skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Nadirah
Small woman with a big heart.Born in Perak, studied in Pahang. Works in Terengganu. Educate people in hospital and public. Loves writing.
View my complete profile

Archivo del blog

  • ► 2014 (3)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2013 (15)
    • ► October (2)
    • ► September (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► April (4)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2012 (20)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (1)
    • ► April (3)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ► 2011 (36)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (1)
    • ► August (5)
    • ► July (7)
    • ► June (4)
    • ► April (8)
    • ► March (2)
    • ► February (5)
    • ► January (2)
  • ▼ 2010 (58)
    • ► December (2)
    • ► October (3)
    • ▼ September (8)
      • After Eid 1431H
      • Perang Pena!
      • 4 Syawal 1431H Alhamdulillah, Engkau Maha Mendeng...
      • Eid Mubarak
      • Bulan masih Ramadhan, Jangan Syawalkan ia
      • Stop and Reflect
      • Kerjaya: Guru
      • Doa lail Al-Qadr
    • ► August (8)
    • ► July (8)
    • ► June (4)
    • ► May (7)
    • ► April (6)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (6)
  • ► 2009 (33)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (3)
    • ► September (7)
    • ► August (7)
    • ► July (7)

'Ilman Naafi'a

  • Ust Hasrizal
    Surah ‘Abasa dan Kisah Abdullah ibn Umm Maktum RA: Cerminan Islam dalam Pendidikan Inklusif
    4 weeks ago
  • Dr Sha Mesir
    Sanah Helwah Hana
    11 months ago
  • Ust Pahrol
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    1 year ago
  • Kak Salwa Saleh
    Kenapa kami suka pergi bercuti di PD?
    3 years ago
  • Zaharah Muhammad
    Jalan
    5 years ago
  • Langit Ilahi
    Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?
    5 years ago
  • Fatimah Syarha
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • Dr Ummi
    Kawan Sejati Atiqah
    7 years ago
  • Dr Siti Sarah Shukor
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • Dr Nazhatul Muna Ahmad Nasharuddin
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Mujahid sepanjang zaman..
    Aku mendung.
    9 years ago
  • Dr Hidayah Bani
    Tempat Baru
    11 years ago
  • Ustaz Muhd Shaari Abd Rahman
    KEM UMMAH SUKSES: TENTATIF DAN POSTER
    12 years ago
  • HEALS
    The DO's and DONT's of Studying
    12 years ago
  • Mohd Afiq Mohd Saleh
    TIPS BISNES AKHIRAT: AMAL JARIAH, HARTA YANG BERANAK-PINAK
    13 years ago
  • Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
  • Ustaz Mohd Erfino Johari

Baitul Muslim

  • Usrah Mujahid & Nihlah
    "Not bad"
    5 weeks ago
  • Usrah Rizza & Mardhiah
    Esok Mujahid UPSR!
    8 years ago
  • Usrah Hafiz & Mawaddah
    Ayah tak suka, tapi anak minat pula. Kenapalah wahai anakku?
    9 years ago
  • Usrah Azreen & Asiyah
    Kisah Nabi Di Pagi Hari
    10 years ago
  • Usrah Ipin & Atiqah
    End Of Posting..buat apa?
    11 years ago
  • Usrah Hawari & Hairena
    INNA MA'AL 'USRI YUSRA
    13 years ago
  • Usrah Khubaib & Aisyah
    Perniagaan
    14 years ago

Friends Forever

  • Noor Munirah Awang Abu Bakar
    Kedai makan best di MUAR
    10 years ago
  • Norjihada Izzah Ismail
    YA ALLAH, selamatkan GAZA & Palestinians
    12 years ago
  • Nur Sabrina Subri
    Meneladani rumah tangga Baginda Rasulullah s.a.w..~
    13 years ago
  • Noor Amirah Mat Nawi
    roh dan jasad itu makanannya berbeza..
    13 years ago
  • Smiling Sakura
    7 Steps to Create Productive Habits In 21 Days
    13 years ago
  • Noorsyuhada Mohd Salleh
    ...My BIG day...^_^ on 12th March 2011
    14 years ago
  • Budak-Budak Hitam
    Impian Jadi Kenyataan
    14 years ago
  • Nadirah Sulaiman
  • Che Aishah Nazariah Ismail

Kata-Kata Hikmah

"Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu yang ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun jika sesuatu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan kita dapat walaupun sudah ada dalam GENGGAMAN"

Tautan Ukhuwah

  • Maryam Al-Batul Azizuddin
    Planting Lavender
    6 years ago
  • ::Mukminah Mujahidah Menongkah Arus::
    Tersenyumlah
    9 years ago
  • Mohd Naim Rahim
    I'M BACK
    11 years ago
  • Yassir Ramlee
    Pemuda Pemudi Mengemudi Arus Perubahan
    11 years ago
  • Batrisyia Saffiyah & Aqeel Aisy
    Chacha wean off from formula milk
    12 years ago
  • Nur Asiyah Mustapha Kamil
    Happy Birthday, My Princess!
    13 years ago
  • Esfarizam Abd Ghaffar
    Anak-anak tak sihat
    13 years ago

The Dietitians

  • Creating Womanhood
    Sloth
    4 years ago
  • Diet Terapeutik Untuk Hati...
    MARY JARDIN ITU APA?
    7 years ago
  • Abdur Rahman Al-Azmi
    3 Peringkat Yang Akan Dilalui oleh Penuntut Ilmu
    7 years ago
  • Mohd Faizal Salleh
    Orang Tercari-cari Manikam Kita Pula Mencari-cari Cara Membuangnya
    8 years ago
  • Ayat
    mengapa menulis kalau bukan untuk memberi pengajaran?
    8 years ago
  • Dr Azdie
    Suara Keramat
    8 years ago
  • Variety is the spice of life
    Promo Dunkin Donuts
    9 years ago
  • Sr Suraiya Hani Said
    1st May 2015
    10 years ago
  • Noor Sakini Salleh
    New bestfriend
    10 years ago
  • Beautiful Soul
    BEST FEELING IN THE WORLD
    10 years ago
  • Izzah Ismail
    the fault in our stars
    10 years ago
  • Hasmira Mohd Daud
    Harum Semerbak!
    11 years ago
  • Muhammad Huzaifah Ahmad
    Ubat
    11 years ago
  • Nurul Husna Aron
    Hukuman mati
    11 years ago
  • Ahmad Huzaifah Yusoff
    UiTM di Hatiku?
    11 years ago
  • Ilman Hadree Idris
    Stevia Rebaudiana
    12 years ago
  • Geo Allen George
    WOW..CHECKING 1 2 3...
    13 years ago
  • Mohd Hakim Zakaria
    Selamat tinggal....
    13 years ago
  • Nur Ilanah Abdullah
    Eid Mubarak!!
    14 years ago
  • Mardhiah Mohd Roslan
  • Sr Fathin

SMKASR

  • Nurshuhada Zainon
    My CL's Journey to Oxford
    4 years ago
  • Izyan Mardhiah Halmi
    MSSD BoLa JaRiNg DaeRaH SeMPoRNa 2012
    13 years ago
  • Nurul Husna Johari
    Tak seindah biasa
    14 years ago
  • Sharihana Ab Halim
  • Zarina Rosehan Anuar

IIUM Dietetics

  • Kitchen's Heart Cafe
    "Thinking mistakes" for weight loss management
    9 years ago
  • 5th Batch
    Sports gives great Well being, and what impact this has on the psychological health and good quality of life?
    13 years ago

Online Shop

  • Homecake Delicious
    kek kahwin
    5 years ago
  • Resipi Noraini
    JADUAL KURSUS 2020
    5 years ago
  • Edariman Online Mall
    AL-QURAN RUMI AL-MUMAYYAZ SAIZ A4
    6 years ago
  • Sinar Kehidupanku
    Talam Lapis Surabaya
    9 years ago
  • krafHATI
    TERKINI: PETA DUNIA UNTUK ANAK-ANAK SOLEH
    9 years ago
  • Butik Noraz
    Coming soon
    14 years ago

Education

  • Malaysian Association for the Study of Obesity
  • nutriWEB Malaysia
  • Malaysian Dietitians' Association
  • International Islamic University Malaysia

Labels

  • Ayah (3)
  • Bicara Hati (6)
  • Bisikan Sirr (1)
  • kembara dietitian (62)
  • Kenangan (15)
  • Mawaddah wa Rahmah (4)
  • Monolog (100)
  • Sakinah (4)
  • Tazkiyyatun Nafs (53)
  • Tips Diet (6)
  • Usrati (33)

Blogroll

About

Blogger templates

iluvislam

Blogger news

widgeo.net

Bicara Teman

Min Aina

Syahrul Islam

Al Waqtu Kas Saif...

Free Calendar & Clock

Tetamu Ziarah

Powered by Blogger.

Pages - Menu

  • Home

Popular Posts

  • Menguatkan jiwa dengan Bantuan Ya 'Aziz, Ya Qawiyyu, Ya Matin, dan Ya Ba'ith
    oleh Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd Ya Allah, Ya 'Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawiyyu Yang Maha Kuat dan Ya Matin Yang Maha Teguh d...
  • Sanah Helwah Ya Ummi!
    Dataran Pahlawan, Melaka "The Prophet S.A.W told us that we must obey Allah and His Messenger at all times But after that who else d...
  • Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf
    Buat semua yang bernama anak, inilah puisiku untukmu: Ingin kubisikkan resah seorang ayah resah kita bersama resah warisan lama b...
  • Setiap hari ialah perjalanan hidup yang baru (1)
    Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Tiada kesyukuran yang layak saya berika...
  • Orang Tuamu, Orang Tuaku
    Karya Salim A. Fillah alhamdulillah sudah dibaca separuh, memang tak merugikan. "Orang tuamu, orang tuaku" antara isi kandungan ...
  • D.I.E.T.E.T.I.C.S
    Bachelor of Dietetics Saya terpana ketika mendapat surat tawaran daripada IIUM, Alhamdulillah pilihan pertama saya berjaya diterima. Saya s...
  • Mithaqan Ghalizan: Mihrab Cinta
    "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami pasangan dan zuriat keturunan yang menjadi penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin ba...
  • Pengalaman Itu Harus Dikongsi
    Catatan lama yang ditulis di blog kelas pada 25/08/2011 . Walaupun dah 2 tahun lebih berlalu, membaca catatan lama membuatkan saya bersyuku...
  • Untukmu Teman
    Di sini kita pernah bertemu  Mencari warna seindah pelangi Ketika kau menghulurkan tanganmu Membawaku ke daerah yang baru Dan hi...
  • Pulang
    6 Zulkaedah 1434H Bismillahirrahmanirrahim Pulang pada malam ini ke kampung bukan kepulangan biasa.  Pulang bagi menyempurnakan s...

Followers

Lintasan Pena

Aku tak mampu menjadi sehebat mereka, tapi cukuplah menjadi semampu aku kerana aku ada DIA untuk terus kuat...

Pages

  • Home

Stop and Reflect

Monday, September 6, 2010

27 Ramadhan 1431H

DUNIA

Sesungguhnya kita dalam perjalanan yang sangat jauh! Dan perjalanan kita di dunia ini sekadar menjalani saat umur yang terbatas. Yang tidak tahu bila dan bagaimana akhirnya. Dunia mengikut pandangan Allah s.w.t. ialan 'kesedapan yang sangat sedikit', 'sekadar permainan yang bersia-sia' dan Allah telah berfirman yang bermaksud: "Dan akhirat itu terlebih baik bagi kamu daripada dunia."

Dunia mengikut pandangan Rasulullah s.a.w. ialah ibarat penjara bagi orang yang beriman, dunia ialah sebanyak air yang melekat di hujung jari, dunia ialah syurga bagi orang kafir dan dunia ialah ibarat huma bagi tanaman akhirat.

Dunia mengikut pandangan para sahabat Nabi s.a.w. adalah ibarat bangkai yang busuk. Manakala dunia mengikut pandangan ahli hikmah ialah ibarat pantulan air di jalan raya dan ibarat laut yang dalam. Ramai yang tenggelam dalam kekufuran, kemungkaan dan kelalaian.


Dan bagi ahli sufi, dunia yang haram ialah ibarat racun yang membunuh, dunia yang haram ialah api yang membakar, dan dunia yang halal yang diambil secara berlebihan ialah tahi, darah, nanah, dan muntah. 

Demikian kita diingatkan, betapa besarnya fitnah dunia tetapi terlalu banyak dalam hidup ini yang telah menderitakan jiwa dan jasad kita hingga ke akhirnya kita berputus asa daripada memohon kepada Allah...seolah-olah dunia ini terlalu penting dan mahal untuk kita lepasi engan kesakitan. Dan sesungguhnya, kita memang mampu menyedari semua itu... kita mampu memperkatakan bahawa dunia ini tiada apanya... hanya medan untuk persinggahan untuk suatu perjalanan yang amat jauh tetapi untuk meyakini bahawa kesakitan yang kita rasa daripada ujian yang ditimpakan itulah payah. Kegagalan untuk berpegang dengan keyakinan akan hal itulah yang banyak menjadikan kita menderita, terseksa, dan kecewa. Sedangkan hakikatnya, dunia ini tidaklah seberapa.


PARAS RUPA

Setiap kejadian Allah ada keistimewaannya yang tersendiri kiranya kita menilai ciptaan itu dengan hati yang bersih. Sejarah Luqman al-Hakim yang berasal dari Afrika yang berkulit hitam pekat,wajahnya tidak menarik sama sekali, berhidung pesek, bertubuh pendek dan sentiasa menjadi bahan ketawa orang lain. Beliau dilahirkan lima abad sebelum Masihi. Jika dilihat daripada bentuk fizikalnya, jauh sekali daripada menarik, tetapi jika dilihat daripada kehidupan Luqman, maka semua orang akan kagum kepadanya. Seorang Muslim yang memiliki akhlak terpuji, seorang Muslim yang taat, butir kata-katanya bagaikan mutiara yang tidak ternilai harganya. Begitu bijaksana dalam mendidik anak-anaknya dengan nasihat sehingga Allah memberikannya gelaran al-Hakim. Dan namanya termaktub di dalam Al-Quran di mana terdapat satu surah yang dinamakan dengan nama beliau. 


Sebagaimana yang disebut dalam tafsir Ibnu Kathir, pernah ada seorang lelaki yang berkulit hitam dan buruk rupanya mengeluh kepada Sa'id bin Musayyab kerana dia selalu diejek orang walau di mana dia berada. Maka Sa'id bin Musayyab berkata:

Janganlah engkau merasa risau dan sedih kerana kulitmu yang hitam dan wajahmu yang buruk itu, kerana ada tiga orang yang sangat terkenal kebaikannya, sedangkan ketiga-tiganya adalah berkulit hitam. Mereka adalah Bilal bin Rabah yang menjadi Muazzin Rasulullah, Mahja' yang menjadi maula Khalifah Umar ibn al-Khattab dan yang ketiga adalah Luqman al-Hakim yang namanya dijadikan Allah sebagai nama suatu surah di dalam al-Quran iaitu surah Luqman.

ILMU

Ilmu yang memberi manfaat adalah ilmu yang memancarkan cahaya dalam dada dan dapat menyingkap tutup dari hati. Firman Allah dalam A-Quran yang bermaksud:

"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Pemurah. yang telah mengajar (manusia) melalui perantaraan qalam. dan yang telah mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahuinya (Al-'Alaq: 1-5)

Melalui firman-Nya itu, Allah memerintahkan agar manusia menuntut ilmu dan diniatkan dengan seikhlas-ikhlasnya untuk berbakti kepada Allah, bukan untuk bertujuan mendapatkan pekerjaan, mendapat kemegahan atau mendapat kawan yang ramai. Dan yang lebih penting yang perlu kita insafi ialah ilmu yang kita peroleh itu bukanlah dasar kepandaian atau kecerdasan otak, melainkan kurnia Allah semata-mata. 

Islam tidak membeza-bezakan antara ilmu agama dengan ilmu pengetahuan yang lain. Kedua-dua ilmu ini boleh dijadikan alat untuk bermakrifah kepada Allah. Seperti kata Imam Madhawi:

Ilmu yang bermanfaat itu adalah ilmu dengannya manusia boleh mengetahui tentang hak-hak waktu, yang boleh menjernihkan hati, yang boleh menjarakkan diri dengan pengaruh dunia, yang boleh mendekatkan diri dengan syurga, yang boleh menjauhkan manusia dari neraka, yang boleh meningkatkan rasa takut kepada Allah, untuk memperolehi rahmat Allah, untuk mengetahui akan akibat-akibat daripada menurut hawa nafsu dan ilmu untuk memenuhi keperluan hidup di dunia. Jika ilmu itu disertai dengan rasa takut (kepada Allah), maka itulah ilmu yang menguntungkan. Jika tidak, maka celakalah bagi kamu. 

Seperti yang terkandung dalam kata-kata hikmah Sufyan al-Tsauri:

Bahawasanya ilmu itu hendaklah dicari dan dipelajari, agar dengan ilmu itu orang merasa takut dan mendekatkan diri kepada Allah.Bahawasanya ilmu itu lebih diutamakan daripada yang lain-lainnya, kerana dengan ilmu itu orang boleh takut kepada Allah. Apabila seseorang menyeleweng daripada tujuan ini dan merosakkan niatnya, sebagaimana halnya dia merasakan bahawa dengan ilmu itu akan mendapat cita-cita keduniaannya, seperti memperolehi harta benda, pangkat, pengaruh, dan lain-lainnya, maka batallah pahalanya dan rosaklah amalnya, serta rugilah dia dengan kerugian yang nyata. 

Sesuailah dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Barang siapa yang menuntut ilmu, dan tidak mengharapkan keredaan Allah dengan ilmu itu, beerti dia tidak menuntutnya kecuali untuk memperolehi hajat keduniaan, dan dia tidak akan memperoleh bau syurga di hari akhirat kelak.

Ya Allah... kiranya takdir-Mu aku ini hidup dan mati dalam kemiskinan harta, jangan kau sempitkan jalanku untuk mencari ilmu dan mencari reda-Mu. Jangan kau tutup pintu hati ini untuk mencari dan mengenal-Mu... agar aku lebih kasih dan lebih cinta kepada-Mu. Bukakanlah segala hijab yang menabiri kalbu ini. Berikanlah kekuatan kepadaku untuk sendirian kepada-Mu. Kerana hakikatnya, di dunia ini aku memang tidak mempunyai sesiapa.

Dan kiranya aku mempunyai seseorang untuk bergantung harap dan bergantung kasih...Janganlah pula Engkau jauhkan diriku daripada-Mu. Janganlah pula Engkau memalingkan hati dan kasih sayangku kepadanya selain-Mu. Janganlah Engkau jauh daripadaku Ya Allah...

p/s: Kata-kata ini saya ambil daripada Novel Hatiku Milikmu, karya Zaharah Muhammad. siapa kata baca novel tak mendatangkan manfaat...;)

Posted by Nadirah at 1:37 PM    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

1 comments:

Anonymous said...

Salam.

Terima kasih kerana mambaca novel akak. Semoga tenang selalu.

Zaharah Muhammad

August 9, 2011 at 7:18 AM  

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Powered By Blogger

Blog Design by Gisele Jaquenod.