skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Nadirah
Small woman with a big heart.Born in Perak, studied in Pahang. Works in Terengganu. Educate people in hospital and public. Loves writing.
View my complete profile

Archivo del blog

  • ► 2014 (3)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2013 (15)
    • ► October (2)
    • ► September (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► April (4)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2012 (20)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (1)
    • ► April (3)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ► 2011 (36)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (1)
    • ► August (5)
    • ► July (7)
    • ► June (4)
    • ► April (8)
    • ► March (2)
    • ► February (5)
    • ► January (2)
  • ▼ 2010 (58)
    • ► December (2)
    • ► October (3)
    • ► September (8)
    • ► August (8)
    • ▼ July (8)
      • Hadiah Hari Lahir
      • Niat Asal
      • Fainna ma'al 'usri yusra
      • Rindu Haramain
      • Aku Malu. Tidakkah Kamu?
      • Lagi Seminggu...
      • Benteng Hindari Zina
      • Rezeki
    • ► June (4)
    • ► May (7)
    • ► April (6)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (6)
  • ► 2009 (33)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (3)
    • ► September (7)
    • ► August (7)
    • ► July (7)

'Ilman Naafi'a

  • Ust Hasrizal
    Surah ‘Abasa dan Kisah Abdullah ibn Umm Maktum RA: Cerminan Islam dalam Pendidikan Inklusif
    4 weeks ago
  • Dr Sha Mesir
    Sanah Helwah Hana
    11 months ago
  • Ust Pahrol
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    1 year ago
  • Kak Salwa Saleh
    Kenapa kami suka pergi bercuti di PD?
    3 years ago
  • Zaharah Muhammad
    Jalan
    5 years ago
  • Langit Ilahi
    Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?
    5 years ago
  • Fatimah Syarha
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • Dr Ummi
    Kawan Sejati Atiqah
    7 years ago
  • Dr Siti Sarah Shukor
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • Dr Nazhatul Muna Ahmad Nasharuddin
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Mujahid sepanjang zaman..
    Aku mendung.
    9 years ago
  • Dr Hidayah Bani
    Tempat Baru
    11 years ago
  • Ustaz Muhd Shaari Abd Rahman
    KEM UMMAH SUKSES: TENTATIF DAN POSTER
    12 years ago
  • HEALS
    The DO's and DONT's of Studying
    12 years ago
  • Mohd Afiq Mohd Saleh
    TIPS BISNES AKHIRAT: AMAL JARIAH, HARTA YANG BERANAK-PINAK
    13 years ago
  • Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
  • Ustaz Mohd Erfino Johari

Baitul Muslim

  • Usrah Mujahid & Nihlah
    "Not bad"
    5 weeks ago
  • Usrah Rizza & Mardhiah
    Esok Mujahid UPSR!
    8 years ago
  • Usrah Hafiz & Mawaddah
    Ayah tak suka, tapi anak minat pula. Kenapalah wahai anakku?
    9 years ago
  • Usrah Azreen & Asiyah
    Kisah Nabi Di Pagi Hari
    10 years ago
  • Usrah Ipin & Atiqah
    End Of Posting..buat apa?
    11 years ago
  • Usrah Hawari & Hairena
    INNA MA'AL 'USRI YUSRA
    13 years ago
  • Usrah Khubaib & Aisyah
    Perniagaan
    14 years ago

Friends Forever

  • Noor Munirah Awang Abu Bakar
    Kedai makan best di MUAR
    10 years ago
  • Norjihada Izzah Ismail
    YA ALLAH, selamatkan GAZA & Palestinians
    12 years ago
  • Nur Sabrina Subri
    Meneladani rumah tangga Baginda Rasulullah s.a.w..~
    13 years ago
  • Noor Amirah Mat Nawi
    roh dan jasad itu makanannya berbeza..
    13 years ago
  • Smiling Sakura
    7 Steps to Create Productive Habits In 21 Days
    13 years ago
  • Noorsyuhada Mohd Salleh
    ...My BIG day...^_^ on 12th March 2011
    14 years ago
  • Budak-Budak Hitam
    Impian Jadi Kenyataan
    14 years ago
  • Nadirah Sulaiman
  • Che Aishah Nazariah Ismail

Kata-Kata Hikmah

"Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu yang ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun jika sesuatu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan kita dapat walaupun sudah ada dalam GENGGAMAN"

Tautan Ukhuwah

  • Maryam Al-Batul Azizuddin
    Planting Lavender
    6 years ago
  • ::Mukminah Mujahidah Menongkah Arus::
    Tersenyumlah
    9 years ago
  • Mohd Naim Rahim
    I'M BACK
    11 years ago
  • Yassir Ramlee
    Pemuda Pemudi Mengemudi Arus Perubahan
    11 years ago
  • Batrisyia Saffiyah & Aqeel Aisy
    Chacha wean off from formula milk
    12 years ago
  • Nur Asiyah Mustapha Kamil
    Happy Birthday, My Princess!
    13 years ago
  • Esfarizam Abd Ghaffar
    Anak-anak tak sihat
    13 years ago

The Dietitians

  • Creating Womanhood
    Sloth
    4 years ago
  • Diet Terapeutik Untuk Hati...
    MARY JARDIN ITU APA?
    7 years ago
  • Abdur Rahman Al-Azmi
    3 Peringkat Yang Akan Dilalui oleh Penuntut Ilmu
    7 years ago
  • Mohd Faizal Salleh
    Orang Tercari-cari Manikam Kita Pula Mencari-cari Cara Membuangnya
    8 years ago
  • Ayat
    mengapa menulis kalau bukan untuk memberi pengajaran?
    8 years ago
  • Dr Azdie
    Suara Keramat
    8 years ago
  • Variety is the spice of life
    Promo Dunkin Donuts
    9 years ago
  • Sr Suraiya Hani Said
    1st May 2015
    10 years ago
  • Noor Sakini Salleh
    New bestfriend
    10 years ago
  • Beautiful Soul
    BEST FEELING IN THE WORLD
    10 years ago
  • Izzah Ismail
    the fault in our stars
    10 years ago
  • Hasmira Mohd Daud
    Harum Semerbak!
    11 years ago
  • Muhammad Huzaifah Ahmad
    Ubat
    11 years ago
  • Nurul Husna Aron
    Hukuman mati
    11 years ago
  • Ahmad Huzaifah Yusoff
    UiTM di Hatiku?
    11 years ago
  • Ilman Hadree Idris
    Stevia Rebaudiana
    12 years ago
  • Geo Allen George
    WOW..CHECKING 1 2 3...
    13 years ago
  • Mohd Hakim Zakaria
    Selamat tinggal....
    13 years ago
  • Nur Ilanah Abdullah
    Eid Mubarak!!
    14 years ago
  • Mardhiah Mohd Roslan
  • Sr Fathin

SMKASR

  • Nurshuhada Zainon
    My CL's Journey to Oxford
    4 years ago
  • Izyan Mardhiah Halmi
    MSSD BoLa JaRiNg DaeRaH SeMPoRNa 2012
    13 years ago
  • Nurul Husna Johari
    Tak seindah biasa
    14 years ago
  • Sharihana Ab Halim
  • Zarina Rosehan Anuar

IIUM Dietetics

  • Kitchen's Heart Cafe
    "Thinking mistakes" for weight loss management
    9 years ago
  • 5th Batch
    Sports gives great Well being, and what impact this has on the psychological health and good quality of life?
    13 years ago

Online Shop

  • Homecake Delicious
    kek kahwin
    5 years ago
  • Resipi Noraini
    JADUAL KURSUS 2020
    5 years ago
  • Edariman Online Mall
    AL-QURAN RUMI AL-MUMAYYAZ SAIZ A4
    6 years ago
  • Sinar Kehidupanku
    Talam Lapis Surabaya
    9 years ago
  • krafHATI
    TERKINI: PETA DUNIA UNTUK ANAK-ANAK SOLEH
    9 years ago
  • Butik Noraz
    Coming soon
    14 years ago

Education

  • Malaysian Association for the Study of Obesity
  • nutriWEB Malaysia
  • Malaysian Dietitians' Association
  • International Islamic University Malaysia

Labels

  • Ayah (3)
  • Bicara Hati (6)
  • Bisikan Sirr (1)
  • kembara dietitian (62)
  • Kenangan (15)
  • Mawaddah wa Rahmah (4)
  • Monolog (100)
  • Sakinah (4)
  • Tazkiyyatun Nafs (53)
  • Tips Diet (6)
  • Usrati (33)

Blogroll

About

Blogger templates

iluvislam

Blogger news

widgeo.net

Bicara Teman

Min Aina

Syahrul Islam

Al Waqtu Kas Saif...

Free Calendar & Clock

Tetamu Ziarah

Powered by Blogger.

Pages - Menu

  • Home

Popular Posts

  • Menguatkan jiwa dengan Bantuan Ya 'Aziz, Ya Qawiyyu, Ya Matin, dan Ya Ba'ith
    oleh Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd Ya Allah, Ya 'Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawiyyu Yang Maha Kuat dan Ya Matin Yang Maha Teguh d...
  • Sanah Helwah Ya Ummi!
    Dataran Pahlawan, Melaka "The Prophet S.A.W told us that we must obey Allah and His Messenger at all times But after that who else d...
  • Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf
    Buat semua yang bernama anak, inilah puisiku untukmu: Ingin kubisikkan resah seorang ayah resah kita bersama resah warisan lama b...
  • Setiap hari ialah perjalanan hidup yang baru (1)
    Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Tiada kesyukuran yang layak saya berika...
  • Orang Tuamu, Orang Tuaku
    Karya Salim A. Fillah alhamdulillah sudah dibaca separuh, memang tak merugikan. "Orang tuamu, orang tuaku" antara isi kandungan ...
  • D.I.E.T.E.T.I.C.S
    Bachelor of Dietetics Saya terpana ketika mendapat surat tawaran daripada IIUM, Alhamdulillah pilihan pertama saya berjaya diterima. Saya s...
  • Mithaqan Ghalizan: Mihrab Cinta
    "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami pasangan dan zuriat keturunan yang menjadi penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin ba...
  • Pengalaman Itu Harus Dikongsi
    Catatan lama yang ditulis di blog kelas pada 25/08/2011 . Walaupun dah 2 tahun lebih berlalu, membaca catatan lama membuatkan saya bersyuku...
  • Untukmu Teman
    Di sini kita pernah bertemu  Mencari warna seindah pelangi Ketika kau menghulurkan tanganmu Membawaku ke daerah yang baru Dan hi...
  • Pulang
    6 Zulkaedah 1434H Bismillahirrahmanirrahim Pulang pada malam ini ke kampung bukan kepulangan biasa.  Pulang bagi menyempurnakan s...

Followers

Lintasan Pena

Aku tak mampu menjadi sehebat mereka, tapi cukuplah menjadi semampu aku kerana aku ada DIA untuk terus kuat...

Pages

  • Home

Hadiah Hari Lahir

Sunday, July 18, 2010

 
 Mak, Angah dah beso B-)


"Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi Angah.. selamat hari jadi... Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & dapat kerja baik-baik" doa ikhlas daripada mak dengan ayah sempena ulang tahun kelahiran saya baru-baru ini.

Posted by Nadirah at 2:09 AM 0 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog

Niat Asal

Niat asal saya membuka blog untuk berkongsi info mengenai kesihatan, terutamanya dalam pengurusan diet [pemakanan], tapi nampaknya blog ni dah menjadi diari pengalaman hiduplah pula.. InsyaAllah niat itu tidak akan padam, cuma saya perlu memperuntukkan sedikit masa dan usaha untuk menulis artikel-artikel ilmiah dengan membuat rujukan daripada sumber-sumber yang benar.. Bukan mahu membuka pekung di dada, bukan mengharapkan semua entry dikomen oleh pembaca. Tapi saya mahu mendidik diri melalui penulisan blog. Saya mahu istiqamah walaupun dalam sekecil-kecil perkara. Moga sedikit usaha ini diganjari oleh-Nya.

On the authority of Abu 'Amr, though others call him Abu 'Amrah Sufyan bin 'Abdullah, radiyallahu anhu, who said:
I said: "O Messenger of Allah, tell me something about Islam which I could not ask anyone about save you." He answered: "Say: 'I believe in Allah', and then stand firm and steadfast." [Muslim]

Posted by Nadirah at 12:27 AM 0 comments    

Labels: Monolog

Fainna ma'al 'usri yusra

Wednesday, July 14, 2010

LESEN

Lesen P saya telah tamat pertengahan bulan Jun yang lepas. Oleh kerana saya tak memandu dalam masa yang lama, sedar-sedar sudah sebulan tamat tempoh. Saya dah risau, kalau tak memperbaharuinya silap-silap kena belajar semula..huhu tak sanggup den!

Petang Jumaat yang lepas, saya ke institut memandu untuk menukarkan lesen P ke lesen CDL. Kebetulan kerani yang in charge bahagia lesen ni bercuti, yang lagi seorang ke JPJ kata kerani yang lain [saya agak dia masih baru, sebab tak berapa tahu bab-bab lesen ni]. Jadi dia pun telefon kerani yang in charge, dapatkan maklumat semua nak buat lesen & bayaran sekali. Selesai satu masalah...

Posted by Nadirah at 4:47 PM 0 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Rindu Haramain

Monday, July 12, 2010

 Allahu akbar!
Kenangan 4 tahun yang lalu sering kali menjelma di fikiran. Saban tahun, apabila seluruh Malaysia merayakan sambutan hari guru memori itu datang dalam fikiranku.. Allah mengizinkan aku untuk sampai ke sana, menyatakan kesyukuran dan pengabdianku kepada-Mu Ya Ghafur. Hatiku ini sayu dan sebak tatkala menatap kubah hijau di masjid Nabi-Mu. Di situlah bersemadinya jasad manusia paling mulia di sisi-Mu.

Posted by Nadirah at 12:44 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Aku Malu. Tidakkah Kamu?

Saturday, July 10, 2010


Rasa MALU..  
Yang seharusnya ada pada setiap wanita..

Rasa MALU..  
Yang seharusnya menjadi benteng maruah kita..

Rasa MALU..
Juga yang seharusnya menyedarkan kita akan siapa diri kita..

Jadinya..  
Setiap langkahmu selama ini..  
Tanpa rasa takut padaNya..  
Tanpa rasa berdosa padaNya..

Apa masih tidak cukupkah rasa malu dalam dirimu?
"Sesungguhnya wanita itu aurat. Dan seorang wanita benar-benar keluar dari rumahnya tanpa ada halangan atasnya, lalu syaitan mengangkat pandangan kepadanya seraya berkata, 'Sesungguhnya engkau tidak melewati seseorang melainkan engkau menjadikannya tertarik kepadamu....'" - (HR Thabrani)
 
Takutlah wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..  
Sesungguhnya engkau umpama bunga..  
Yang mungkin baru berputik menunjukkan warna..  
Merah, biru, kuning, apa sahaja..

Tapi awas!  
Kuntuman yang sedang mekar..  
Turut bersamanya haruman yang tersebar..  
mungkin saja dirimu tidak sedar..

Engkau tidak bersendirian..
Sebenarnya engkau diperhatikan..  
Dek kumbang yang berpergian..  
Mencari tempat persinggahan..

Lebih ku khuatiri..  
Dirimu dihampiri..

Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu..  
Yakni rasa MALU dengan sang kumbang yang menghampirimu..

Juga ku khuatiri..  
Pabila dirimu dihampiri..  
Kau semakin lupakan diri..  
Membiarkan dirimu disinggahi..

Wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..  
Sedarlah.. Dirimu di dalam pengawasanNya..
Engkau bukan Khadijah wanita mulia..  
Engkau juga bukan Aisya Humaira..  
Apatah lagi rabiah kekasihNya..


Engkau hanya insan biasa..  
Umpama bunga..  
Mudah saja dipetik kelopaknya..  
Seandainya tak dipagari malu, Kan mudah juga layu..

Wahai saudariku..  
Aku malu..  
Pada diriku..  
Pada dirimu..

Ya Allah..  
Aku juga rasa malu..  
Malu kerna aku lupa untuk malu,
Malu yang seharusnya hanya padaMu..


Tahukah kamu Rasulullah s.a.w pernah bersabda..  
"Wanita itu aurat yang tertutup.."

Maka..

Wahai diriku dan dirimu yang ku kasihi keranaNya..  
Tutuplah dirimu dengan pakaian malumu..  
Bentengilah dirimu dengan rasa malu..  
Lebihkan rasa malumu Lebih lagi di hadapan Penciptamu..

Saudariku.. 
Ayuh. Takut padaNya..  
Sungguh, kebanyakan 'kayu api' di neraka adalah golongan kita..
Ini satu peringatan.. 
Buat diriku dan kita semua..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Bismillahirrahmanirrahim..


Ya Allah.. Peliharalah aku..
Janganlah Kau menghukumku pabila aku tidak melakukan

apa yang ku katakan..

Ya Allah.. Peliharalah aku..

Sungguh Kau Maha Mengetahui akan apa yang ku usahakan..

Sesungguhnya Engkau mengetahui bahwa

telah ku usahakan apa yang ku katakan..

Kerna Kau juga menyaksikan

Betapa aku bersungguh mengusahakan apa yang aku katakan..

Maka dengan itu..

Ampunilah aku atas segala kekhilafan..

Amin ya Rabbal 'alamin..


Wasalam..

p/s: sumber daripada [di sini]

Posted by Nadirah at 10:07 AM 0 comments    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

Lagi Seminggu...

Friday, July 9, 2010

 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sebaik-baik kamu ialah yang panjang umurnya serta baik amalannya"



Wahai diri,
Umur yang Tuhan kurniakan ini,
Hiasilah ia dengan amalan yang murni,
Semoga ia menjadi temanmu,
di akhirat yang kekal abadi...



~UMUR ITU AMANAH~

Posted by Nadirah at 1:17 AM 0 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog

Benteng Hindari Zina

Wednesday, July 7, 2010

Tidak lama dulu kajian sebuah syarikat pengeluar kondom mengkategorikan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan seks luar nikah di kalangan remaja dengan purata 62 kali setahun pada 2003 dan 86 kali setahun pada 2004, berbanding Jepun 37 kali setahun pada 2001 (Majalah Millenia, Jamadil Akhir-Rejab 1431H). Terkini, kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dipaparkan dalam Mingguan Malaysia 20 Jun 2010, berkaitan 300 remaja Melayu berusia 13 hingga 25 tahun terlibat dengan salah laku seksual dan seks bebas. Laporan itu membuatkan saya cukup bimbang dan risau tentang nasib umat Islam khusunya di Malaysia. Saya tertanya-tanya apa yang tidak kena dengan sistem pembelajaran hari ini yang saban tahun mencatatkan keputusan peperiksaan yang meningkat. Apa yang berlaku kepada struktur kekeluargaan kita pada hari ini, ketika kita tidak pernah lekang dengan pelancaran demi pelancaran kempen keluarga bahagia, keluarga sakinah dan sebagainya. Tiba-tiba satu kajian mendapati 300 anak Melayu terlibat dalam salah laku seks. Saya tegaskan inilah masa untuk kita bermuhasabah.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan 81,000 anak luar nikah didaftarkan. Manakala di ruangan Pendapat Utusan Malaysia, seorang penulis menyatakan frasa Melayu seks sahaja sudah ada 1.1 juta maklumat di Google, 'Melayu Seks Sekolah' pula berjumlah 2.69 juta. Ketika mana Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia pula menyatakan 55% rakyat Malaysia ketagih internet (Utusan Malaysia 30 Jun 2010).

Fakta-fakta tersebut sememang sudah cukup untuk kita memulakan langkah serta-merta bagi kita mengatasi masalah ini. Saya memohon kepada semua pihak terutama kerajaan dapat mengatur langkah serius dalam menangani kebejatan akhlak.

Posted by Nadirah at 3:05 AM 0 comments    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

Rezeki

Tuesday, July 6, 2010

Ada orang yang murah rezekinya, tak perlu mencari atau pergi temuduga tapi ditawar kerja kepadanya..

Ada orang yang murah juga rezekinya, hadir sekali temuduga terus dipanggil kerja...

Ada juga yang perlu hadir berkali-kali temuduga barulah berjaya dipanggil kerja..

Ada juga yang mendapat banyak tawaran temuduga atau kerja, tapi menolak kerana dirasakan tidak sesuai..

Ada pula yang menghantar resume di banyak tempat, tapi satu pun belum dipanggil untuk temuduga, apatah lagi untuk bekerja...

Walau apa pun kita ingatlah rezeki ada di mana-mana. Teruslah berusaha mencari dan mencuba, kalau diizinkan, kerja itu menjadi milik kita. Setelah berusaha, bertawakkallah kepada-Nya. Ingatlah firman Allah:

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [Al-Baqarah: 216]

"dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." [At- Thalaq: 2-3]

p/s: mencari dan terus mencari, moga yang terbaik kepada diri, agama dan masa depan akan dimiliki. Bersabarlah hati, kerana kesabaran itu sesuatu yang manis untuk diri jika pandai menghargai ;)

Posted by Nadirah at 1:12 PM 0 comments    

Labels: Monolog

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Powered By Blogger

Blog Design by Gisele Jaquenod.