|
10 Malam Terakhir Ramadhan sebagai Seorang Daie
Wednesday, August 15, 2012
Posted by Nadirah at 12:25 PM 0 comments
Labels: Tazkiyyatun Nafs
Wednesday, July 25, 2012
Posted by Nadirah at 11:12 AM 0 comments
Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs
15/07/2012
Sunday, July 15, 2012
![]() |
| Di hari konvokesyen bersama permata hati |
![]() |
| Muzium Negeri Terengganu |
| Hari terakhir Praktikal di Sg Petani |
![]() |
| Roomates+classmates+buddies |
Posted by Nadirah at 3:51 PM 0 comments
Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs
Monolog
Tuesday, July 10, 2012
Posted by Nadirah at 12:07 AM 2 comments
Labels: Monolog
IJN oh IJN
Monday, July 9, 2012
![]() |
| "Thousands feelings lie behind a smiling face, keep on digging, you'll see the truth of life beneath it" |
Hari ke-2 di IJN
Malam tu, ayah tidur sedikit lena berbanding di rumah. Saya yang tak lena tidur, sekejap-sekejap bangun. Setiap kali bangun, mesti saya terlintas; "alhamdulillah, dada ayah berombak lagi..." Saya tak bersedia kalau Allah ambil ayah malam tu! Hari minggu doktor pakar tak ada, jadi kena tunggu Isnin. Ahad malam sepatutnya saya balik ke Terengganu, tiket dari Perak dah dibeli awal burn terus ayah suruh. Disebabkan Ahad public holiday bagi Terengganu, jadi tiket malam tu habis semuanya. Isnin saya Emergency Leave, bagitahu bos ayah masuk IJN. Tapi saya sangat sedih, staf-staf lain dimaklumkan saya berkursus di KL. Biarlah, apa yang orang lain tafsirkan. Isnin pagi doktor datang, maklumkan buah pinggang ayah perlu diuruskan dahulu memandangkan keadaan ayah semakin agak tenat. Dialisis perlu dibuat, tapi perlu pakar buah pinggang tengok dulu. Petang Isnin, pakar buah pinggang datang dan terus dialisis melalui peha selama 2 jam sebagai permulaan (sepatutnya 4 jam, tapi risau kalau-kalau ayah pengsan). Jadi Isnin 5 Mac secara rasminya ayah menjadi pesakit dialisis. Satu kehidupan yang ayah saya tak mahu, tapi Allah bagi tanda kecintaan-Nya pada hamba-Nya yang sabar..
|
Barakallah Kak Siti & Arif
|
Mak, Angah doakan Allah selalu kuatkan semangat mak!
Sekarang, rutin harian keluarga kami sedikit berbeza. Ayah ke dialisis 3X/minggu lepas mak balik sekolah. Kesian mak terkejar-kejar sana sini, kadang-kadang ada hal sekolah waktu petang. Tengah adapt dengan keadaan sekarang, tak apalah sekurang-kurangnya masih ada ayah untuk teman mak. Anak-anak semua jauh-jauh, serba salah. Mak ayah risau anak-anak, anak-anak risau mak ayah. Kalau dah kawin mungkin mak ayah kurang risau kot. Bila menghadapi semua ni, kami redha. Keadaan ni membuatkan saya sangat-sangat rasa tawakkal kepada Allah. Bila mana Dia izinkan, semua boleh! Kawan-kawan ramai marah dengan saya bila tau drive sorang-sorang. Tapi saya nak buat apa, semua sibuk & takkan nak ambil cuti untuk temankan saya. Saya kuatkan semangat, ingat selalu: Allahkan ada!
|
Ibu yang Mulia
Friday, July 6, 2012
![]() |
| [Mac 2012]- Kafe IJN |
Melalui dirimulah Allah telah memunculkan kami di alam semesta ini
Meskipun engkau harus merasakan dan menanggung pedihnya penderitaan dan kesengsaraan
9 bulan engkau mengandungkan kami dan selama itu Allah mengkhabarkan bahawa engkau menderita sekali
Sebaik engkau bisa lepas menderita mengandungkan kami
Lalu bertambah derita kamu melahirkan kami
Wahai ibu yang mulia,
Berapa banyak telah engkau lahirkan para dermawan yang telapak tangannya selalu memberi
Dan berapa banyak engkau telah melahirkan generasi-generasi baru yang akan terjun dalam pelbagai arena kehidupan
Wahai ibu yang mulia,
Sungguh engkau sering berjaga malam kerana tidak bisa tertidur
Kerana air susu dari kedua putingmu lalu memberikan khasiat kepada kami
Pernah sepanjang malam air matamu menitis
Ketika duri menusuk salah satu dari tangan kami
Ibu yang mulia,
Tangan kananmu sering menjadi bantal kami
Sedangkan tangan kirimu mendekatkan payudaramu ke mulut kami
Ketika kami mendapatkan kebaikan, ibu yang mulia merasa sangat gembira
Kegembiraanmu jelas terlihat di ukir senyumanmu
Senyummu yang akan menaikkan semula semangat kami
Namun, jika hal buruk yang menimpa kami, Kami melihat kesedihan pada seluruh wajahmu
Sesungguhnya engkau adalah hamba Allah yang termulia
Yang selalu berada di sisi kami
Kerana itulah Allah memberikan dorongan kepada kami untuk meraih keredhaanmu
Wahai ibu,
Hal itu kami lakukan agar Tuhan meredhai kami
Pada dirimu ibu yang mulia
Terdapat petunjuk, anugerah dan semua kebaikan
Jika kami durhaka kepadamu, maka nerakalah menjadi tempat kembali kami
[Syeikh Abdul Rahman As-Soghuri]
Posted by Nadirah at 10:40 AM 0 comments
Belum Genap Setahun
Friday, June 22, 2012
Ada ketika, saya mahu stabil dengan kerjaya kat sini. Dalam tempoh 11 bulan kat sini, saya belajar banyak benda. Secara jujurnya saya memang ketinggalan dari sudut klinikal, banyak update yang saya tak tahu. Tapi saya nak kuat semangat untuk belajar dan terus belajar.. Saya gagahkan diri ke HSNZ setiap 2 minggu untuk menghadiri CDE, walaupun kadang-kadang rasa tak berbaloi dengan hanya 1 pembentangan. Cuba mengikhlaskan diri, sebab mana tau dengan cara tu Allah sentiasa buka lorong-lorong kesenangan dalam kehidupan dan kerjaya.
Sejak akhir-akhir ni, kesihatan ayah makin merosot. Sejak discaj IJN & dialisis, hati saya tak tenang. Ayah tinggal sorang-sorang kat rumah bila mak ke sekolah. 3 kali seminggu mak hantar ayah ke pusat dialisis lepas balik sekolah. Begitulah rutin mak dengan ayah bila tinggal berdua. Anak-anak semua jauh, Adibah, Yong & Mirul ada juga kelapangan bila cuti semester/sekolah. Dapat juga mak berehat, cuma bila semester bermula saya rasa mak terbeban sorang-sorang kat rumah. Azim ada jugak kesempatan bercuti 2 minggu sekali jenguk mak ayah, saya sebulan sekali belum tentu dapat balik.. Bukan sebab saya terlalu berkira nak ambil cuti, tapi macam-macam pertimbangan yang mesti saya buat sebelum balik kampung.
Kalau nak balik naik bas, mesti ke Kuala Terengganu. Mintak siapa-siapa yang boleh hantarkan saya ke stesen bas. Bila balik sini, sampai subuh then saya perlu drive ke Kuala Berang yang hampir 1 jam. Penat + lesu untuk masuk kerja. Kalau nak balik bawak kereta, sah-sah mak dengan ayah risau sepanjang perjalanan sebab tak de siapa yang boleh temankan. Dua-dua dalam dilema. Cuma bila dalam kesusahan macam ni, saya belajar & betul-betul rasa keindahan bertawakkal. Alhamdulillah wa syukurillah.
Setiap hari, saya pasti menelefon ayah/mak untuk bertanyakan khabar. Kadang-kadang sampai 2-3 kali dalam sehari. Dari suara mereka, sedikit sebanyak mempengaruhi emosi saya pada hari tu, ada masa semangat saya berada di puncak tapi banyaknya semangat saya di aras bawah akhir-akhir ni. Kepada-Mu jualah daku bergantung harap dan kuat, daku tak punya apa-apa kekuatan melainkan apa yang Kau izinkan kepadaku Ya Rahim.
Awal Mei, saya dah berkira-kira untuk cuti seminggu di hujung bulan. Semua kerja saya bereskan awal-awal. Mahu menghabiskan masa sebaik-baiknya dengan mak ayah dan bersama-sama menanggung segala kekuatan yang mak ayah tanggung. Cuti saya diluluskan, tapi malangnya di saat-saat akhir ditarik balik dengan alasan sebagai persediaan persijilan semula ISO awal Jun nanti. Perit, pedih, sedih. Jantung saya bagai direntap-rentap, saya semakin sensitif. Saya dan janji nak bawak ayah appoinment dengan surgeon tentang fistulanya, takkan sewenang-wenangnya batal macam tu. Mak tak biasa nak bawak jauh-jauh, dan biarlah mak berehat kali ni.
Pada hakikatnya memang perlu persediaan tu, tapi atas budi bicara bos jugak untuk meluluskan. Apa salahnya kalau staff bercuti selepas semua kerja telah disiapkan? Mahu aje mulut saya lantang bersuara; Dr, saya tak suka kerja last minute macam orang lain. Tapi tak terkeluar sebab saya tau saya hanya pekerja baru yang masih keanak-anakan dalam sektor kerajaan pada pandangan beliau! Setiap apa yang saya usulkan hanya dipandang sebelah mata walaupun semuanya benar dan bagi manfaat pada orang lain. Kadangkala memang perit, tapi buat-buat kebal sebab bukan beliau yang bagi rezeki.
Minggu tu, saya nekad bersemuka dengan bos. Biarlah apa yang bakal keluar dari mulut beliau, yang penting saya akan sampi ke rumah seperti yang dirancangkan. Berbekalkan alasan untuk memohon kelulusan beliau bagi update Prosedur Kerja (PK) dan Arahan Kerja (AK), saya nyatakan hasrat saya untuk claim hours bagi 2 hari untuk bawa ayah berjumpa pakar. Terbeliak mata beliau dengan beraninya saya menentang arahan yang dikeluarkan. "Awak nak cuti? Semua kerja-kerja awak dah semak ke? Updates semua dah beres? Haish la awak ni, masa-masa ni lah nak bercuti pun. Saya risau sangat dengan ISO ni, awak boleh lagi nak bercuti? Takkan tak sempat nak tunggu lepas tu." bebel beliau sambil menyemak dokumen yang saya hulurkan dan bertanya kenapa tak terima dokumen dari unit lain.
Bebelan beliau saya tak cakna, sebab audit dalaman dulu beliau dah lepas tangan memang patut la risau sekarang. Cuba dari awal ikut perkembangan kerja yang 'kuli' buat, dah pasti tak menggelabahkan. Saya bertegas; "Saya nak bawak ayah saya jumpa pakar, nak dapat tarikh lain bukannya senang Dr. Tambah pulak, cuti saya dah lulus awal-awal kena beku.. Semua dah siap, tinggal yang ni je nak mintak tandatangan Dr. Saya dah update yang lain, bagi pada Pengawal Dokumen. Unit lain saya tak pasti, agaknya dah sttle belaka la kot sebab diorang tak datang tunjuk kat Dr pun. Kalau tak siap, takkan la berani saya nak cuti (ada nada perli kat sini, memang tak berniat tapi reaksi dia lain. Agaknya terasa dengan apa yang saya cakap. Biarkan). Selepas argue itu dan ini, dia luluskan claimed off saya. Kira punya kira, ada 32 jam kerja lebih masa dari Oktober sampai Februari. Tak masuk lagi Mac hingga Mei..
Lepas balik dari kampung awal bulan, ayah bagitau urat berhampiran fistula tu makin tenggelam. Surgeon cadangkan fistula baru dibuat. Ayah agak stress dengan keadaan sekarang, sampai kadang-kadang terkeluar dari mulut dia; "kenapalah ayah ni tak senang macam orang lain". Saya tahu ayah bukan tak redha, cuma perlu ambil masa untuk terima. Nephrologist reviewed for 2nd opinion, fistula perlu direhatkan dalam sebulan. So IJC perlu dipasang semula untuk dialisis..
Dengan sehelai sepinggan, malam tu ayah admit ward sebab Dr suspect pleural effussion, mak balik ke rumah sebab esok sekolah. Cuti 7 hari mak dah nak habis, kesian kat mak. Saya tak tenang mengenangkan keadaan mak dengan ayah. Sampaikan pernah ditegur oleh staff, saya kelihatan lesu semasa bekerja. Biarlah rahsia itu hanya saya yang tahu. Mak sorang-sorang kat rumah, ayah sorang-sorang kat ward. Esok lepas sekolah, mak bergegas ke hospital jenguk ayah. Bukan dekat jarak hospital dengan rumah, hampir sejam jugak perjalanan sehala melalui highway. Mood saya untuk ke Kota Bharu agak suram, tapi mengenangkan segala janji & perancangan program komuniti dengan kawan-kawan saya bulatkan nekad sambil berdoa+ tawakkal untuk yang terbaik buat kami sekeluarga. 3 hari ayah di ward, 3 hari jugak mak ulang-alik seorang diri. Maafkan kami mak ayah, tak dapat berada di sisi semasa kalian susah :'(
Dalam kerunsingan kesihatan ayah + pendapat kawan-kawan, bulan ini saya nekad mengisi borang tukar. Semua laporan perubatan & surat rayuan saya kepilkan sebagai sokongan walaupun saya dah tahu jawapan awal kepada permohonan itu. Memang saya tahu saya tak akan dapat pindah sesegera mungkin, asalkan permohonan itu diproses sampai ke peringkat KKM. Selebihnya Allah Maha Tahu berapa segera saya dapat pulang berkhidmat ke kawasan yang dekat dengan keluarga. Ramai yang mengatakan saya terlalu manja, mahu cepat-cepat duduk dekat dengan keluarga. Belajarlah berdikari, zaman bujang ni lah nak merantau, nanti dah kawin dah tak berpeluang dah, kata mereka. "Saya memang tak ada lagi suami yang nak diambil berat, tapi saya ada mak ayah yang tak selalu sihat. Ayah saya tengah tak sihat, kat rumah tak ada siapa nak tolong, mak saya pun masih kerja" kata saya ringkas. Mereka diam. Cuba kau rasa apa yang saya rasa! Saya bukan tak biasa berdikari, cuma kesihatan mak ayah yang membuatkan saya tak kuat untuk berdikari lagi.
Hampir 2 minggu tiada feedback daripada bos, saya yakin dia dah terima permohonan saya cuma dibiarkan. Tika Majlis Sambutan Hari Jururawat peringkat hospital, saya dipanggil oleh bos. "Nadirah, bila awak lapor diri? Awak tak genap setahun lagikan kat sini" saya dah dapat agak apa yang cuba disampaikan. Mengapa perlu tanya di tempat terbuka tentang hal ni? Bagi saya sangatlah tak professional. "Ha'ah, bulan depan genaplah setahun saya kat sini." "Bulan depan awak isi balik borang tukar", sengaja dikuatkan suaranya. Nurses keliling beliau semua memandang ke arah saya, hinggakan ada yang senyum tanda puas sebab saya diprotes. Haruskah saya nangis? Memang rasa nak menangis, sebab pagi tu saya saya runsing mengenangkan keadaan ayah di ward dan ditambahkan dengan keadaan memalukan ini. Saya diamkan diri, cuba berlagak tenang.
"Tapi Dr, bukan ke 6 bulan dah boleh tukar?" saya bertegas.
"Memang, saya tau.. Tapi awak tu lantikan baru. Kat sini kena tunggu setahun. Kita tak nak la turn over officer tu cepat sangat" beliau pun nak menunjukkan ketegasannya. (sebenarnya tak perlu pun, sengaja nak susahkan keadaan. Bosan saya, semua sebab lantikan baru. Last minute ganti orang pergi kursus pun saya, sebab LANTIKAN BARU! Padahal MO yang floating, sebulan posting dah boleh pindah, siap dapat hospital pilihan)
"Dr, kawan saya lagi lewat daftar daripada saya dah boleh tukar pun. Saya ni baru nak mohon, belum tentu lagi boleh dapat pindah tahun ni. Saya cuma mohon, sebab kesihatan ayah saya. Sekarang ni pun dia admit kat ward." suara saya dah agak lain.
"Saya faham, saya tak nak dengar apa-apa lagi alasan awak Nadirah. Sikit je masa lagi takkan tu pun awak tak boleh bersabar..."
'Saya bukan tak mahu bersabar untuk hal ini, tapi saya macam tak mampu nak bersabar dengan karenah beliau selama ini...'
Ya Sobur, kurniakan aku kesabaran dalam meneladeni semua yang Engkau kurniakan, kerana dengan kesabaran itu merupakan syarat turunnya pertolongan-Mu
Posted by Nadirah at 12:13 AM 4 comments
Labels: kembara dietitian, Monolog, Usrati
Terapi Doa
Friday, May 18, 2012
Posted by Nadirah at 7:29 PM 0 comments
Labels: Bicara Hati, Tazkiyyatun Nafs
Kami Sedia Membantu
Thursday, April 19, 2012
Posted by Nadirah at 2:40 PM 0 comments
Labels: Bicara Hati, kembara dietitian
Mesyuarat & Anniversary
Monday, April 16, 2012
Rehat sebentar untuk bersolat, pukul 2.30 diteruskan pula untuk Mesyuarat Klinikal yang dijadualkan semenjak awal bulan lepas. Beberapa input dapat diberikan agar sistem pengurusan, komunikasi dalaman dapat dikemas kini. Hari ini otak saya sangat tepu, walaupun tiada pesakit yang saya lihat untuk hari ini tapi maklumat-maklumat yang perlu diambil tindakan memerlukan komitmen yang tinggi. Memang ada sesetengah yang memperlekehkan kekompetensi klinikal saya di hospital daerah, tapi saya bersyukur sekurang-kurangnya saya belajar benda baru yang tidak pernah didedahkan sepanjang 4 tahun di peringkat sarjana muda.
Saya belajar menguruskan unit, mengawal kewangan secara berhemah, menguruskan manusia, berkomunikasi dengan berkesan dengan pelbagai peringkat umur & pangkat serta membahagikan masa dengan baik. Dan paling penting sekali dengan pelbagai amanah yang Allah bagi, saya belajar bagaimana menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur & redha.
| Selamat bercinta untuk tahun ke-30 buat mak & ayah |
16/04/2012- Hari ini juga merupakan ulangtahun perkahwinan mak & ayah saya yang ke-30. Tiada hadiah istimewa yang dapat saya berikan melainkan doa agar cinta mereka berterusan hingga ke syurga. Buat mak & ayah, Angah doakan moga Allah mengurniakan kesihatan yang baik & berterusan supaya mak ayah terus taat menjadi hamba-Nya. Harapan Angah untuk tahun ini cuma satu, kita sekeluarga dijemput menjadi tetamu-Nya. Ameen.. Harapan & doa mak ayah yang 'satu' tu belum lagi mampu Angah tunaikan setakat ni tapi akan diusahakan dengan berterusan. Harap-harapnya mak & ayah dapat sabar sedikit sehingga tiba masanya yang Allah tetapkan <^_^>
Posted by Nadirah at 4:56 PM 4 comments
Labels: kembara dietitian, Usrati
Balik Kampung vs Induksi
Saturday, April 14, 2012
Minggu tu, saya berkobar-kobar nak balik Perak. Lepas kerja, speed terus ke stesen bas KT mencari tiket (bas ke Perak cuma boleh naik dari KT aje, bukan dekat kalau dari Kuala Berang). Tapi sangat menyedihkan semua tiket minggu tu habis, yang ada kosong cuma lagi 2 minggu. Hampa.. "Pelik juga, weekend ni bukannya ada cuti perayaan, tapi kenapa boleh habis?" Baru saya perasan, minggu tu dan minggu depan budak-budak U mula cuti semester. Patutlah tiket tak de.. Dengan bas yang sangat terhad, saya pasrah. Saya rembat jugak tiket yang lagi 2 minggu tu asalkan dapat balik juga. Nak tunggu hujung bulan ni, lama sangat. Nanti jadi anak derhaka pula tak jenguk mak ayah. Saya selalu rasa serba salah, kalau berita mak ayah tak sihat sayalah anak yang paling lambat sekali sampai di rumah. Sangat sedih..
Penantian 2 minggu terasa lama..
Barang-barang nak di bawa balik siap saya beli seminggu sebelumnya. Selepas ni entah bila pulak dapat datang KT dek kekangan masa & komitmen lain. Inilah pengalaman duduk di kawasan sedikit hulu, tapi sekurang-kurangnya agak maju juga berbanding hulu di Sabah & Sarawak. Minggu itu juga, saya diberitahu untuk ke Kursus Induksi (salah satu syarat untuk pengesahan jawatan, wajib menghadiri induksi) di Melaka. Tahun ini, JKN Terengganu tak menganjurkan induksi, sebab lantikan jawatan Pengurusan & Profesional sangat sedikit. Jadi induksi tumpang JKN Wilayah Persekutuan yang dibuat di Melaka. Kursus ini sangat-sangat saya tunggu, supaya boleh sah jawatan secepat mungkin. Tapi dalam keadaan last minute macam ni, saya tak sanggup nak batalkan tiket bas saya.
Kenapa?
Saya bukan terlalu sayangkan duit tiket tu (kalau pulangkan, cuma dapat 1/2 harga. Tu pun kalau dapat). Tapi sebab utama, saya dah janji dengan mak ayah nak balik minggu tu bagi meraikan ulangtahun kelahiran ayah saya (hari ini) & ulangtahun perkahwinan mak & ayah yang ke-30 (lusa). Tambahan pulak, kakak, adik di S.Alam & yang bongsu di asrama pun ada sekali. Cuma yang di Sarawak tu tak dapat balik sebab ada urusan di Sabah. Kami dah tak punya banyak masa untuk bersama macam dulu. Bila dah bekerjaya & akan punya keluarga sendiri, waktu bersama mak ayah sangat-sangat terhad. Sebab tu bila ada kesempatan, saya mesti tunaikan.
Yang membuatkan hati saya tekad menolak kursus induksi tu ialah setiap kali saya menelefon ayah, soalan ayah mesti akan ada; "Jadikan Angah balik masa hari jadi ayah?" Sejak ayah sakit, saya sedikit sensitif dengan perkara-perkara yang melibatkan mak & ayah. Saya teringat pesan seorang Ketua Jururawat di klinik semasa saya memberitahu kesihatan ayah (beliau baru kematian suami bulan Januari yang lepas, dengan penyakit yang sama dengan ayah saya), "ambil cuti lama sikit cik Nadirah. Cuti tanpa gaji pun tak apa. Biar kita susah payah bersama dia. Kalau dia dah tak ada nanti, tak guna dah kita asyik teringat. Macam Kak Ton ni, memang dah plan nak jaga dia. Kak Ton dah mintak cuti tanpa gaji, tapi nak buat macam mana Allah lebih sayang dia.."
Saya nampak air mata dia bertakung, tapi dia tahan. Kolam air mata saya rasa mahu pecah! Saya cuba tahan sebab selepas itu kami ada mesyuarat. Saya rasa mahu peluk dia untuk kuatkan hati sebab kami diuji dengan ujian yang sama, berkebetulan kami senegeri. Tapi saya lebih beruntung sebab Allah masih panjangkan masa untuk saya bersama dengan ayah & mak. Saya mahu dapat rebut pahala untuk berbuat baik kepada mereka kerana Rasululullah berjanji dalam sabdanya:
"Siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. (Riwayat Imam Ahmad)
"Tidak ada seorang pun yang memandang wajah kedua ibu bapanya dengan pandangan penuh kasih sayang kecuali Allah menuliskan (pahala) untuknya oleh sebab pandangannya itu seperti (pahala) haji yang maqbul (diterima) lagi mabrur (berpahala)."(riwayat Ar-Rafi'i)
Biarlah induksi itu buat masa ini.. Saya yakin bahawa kita bermula dan berakhir dengan KELUARGA"
Posted by Nadirah at 12:39 AM 0 comments
Labels: Usrati










