang. Saya tahu memang saya tak sempat menatap wajah nenek untuk kali terakhir, namun hati saya tidak tenang sepanjang berada di mahallah. Memang saya terkilan, namun apa daya saya kerana jenazah dah selamat dikebumikan selepas zohor. Ayah pesan, banyakkan sedekah Al-Fatihah dan berdoa moga rohnya tenang di sana walaupun tak sempat berjumpa buat kali terakhir. Namun, saya terkilan dan tak mahu lagi ia berlaku dalam hidup saya!

 Banyak perkara boleh merubah kita, tetapi kita bermula dan berakhir dengan KELUARGA- [ust Zahazan]

Dan Jumaat itu, secara rasminya saya menolak tawaran kerja tersebut. Saya khabarkan kepada pihak sana saya mendapat tawaran di negeri berhampiran rumah walaupun pada hakikatnya saya masih penganggur terhormat. Sememangnya keputusan ini amat berat untuk saya buat, namun demi keluarga tercinta saya akur kerana merekalah tulang belakang saya selama ini. Dan saya yakin bahawa perasaan ini datang daripada Allah, saya  sama sekali tak menyesal mengambil keputusan ini. Saya yakin, bahawa rezeki saya ada cuma mungkin agak lambat berbanding rakan yang lain.Siapalah saya untuk menetapkan segala-galanya. saya redha kerana saya amat menyayagi keluarga saya.. :)

Posted by Nadirah at 5:40 AM    

Labels: kembara dietitian, Monolog, Usrati

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Powered By Blogger

Blog Design by Gisele Jaquenod.