skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Nadirah
Small woman with a big heart.Born in Perak, studied in Pahang. Works in Terengganu. Educate people in hospital and public. Loves writing.
View my complete profile

Archivo del blog

  • ► 2014 (3)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2013 (15)
    • ► October (2)
    • ► September (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► April (4)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2012 (20)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (1)
    • ► April (3)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ▼ 2011 (36)
    • ▼ December (1)
      • Audit
    • ► October (1)
      • Oktober 2011
    • ► September (1)
      • Eid Mubarak
    • ► August (5)
      • Balik Kampung
      • Makanan Pejal Bayi
      • Kisah Sebulan
      • Myth of Breastfeeding
      • Kerinduan
    • ► July (7)
      • Setiap hari ialah perjalanan hidup yang baru (1)
      • Usah Jemu, Usah Berputus Asa
      • Terap Semangat Belajar
      • ~::Semoga saya dan mereka sentiasa dalam pemelihar...
      • Kasih Sayang Ayah
      • Bas
      • Pemeriksaan Kesihatan
    • ► June (4)
      • "Jadilah orang baik; bertemu dengannya dikasihi, ...
      • Motivation
      • Resah
      • Exercise
    • ► April (8)
      • C.U.T.I.
      • Menguatkan jiwa dengan Bantuan Ya 'Aziz, Ya Qawiyy...
      • Hari Itu...
      • Suami: Ketika Isterimu Menangis, Genggamlah Erat T...
      • My Hero
      • Penghibur Hati
      • April
      • Bukan berniat kejam!
    • ► March (2)
      • Sanah Helwah Ya Ummi!
      • Menyerah Diri kepada Ya Baari' untuk Aturkan Agend...
    • ► February (5)
      • 11022011
      • Sombongkah aku?
      • Ya Allah
      • Kalau Berpacaran
      • Feb 2nd
    • ► January (2)
      • "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuh...
      • Januari
  • ► 2010 (58)
    • ► December (2)
    • ► October (3)
    • ► September (8)
    • ► August (8)
    • ► July (8)
    • ► June (4)
    • ► May (7)
    • ► April (6)
    • ► March (2)
    • ► February (4)
    • ► January (6)
  • ► 2009 (33)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (3)
    • ► September (7)
    • ► August (7)
    • ► July (7)

'Ilman Naafi'a

  • Ust Hasrizal
    Surah ‘Abasa dan Kisah Abdullah ibn Umm Maktum RA: Cerminan Islam dalam Pendidikan Inklusif
    4 weeks ago
  • Dr Sha Mesir
    Sanah Helwah Hana
    11 months ago
  • Ust Pahrol
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    1 year ago
  • Kak Salwa Saleh
    Kenapa kami suka pergi bercuti di PD?
    3 years ago
  • Zaharah Muhammad
    Jalan
    5 years ago
  • Langit Ilahi
    Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?
    5 years ago
  • Fatimah Syarha
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • Dr Ummi
    Kawan Sejati Atiqah
    7 years ago
  • Dr Siti Sarah Shukor
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • Dr Nazhatul Muna Ahmad Nasharuddin
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Mujahid sepanjang zaman..
    Aku mendung.
    9 years ago
  • Dr Hidayah Bani
    Tempat Baru
    11 years ago
  • Ustaz Muhd Shaari Abd Rahman
    KEM UMMAH SUKSES: TENTATIF DAN POSTER
    12 years ago
  • HEALS
    The DO's and DONT's of Studying
    12 years ago
  • Mohd Afiq Mohd Saleh
    TIPS BISNES AKHIRAT: AMAL JARIAH, HARTA YANG BERANAK-PINAK
    13 years ago
  • Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
  • Ustaz Mohd Erfino Johari

Baitul Muslim

  • Usrah Mujahid & Nihlah
    "Not bad"
    5 weeks ago
  • Usrah Rizza & Mardhiah
    Esok Mujahid UPSR!
    8 years ago
  • Usrah Hafiz & Mawaddah
    Ayah tak suka, tapi anak minat pula. Kenapalah wahai anakku?
    9 years ago
  • Usrah Azreen & Asiyah
    Kisah Nabi Di Pagi Hari
    10 years ago
  • Usrah Ipin & Atiqah
    End Of Posting..buat apa?
    11 years ago
  • Usrah Hawari & Hairena
    INNA MA'AL 'USRI YUSRA
    13 years ago
  • Usrah Khubaib & Aisyah
    Perniagaan
    14 years ago

Friends Forever

  • Noor Munirah Awang Abu Bakar
    Kedai makan best di MUAR
    10 years ago
  • Norjihada Izzah Ismail
    YA ALLAH, selamatkan GAZA & Palestinians
    12 years ago
  • Nur Sabrina Subri
    Meneladani rumah tangga Baginda Rasulullah s.a.w..~
    13 years ago
  • Noor Amirah Mat Nawi
    roh dan jasad itu makanannya berbeza..
    13 years ago
  • Smiling Sakura
    7 Steps to Create Productive Habits In 21 Days
    13 years ago
  • Noorsyuhada Mohd Salleh
    ...My BIG day...^_^ on 12th March 2011
    14 years ago
  • Budak-Budak Hitam
    Impian Jadi Kenyataan
    14 years ago
  • Nadirah Sulaiman
  • Che Aishah Nazariah Ismail

Kata-Kata Hikmah

"Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu yang ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun jika sesuatu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan kita dapat walaupun sudah ada dalam GENGGAMAN"

Tautan Ukhuwah

  • Maryam Al-Batul Azizuddin
    Planting Lavender
    6 years ago
  • ::Mukminah Mujahidah Menongkah Arus::
    Tersenyumlah
    9 years ago
  • Mohd Naim Rahim
    I'M BACK
    11 years ago
  • Yassir Ramlee
    Pemuda Pemudi Mengemudi Arus Perubahan
    11 years ago
  • Batrisyia Saffiyah & Aqeel Aisy
    Chacha wean off from formula milk
    12 years ago
  • Nur Asiyah Mustapha Kamil
    Happy Birthday, My Princess!
    13 years ago
  • Esfarizam Abd Ghaffar
    Anak-anak tak sihat
    13 years ago

The Dietitians

  • Creating Womanhood
    Sloth
    4 years ago
  • Diet Terapeutik Untuk Hati...
    MARY JARDIN ITU APA?
    7 years ago
  • Abdur Rahman Al-Azmi
    3 Peringkat Yang Akan Dilalui oleh Penuntut Ilmu
    7 years ago
  • Mohd Faizal Salleh
    Orang Tercari-cari Manikam Kita Pula Mencari-cari Cara Membuangnya
    8 years ago
  • Ayat
    mengapa menulis kalau bukan untuk memberi pengajaran?
    8 years ago
  • Dr Azdie
    Suara Keramat
    8 years ago
  • Variety is the spice of life
    Promo Dunkin Donuts
    9 years ago
  • Sr Suraiya Hani Said
    1st May 2015
    10 years ago
  • Noor Sakini Salleh
    New bestfriend
    10 years ago
  • Beautiful Soul
    BEST FEELING IN THE WORLD
    10 years ago
  • Izzah Ismail
    the fault in our stars
    10 years ago
  • Hasmira Mohd Daud
    Harum Semerbak!
    11 years ago
  • Muhammad Huzaifah Ahmad
    Ubat
    11 years ago
  • Nurul Husna Aron
    Hukuman mati
    11 years ago
  • Ahmad Huzaifah Yusoff
    UiTM di Hatiku?
    11 years ago
  • Ilman Hadree Idris
    Stevia Rebaudiana
    12 years ago
  • Geo Allen George
    WOW..CHECKING 1 2 3...
    13 years ago
  • Mohd Hakim Zakaria
    Selamat tinggal....
    13 years ago
  • Nur Ilanah Abdullah
    Eid Mubarak!!
    14 years ago
  • Mardhiah Mohd Roslan
  • Sr Fathin

SMKASR

  • Nurshuhada Zainon
    My CL's Journey to Oxford
    4 years ago
  • Izyan Mardhiah Halmi
    MSSD BoLa JaRiNg DaeRaH SeMPoRNa 2012
    13 years ago
  • Nurul Husna Johari
    Tak seindah biasa
    14 years ago
  • Sharihana Ab Halim
  • Zarina Rosehan Anuar

IIUM Dietetics

  • Kitchen's Heart Cafe
    "Thinking mistakes" for weight loss management
    9 years ago
  • 5th Batch
    Sports gives great Well being, and what impact this has on the psychological health and good quality of life?
    13 years ago

Online Shop

  • Homecake Delicious
    kek kahwin
    5 years ago
  • Resipi Noraini
    JADUAL KURSUS 2020
    5 years ago
  • Edariman Online Mall
    AL-QURAN RUMI AL-MUMAYYAZ SAIZ A4
    6 years ago
  • Sinar Kehidupanku
    Talam Lapis Surabaya
    9 years ago
  • krafHATI
    TERKINI: PETA DUNIA UNTUK ANAK-ANAK SOLEH
    9 years ago
  • Butik Noraz
    Coming soon
    14 years ago

Education

  • Malaysian Association for the Study of Obesity
  • nutriWEB Malaysia
  • Malaysian Dietitians' Association
  • International Islamic University Malaysia

Labels

  • Ayah (3)
  • Bicara Hati (6)
  • Bisikan Sirr (1)
  • kembara dietitian (62)
  • Kenangan (15)
  • Mawaddah wa Rahmah (4)
  • Monolog (100)
  • Sakinah (4)
  • Tazkiyyatun Nafs (53)
  • Tips Diet (6)
  • Usrati (33)

Blogroll

About

Blogger templates

iluvislam

Blogger news

widgeo.net

Bicara Teman

Min Aina

Syahrul Islam

Al Waqtu Kas Saif...

Free Calendar & Clock

Tetamu Ziarah

Powered by Blogger.

Pages - Menu

  • Home

Popular Posts

  • Menguatkan jiwa dengan Bantuan Ya 'Aziz, Ya Qawiyyu, Ya Matin, dan Ya Ba'ith
    oleh Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd Ya Allah, Ya 'Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawiyyu Yang Maha Kuat dan Ya Matin Yang Maha Teguh d...
  • Sanah Helwah Ya Ummi!
    Dataran Pahlawan, Melaka "The Prophet S.A.W told us that we must obey Allah and His Messenger at all times But after that who else d...
  • Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf
    Buat semua yang bernama anak, inilah puisiku untukmu: Ingin kubisikkan resah seorang ayah resah kita bersama resah warisan lama b...
  • Setiap hari ialah perjalanan hidup yang baru (1)
    Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Tiada kesyukuran yang layak saya berika...
  • Orang Tuamu, Orang Tuaku
    Karya Salim A. Fillah alhamdulillah sudah dibaca separuh, memang tak merugikan. "Orang tuamu, orang tuaku" antara isi kandungan ...
  • D.I.E.T.E.T.I.C.S
    Bachelor of Dietetics Saya terpana ketika mendapat surat tawaran daripada IIUM, Alhamdulillah pilihan pertama saya berjaya diterima. Saya s...
  • Mithaqan Ghalizan: Mihrab Cinta
    "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami pasangan dan zuriat keturunan yang menjadi penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin ba...
  • Pengalaman Itu Harus Dikongsi
    Catatan lama yang ditulis di blog kelas pada 25/08/2011 . Walaupun dah 2 tahun lebih berlalu, membaca catatan lama membuatkan saya bersyuku...
  • Untukmu Teman
    Di sini kita pernah bertemu  Mencari warna seindah pelangi Ketika kau menghulurkan tanganmu Membawaku ke daerah yang baru Dan hi...
  • Pulang
    6 Zulkaedah 1434H Bismillahirrahmanirrahim Pulang pada malam ini ke kampung bukan kepulangan biasa.  Pulang bagi menyempurnakan s...

Followers

Lintasan Pena

Aku tak mampu menjadi sehebat mereka, tapi cukuplah menjadi semampu aku kerana aku ada DIA untuk terus kuat...

Pages

  • Home

Audit

Saturday, December 17, 2011

Jika kita nak diaudit oleh manusia (tak kiralah ISO/MSQH etc) dengan bersungguh-sungguh kita buat. Segala kesilapan diatasi, semua dokumen dan keperluan tak ada cacat cela. Dokumen yang tak pernah wujud pun, akan wujud sebelum hari audit.

Tapi, sedarkah kita?

Bahawa kita diaudit setiap masa oleh Pencipta kita Yang Maha Teliti dan Adil? Ramai antara kita mengambil enteng dengan hal ni, sedangkan kita ada satu hari audit yang terbesar di Padang Mahsyar nanti. Sudah cukup lengkapkah dokumen yang perlu kita bawa berjumpa Auditor kita Yang Maha Hebat? Ya Ghaffur, ampunkan kelalaian kami...

Mode audit: 19-21/12/2011- akreditasi
                    Hujung Januari 2012- HACCP JNKT
                    Hujung Mac 2012- Internal audit
                    Awal Mei 2012 - ISO

Posted by Nadirah at 5:55 PM 0 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog

Oktober 2011

Saturday, October 22, 2011

Oktober 2011 dah masuk minggu terakhir, sudah setahun saya meninggalkan rumah yang sentiasa dirindu.. Memulakan kerjaya di Kuantan pertengahan Oktober 2010, kini saya di Terengganu seperti sebelumnya. Oktober tahun ini, baru hari ini saya merasa untuk berada di rumah di hujung minggu. Hari-hari lain terkejar-kejar ke sana sini, kadang-kadang rasa hidup kurang berkualiti kerana badan terasa lesu. Baru-baru ni bersemangat waja nak menderma darah, tapi apakan daya Hb dah semakin menurun (April 2011: 14.0, Jun 2011:12.8, Oktober 2011: 11.8) dan di'reject' tanpa segan silu... :'( Patutlah akhir-akhir ni mudah penat, ingatkan disebabkan kerja yang menimbun dan bagai berlari tak cukup tanah masa kerja... Nampak gayanya kena ambil banyak lagi sumber-sumber vitamin C, bagi Hb naik lagi [memang akhir-akhir ni sangat kurang makan buah + sayur]

Hujung Minggu 1
Sambutan 1 Malaysia di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu. Program anjuran syarikat Dutch Lady, dijemput oleh rakan sekelas, Ida [sampai bos Ida pun tahu kami rakan sekelas, wow kelas gitu!!] Macam-macam aktiviti & hadiah disediakan, tapi nasib kurang baik sebab hanya dapat goodie bag aje =P Ada jugak slot berkenaan DHA, alhamdulillah semakin faham sikit daripada sebelumnya sebab banyak dah lupa.

Posted by Nadirah at 4:17 PM 2 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog

Eid Mubarak

Friday, September 2, 2011

Pagi 1 Syawal selepas solat Eidul Fitri

Posted by Nadirah at 11:20 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Usrati

Balik Kampung

Saturday, August 27, 2011

InsyaAllah esok malam akan bertolak balik Perak. Semalam pergi ke Pasar Payang & Mydin Mall, beli barang-barang yang diorang kirim. Alhamdulillah, gaji pun dah masuk. Ada lah buah tangan untuk diorang nanti. Syukur sangat-sangat, di saat saya kesempitan wang Allah bagi rezeki dengan cepat. InsyaAllah kali ini berehat seminggu di rumah, moga hati ini lebih tenang selepas menatap wajah-wajah yang dirindui ;)

Esok pagi kerja macam biasa, harapnya pesakit tak ramai. Petang ada CDE di HSNZ, saya nak jumpa sifu-sifu sebelum bercuti lama! Ramadan dah sampai penghujung, tersangat-sangat cepat masa berlalu. Rasa bersyukur sangat-sangat masih dipanjangkan usia bertemu dengan bulan barakah pada tahun ini. Apakah tahun depan masih diberi kesempatan? Wallahu a'lam... 

Teringat saya pada kata-kata seorang sahabat, "di kala kita berkeseorangan kita akan mencari Tuhan". Itu memang fitrah, sahabat.. Moga kita akan sentiasa mencari DIA walau di mana dan dalam keadaan apa sekali pun. Tingkatkan taqwa dan amal, moga kita sentiasa dalam pemeliharaan-Nya..

p/s: Esok pertama kali nak balik naik bas ikut laluan baru, moga selamat sampai rumah & bertemu dengan insan-insan yang dirindui... ^_^ Ya Allah selamatkanlah perjalanan ku ini...

Posted by Nadirah at 1:37 PM 2 comments    

Labels: Monolog

Makanan Pejal Bayi

Friday, August 26, 2011


Menu 1: Puri Sawi (6 bulan)
  1. Ambil 1/2 cawan daun sawi, cuci bersih dan potong kecil.
  2. Kemudian rebus sehingga menjadi lembut.
  3. Setelah itu, ambil daun sawi yang telah lembut tadi dan cincang sehingga halus.
  4. Tambahkan sedikit air rebusn untuk mencapai kepekatan yang diingini. Sedia untuk dihidangkan.

Posted by Nadirah at 12:09 AM 5 comments    

Labels: kembara dietitian, Tips Diet

Kisah Sebulan

Thursday, August 25, 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

Semoga semua sentiasa berada dalam rahmat Allah. Lama tak bertemu kawan-kawan, alhamdulillah masing-masing dah ada kerjaya dan keluarga sendiri. Saya cuma nak kongsi sikit pengalaman, mungkin tak sehebat kawan-kawan yang lain tapi bagi saya terlalu banyak yang saya belajar sepanjang sebulan ini. Saya ditempatkan di sebuah hospital daerah yang tiada pakar; Hospital Hulu Terengganu [ramai yang tanya, kat mana tu?], di Kuala Berang, Terengganu. Tempat yang memang tak ada dalam fikiran untuk pergi apatah lagi bekerja dan menetap di sini. Kalau ikut ABM KKM 2011, Hulu Terengganu salah satu hospital yang dibuka post Pegawai Dietetik pada tahun ini. Maknanya, sayalah dietitian pertama kat sini dan melengkapkan semua hospital di Terengganu mempunyai dietitian sekurang-kurangnya seorang.[Pn Ramlah kata negeri pertama kat Malaysia, hehe bangga!] untuk cerita awal, klik sini ;)

Hari kedua lapor diri, saya diminta mewakili Pengarah Hospital ke Majlis Penutup Sambutan Seminar Makanan 1 Malaysia peringkat negeri Terengganu. Serius, tersangatlah berdebar sebab tempat dah la tak tau kat mana, orang pun tak kenal siapa-siapa. Peringkat negeri, tu! Dah pasti orang-orang besar akan datang. Ya, tepat sekali akan dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri. Tapi PKN tak dapat datang, diwakili oleh Timbalan Pengarah (Bahagian Farmasi). Nasib baik pihak pengurusan dah uruskan kereta hospital, saya hanya pergi [macam senang aje bunyinye kan..] Orang yang tak suka berprotokol macam saya tersangatlah tak suka nak datang aktiviti-aktiviti macam ni, tapi terpaksa =P Di sana dapat jumpa kawan baru dari pelbagai sektor dan jabatan, cuma saya tak tunggu lama. Sebaik sahaja habis, terus aje balik  tak sempat makan pun sebab driver dah tunggu. Rasa tak best pulak bila ada orang tunggu kita...

Dalam seminggu, saya memang termangu-mangu macam tak tau nak buat apa. Nak jumpa Pn Ramlah, beliau ke MDA Conference kat Sarawak jadi tunggu sampai beliau balik. Jadi minggu pertama lebih kurang makan gaji buta jugak la, berkenalan dengan staf hospital dan unit aje sambil-sambil plan apa yang patut saya buat kat hospital ni dengan kemudahan dan kakitangan yang terhad. Kebetulan pulak saya sibuk uruskan hal penempatan, jadi tak rasa bosan sangat sebab duk risau tak tau nak menginap kat mana nanti [Kuarters ada, tapi ada beberapa masalah, saya tak boleh duduk lagi. Jadi, seminggu saya berulang-alik dari KT (lebih kurang 45 min sehala) menyewa hotel (dengan keluarga) dan rumah Ida. Mujur Ida tolong saya, memang saya terasa sangat-sangat asing di tempat orang ^_^]

Minggu kedua saya dapat jumpa Pn Ramlah & dietitian HSNZ (U44 & U48) yang selalu menjadi dietitian pelawat di Hulu. Beberapa masalah yang selalu timbul sewaktu lawatan, dan kerjasama daripada pesakit & staff sendiri dibentangkan kepada saya. Saya harus mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut, bukan apa dengan staff vateran yang dah lama dalam kerajaan dah pasti "ego" tu ada. Alhamdulillah dengan cadangan daripada sifu-sifu saya di HSNZ, dah nampak sikit jalan macam mana nak mulakan perkhidmatan dietetik di hospital ni. Cuma semua perubahan akan ambil masa, dah pasti tak boleh secara drastik. Masalah paling besar ialah tempat. Di mana saya nak wujudkan klinik Diet OPD? Biasanya dietitian pelawat dibuat di Klinik Pakar 2X/bulan (Minggu ke-2 & ke-4). Jadi since saya permenant post di sini, klinik kena buat sama lebih kerap, sedangkan satu bilik di Klinik Pakar tu digunakan oleh hampir 9 pakar lawatan mengikut jadual! Tambahan pulak, di daerah Hulu ni ada 4 Klinik Kesihatan yang mesti cover dah pasti akan ada referral dari luar jugak. Pening-pening..

Puan Ramlah mencadangkan supaya buat OPD di pejabat saya di dapur. Tapi Pengarah tak benarkan, wajib buat di Klinik Pakar. Ada satu bilik kosong, tapi apa-apa pun tak ada termasuk kipas apatah lagi air-cond ;) Takkan la nak berkaunseling dalam kepanasan! Pengarah kata, tahun ni tak akan ada apa-apa renovation sebab tak ada budget. Jadi guna pakai apa yang boleh. Bila saya tanya pada SN incharge, jawapan mereka: "Mana ada dah kosong, ni semua penuh. Kita bukannya ada sorang dua je pakar pelawat, dekat 9 ni termasuk dietetik!" dengan nada marah-marah.. Sangat sedih masa tu, terasa macam kedatangan saya kat hospital ni tak dialu-alukan langsung! Selepas berbincang dengan pengarah, akhirnya pengarah janji untuk benarkan bilik kosong tu jadi klinik diet tapi tahun depan kot dan mintak wujudkan satu sudut di hujung klinik untuk jadikan ruang kaunseling. Tersangatlah tak sistematik tapi apa boleh buat. Cumanya sampai sekarang meja pun tak ada, tak tau nak cari kat mana...

Entah macam mana Allah nak tolong saya, lepas buat survey hati tergerak untuk mintak sendiri jadual klinik tersebut. Saya buat analisis sendiri, minggu pertama hari Selasa setiap bulan tak ada klinik. Jadi, saya 'paksa' juga Klinik Pakar untuk jadikan klinik diet, mereka pasrah... ;) Mulai bulan depan, klinik diet akan beroperasi 3X sebulan. Tak apalah, walaupun tak dapat banyak kali saya cuba dulu untuk jadual macam ini. Baru-baru ini ada mesyuarat bersama Kesihatan, FMS ada mencadangkan untuk dietitian mengadakan lawatan ke KK yang berjauhan. Memang saya akui, pesakit di kawasan Tengkawang sangat susah untuk datang semasa temujanji kerana mereka tidak mempunyai kenderaan sendiri. Bas pun tak masuk kawasan sana, cuma kereta sapu yang beroperasi hanya hari Rabu.. Sangat kasihan.

Tanpa keputusan daripada saya, pengarah bersetuju mengarahkan saya membuat lawatan ke KK. Kalau ikutkan keputusan dia, saya hendaklah pergi ke semua KK dalam daerah ini. [Habis, dalam hospital siapa nak uruskan... Saya tahu dia bos, tapi saya yang nak buat kerja!] Silalah bertimbang rasa... Mujur saya cepat membantah, saya cuma perlu pergi ke KK Tengkawang dalam daerah Hulu Terengganu dan KK Wakaf Tapai di daerah Marang atas belas ihsan, insyaAllah perlu ikhlas selepas ni untuk berkejar ke sana sini..Arahan Pengarah memang mudah, pergi dengan menaiki kenderaan hospital tapi bila tiba masanya banyak pulak alasan yang diberi. Tak apalah, ikhlaskan hati. Bulatkan tekad. Moga Allah merahmati perjalanan kerjaya saya di sini...

Posted by Nadirah at 9:30 PM 0 comments    

Labels: kembara dietitian

Myth of Breastfeeding

Sunday, August 14, 2011


Breastfeeding continues to be surrounded by a multitude of myths. Here are some of the more common ones:

MYTH: ‘I AM ON MEDICATION; SO BREASTFEEDING WILL HARM MY BABY.’
Many medications can be consumed while you are breastfeeding, but it is important to note that at least a small amount of these drugs will make their way into breast milk and can occasionally affect your milk supply. Always consult your doctor before taking any medication. 

MYTH: ‘MY BABY KEEPS CRYING FOR MILK. MAYBE I’M NOT PRODUCING ENOUGH.’
It is perfectly normal for your baby to ‘demand’ a feed every 2-3 hours. Breast milk is digested very easily and this may cause your baby to become hungry fast. Frequent ‘demand’ feeds have nothing to do with your milk supply.

MYTH: ‘I NEED TO TAKE A REST FROM BREASTFEEDING EVERY FEW DAYS.’
Some women say that skipping a feed during the day will produce milk more at night. Perhaps there is a connection between that and the origin of this myth. Unfortunately, skipping a feed will only result in lower amount of milk being produced the next day, as it is continuous breastfeeding that ensures a constant supply of milk. Therefore, there is no need to ‘take a breastfeeding break’. 

MYTH: ‘I’M NOT PRODUCING ENOUGH MILK.’
Many women come up with this line when they notice that the amount of milk produced in the first few days of delivery is relatively small. Do not be fooled by this! The ‘milk’ produced in the first days is actually not milk, but a substance called colostrum. Colostrum is a thin, white fluid excreted at the end of pregnancy and contains more lactoalbumin and lactoprotein than regular breast milk. It is rich in antibodies, proteins, and vitamins that are crucial in providing passive immunity to a newborn-that’s why it is called “liquid gold”. Colostrum is enough to nourish your baby until you start producing breast milk.

MYTH: ‘MY BREASTS WILL SAG IF I BREASTFEED’
Contrary to popular belief, sagging of breasts is not in any way related to breastfeeding. In fact, genetics and body type are responsible for this so-called ‘gravitational pull’, so don’t let this deter you from ensuring that your baby gets the best nutrition and protection that he or she can receive.

Posted by Nadirah at 12:16 AM 0 comments    

Labels: kembara dietitian, Tips Diet

Kerinduan

Friday, August 12, 2011

Saya merindui suara ayah mengimamkan terawih 

Saya merindui "bebelan" emak mengejutkan sahur

Saya merindui lauk yang Yong masak

Saya merindui air yang Ajim buat untuk berbuka

Saya merindui celoteh dan riuh-rendah suara Mirul & Ibah

Saya rindu mereka, terlalu rindu... Oh, air mata! Kenapa kau jatuh jugak! Kau mungkir janji kita :'(

Posted by Nadirah at 5:56 PM 2 comments    

Labels: Monolog, Usrati

Setiap hari ialah perjalanan hidup yang baru (1)

Monday, July 25, 2011


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Tiada kesyukuran yang layak saya berikan melainkan kepada yang Maha Esa. Hari ini genap seminggu saya bermaustatin di negeri baru, Terengganu Darul Iman. Rasa macam baru semalam saya mengemas barang-barang untuk dibawa ke sini, 2 buah kereta mengiringi perjalanan hidup saya yang baru bermula. Sebuah kereta yang akan saya gunakan di sini dan sebuah lagi untuk mereka pulang. 

“Mak tak dapat nak hantar Angah nanti, ye! Susah pulak kena ambil cuti. Lagipun Adibah sekolah, nanti dia pulak ponteng sekolah. Nanti kat tempat orang jaga diri baik-baik, sorang-sorang kat sana pandai-pandailah bawak diri kat tempat orang,” pesan mak. 

Air mata saya tahan supaya tak gugur di hadapan mak sebab saya tak mahu mak risau. Mak mana yang tak risau nak lepaskan anak terutamanya perempuan berjauhan dengan keluarga. Tambah-tambah pula tiada saudara-mara di kawasan Pantai Timur. 

“Tak apalah mak, jauh tu nak hantar. Nanti mak kena ambik cuti semua, bila-bila cuti sekolah mak datang la bercuti ke sana. Mak doakan Angah selalu, tu je,” kata saya ringkas. 

Perjalanan kami dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh ayah. Ayah berkeras untuk turut serta walaupun kesihatannya tidak mengizinkan, semua barang keperluan ayah disiapkan terlebih dahulu. Semua dokumen penting dipastikan ada. Azim dan saya memulakan pemanduan, buat pertama kalinya saya memandu ke laluan Gerik-Jeli yang terkenal dengan laluan maut, Na’uzibillah mohon dijauhkan…

Dengan izin Allah & bantuan GPS, Alhamdulillah kami sampai di Kuala Terengganu jam 5.30 petang setelah melalui 7 jam perjalanan. Saya dan Amirul bertukar giliran memandu di Jeli manakala Azim meneruskan pemanduannya bersendiri. Syabas! Kami menginap di Hotel Seri Malaysia, KT. Perancangan awal untuk bermalam di KT selama 1 malam dan diteruskan ke Kemaman kerana saya mungkin ditempatkan di sana (kalau mengikut surat dr KKM). Keesokan hari saya harus melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT). Badan penat, tapi tidur tak lena… Beberapa maklumat harus diisi, tapi saya tak faham maklumat apa yang dikehendaki… 

Posted by Nadirah at 12:31 AM 2 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog, Usrati

Usah Jemu, Usah Berputus Asa

Friday, July 15, 2011

Alhamdulillah wa syukurillah. Hari ini Allah masih memanjangkan usia saya yang ke suku abad. Perjalanan hidup yang sangat singkat dan agak berliku namun unik untuk diingati. Ulang tahun kelahiran kali ini saya rasakan 'lain'. Satu nikmat yang dah lama saya pohon, Dia berikan di hari lahir saya. KERJAYA! Ya, kerjaya...

Sejak akhir-akhir ini, saya sering dihujani dengan soalan yang sama daripada rakan-rakan dan adik-adik junior tentang kerjaya. Saya bukanlah 'ahli' yang selayaknya untuk bertanya, tapi apa yang boleh saya nasihatkan pada semua tetapkan matlamat dalam kehidupan. Apa yang hendak kita capai untuk jangka masa yang singkat dan akan datang. FOKUS. Satu lagi aspek yang perlu ada dalam menetapkan sasaran, kerana ada segelintir daripada kita masih kabur atau samar sama ada mahu menyambung pelajaran atau terus bekerja. Sekiranya mahu menyambung pelajaran, berusahalah ke arah itu. Ketepikan sementara soal kerja, jangan mengikut perancangan orang lain. Usah risau dengan sumber kewangan, kerana kita ada Dia Ar Razzaq ;)

Posted by Nadirah at 5:43 AM 0 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog

Terap Semangat Belajar

Tuesday, July 12, 2011

Kalam ini saya ambil daripada penulisan IM Mohd Hassan Adli yang baru sahaja menjuarai Imam Muda 2 dalam ruangan Kalam Imam Muda, Harian Metro 10 Julai 2011. Moga menjadi iktibar buar semua...

Bersyukur saya kerana diberi kesempatan menulis dalam ruangan Kalam Imam Muda di Metro Ahad yang saya kira antara medium terbaik bagi mendekatkan diri di kalangan umum, sekaligus berkongsi ilmu serta pengalaman yang dimiliki.

Saya kira, masih ramai di luar sana belum mengenali diri saya secara dekat walaupun setelah muncul sebagai "Imam Muda Unggul" bagi Program Imam Muda Musim Kedua 2011.

Yang nyata, di sebalik anugerah itu, ia memberi saya satu lagi tanggungjawab besar yang perlu digalas dan diharapkan saya mampu memikul cabaran ini engan sama-sama saling bertukar buah fikiran tanpa mengira skop sesuatu isu, khusunya dalam aspek agama. 

Bukan untuk mengatakan saya hebat dalam bidang agama, namun yang saya harapkan, kita sebagai satu masyarakat khusunya yang beragama Islam, mampu duduk bersama, berbincang dan mencari kesepakatan serta penyelesaian dalam pelbagai isu pada masa kini. 

Terus terang, saya tidak menduga dinobatkan sebagai Imam Muda Unggul dan apabila nama saya diumumkan , tubuh saya seakan-akan sejuk dan lutut menjadi lemah untuk melangkahkan kaki kerana berasa bagaikan mimpi. 

Posted by Nadirah at 1:52 AM 0 comments    

Labels: Bicara Hati, Monolog

Sunday, July 10, 2011

~::Semoga saya dan mereka sentiasa dalam pemeliharaan-Mu Ya Hafiz:: ~

Masa berjalan pantas, tinggal lebih kurang seminggu lagi saya nak 'menyambung' semula perantauan saya. Kali ini di tempat baru, cabaran baru, suasana baru; memulakan perantauan di tempat baru perlu ada bekalan. Baik fizikal, emosi dan terutamanya rohani ada jiwa kuat & dijauhi daripada segala bencana dan mala petaka. Biiznillah.

"Ayat-ayat manzil, amalkan. Jangan tinggal Ma'thurat & Ayatul Kursi. Al-Quran tadabbur hari-hari. Kita merantau perlu pendinding jugak, tambah lagi anak perempuan..." 

Ayah, Angah akan ingat pesan ayah setiap masa. Angah memang harap untuk kerja dekat, nak habiskan banyak masa dengan mak ayah. Tolong ayah masa ayah sakit ni, tapi Allah pilihkan tempat yang terbaik untuk Angah. Ayah & Mak doakan Angah selalu, Angah doakan ayah cepat sihat & kuat semangat. Dulu, masa di Kuantan Angah jadi kuat sebab semangat ayah. Kali ni ayah mesti kuat semangat supaya Angah boleh pinjam semangat ayah ^_^

Moga doa-doa kita semua dimakbulkan Allah....

Posted by Nadirah at 2:24 AM 0 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog

Kasih Sayang Ayah

Saturday, July 9, 2011

Lakaran garisan di wajahnya yang timbul setiap kali melonjak kepada usia baru sudah cukup memberi erti kepada kegigihan malah kesungguhannya untuk mendidik anak sendiri. Tiada yang diimpikan,melainkan melihat anak sendiri berjaya dalam semua prospek mahupun duniawi ataupun akhirat. Kehilangannya, kerukunan institusi keluarga itu mungkin akan sedikit longgar.

Dialah ketua, dialah idola, dialah segala-galanya. Dialah bapa. Bapa yang merupakan peneraju bagi anak-anak mahupun isteri untuk berlindung.

Dia tidak meminta untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna, yang dapat membanggakannya, yang dapat mengirimkan bacaan doa kepadanya apabila dia tiada nanti, yang sentiasa melakukan kebaikan untuk nusa dan bangsa. Adakah kita seperti yang dia inginkan?

Renungkan sejenak, mengambil semula nostalgia lama, menghirup semula memori dahulu, adakah kita pernah melukakan hati dia? Sering ingkar akan arahannya? Adakah kita tidak berfikir, kesukarannya dulu menjaga kita di waktu kecil, bersengkang mata bagi memastikan kita nyenyak, mengikat perut demi memastikan kita tidak kelaparan, malah memberikan keselesaan kepada kita dengan memberikan segala-galanya yang kita inginkan. Segantang emas belum tentu dapat menebus semula pengorbanan yang telah dia lakukan. Teramat besar pengorbanannya.

Posted by Nadirah at 1:51 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs, Usrati

Bas

Wednesday, July 6, 2011

Bas dah menjadi kawan baik semenjak sekolah menengah, terutamanya apabila tiba musim cuti atau perayaan untuk pulang ke kampung. Mak dan ayah pun lebih selesa "membiarkan" saya berjaulah dengan bas. "Ghiso le kome nak bawak ghete tu, baik naik bas je. Senang sikit". Ringkas jawapan mereka.

Apabila saya meniliti perjalanan saya dengan bas:

1. Sekolah Menengah
[Kuala Kangsar - Slim River]: 1 1/2 - 2 jam

2. Matrikulasi
[Kuala Kangsar - Petaling Jaya]: 3-4 jam

Tak ada diskaun ke untuk penumpang setia...


3. Universiti / Kerja sementara
[Kuala Kangsar - Kuantan]: 8 jam

4. Kerja
[Kuala Kangsar - Terengganu InsyaAllah]: 12 jam!

Nota: Oh, waktu permusafiran semakin bertambah nampaknya. Ini menunjukkan duit yang bakal mengalir + sakit badan pun akan bertambah juga... Moga dipermudahkan untuk mengendalikan agenda yang Kau aturkan Ya Baari' ^_^

Posted by Nadirah at 3:48 AM 2 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog, Usrati

Pemeriksaan Kesihatan

Tuesday, July 5, 2011

Saya dikehendaki menjalankan pemeriksaan doktor untuk pelantikan ke perkhidmatan awam sebelum melapor diri nanti. Alhamdulillah tarikh lapor diri ditangguhkan ke 17 Julai nanti, sebab saya tak sempat nak buat medical check up masa di Kuantan. Minggu lepas, saya ke hospital berhampiran rumah. Ingatkan boleh siap semua dalam masa yang terdekat. Rupa-rupanya kena tunggu lagi seminggu. Saya balik selepas siap X-Ray & ujian dadah dalam air kencing...

-Medan Dakwah-

Posted by Nadirah at 9:04 PM 0 comments    

Labels: kembara dietitian

Friday, June 10, 2011

"Jadilah orang baik; bertemu dengannya dikasihi, berpisah dengannya dirindui & apabila dia meninggal dunia ditangisi" -Tanyalah ustaz 07/06/11-
Ya Allah aku nak jadi orang baik....
 

Posted by Nadirah at 10:00 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Motivation

Wednesday, June 8, 2011

Jadikan daku hamba yang sentiasa memberi manfaat kepada yang lain

"Maka tanyakanlah kepada orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui" [Al-Anbiya': 7]

Pembelajaran bermula dari rumah!

Pemakanan hari ini menentukan kesihatan di hari esok

Posted by Nadirah at 12:21 PM 0 comments    

Labels: kembara dietitian

Resah

Resah mengenangkan kesihatan ayah & mak di kampung....
Resah menunggu tempat pengembaraan selepas ini...
Resah untuk meninggalkan kerjaya yang belum ada pengganti....
Hati ini resah kerana kurang bertadabbur & bertaqarrub kepada-Mu... Astaghfirullah!

Posted by Nadirah at 1:38 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Exercise

Friday, June 3, 2011

I think it is very good to educate the patients. Lets practice it!

Posted by Nadirah at 2:55 PM 0 comments    

Labels: Tips Diet

C.U.T.I.

Friday, April 22, 2011

Masuk bulan Mei nanti, genap 3 bulan saya tidak pulang ke kampung. Mungkin bagi orang lain perkara biasa, tapi bagi saya sangat tidak patut memandangkan saya belum mempunyai keluarga sendiri... Dah banyak kali plan, tapi ada saja halangan. "Kerja, kerja, kerja. Sampai bila pun tak habis. Ko tak payah ikut sangat keje ko tu Nadirah, nanti kalau ko sakit ada sape nak kisahkan ko?" nasihat kawan saya.

Kali ini saya nekad, 1 Mei jatuh pada hari Ahad. Sudah pasti Isnin berikutnya akan cuti juga. Saya apply awal-awal dalam ESS (Employee Self Services) untuk cuti 29 & 30 April dan disambung pada 3 & 4 Mei. Dengan harapan dapat beli tiket bas pulang ke Perak...Fuh, lebih kurang seminggu saya nak cuti! Biar orang sini menggelabah tak ada dietitian. hehehe... 

6 Mei nanti saya dijemput ke kuliah Prof Kamil di UIA. Rasa rugi pulak kalau tak datang. Selepas ini Prof akan berpindah ke Madinah, jadi mungkin inilah kali terakhir saya bertemu atau menghadiri kuliah beliau. Saya nekad mengambil 1/2 day pada hari tersebut. Ternyata rekod kehadiran saya merudum pada bulan ini [biarlah, AL memang saya tak pernah ambil. Ada 20 hari lagi, ni dah masuk 1/2 tahun].

Lebih kurang seminggu sebelumnya, saya menyemak lagi. Cuti saya masih belum approve. Geram jugak, nanti kalau saya beli tiket tak approve pulak mau menangis den! Kesempatan berjumpa dengan bos saya gunakan dengan sebaiknya. "Puan, saya nak cuti hujung bulan nanti. Saya dah apply dalam ESS tapi Puan tak approve lagi." begitu selamba saya berkata kepadanya. Biarlah nampak kurang ajar, yang penting saya dapat cuti. Nekad saya.

"Awak nak ke mana Nadirah?" tanya beliau. [Dah nama pun AL suka hati sayalah nak pergi mana. Hmmm].

"Saya nak balik kampung, dah lama saya tak balik dekat 3 bulan. Lagipun saya tak pernah apply AL lagi, masih belum berguna lagi."[Saya highlightkan balik kampung tu, sebab saya pernah ditegur sebab tak balik pada awal tahun lalu. Lagipun beliau selalu balik boleh dikatakan setaip minggu nun di selatan..]. "Bukan apa Puan, nanti kalau saya cuti je Puan marah pulak sebab tak approve. Saya nak beli tiket bas ni."Ujar saya jujur.

"Ye lah Nadirah, nanti saya approve. Awak ni risau sangat..."

Posted by Nadirah at 12:02 AM 2 comments    

Labels: Monolog

Menguatkan jiwa dengan Bantuan Ya 'Aziz, Ya Qawiyyu, Ya Matin, dan Ya Ba'ith

Tuesday, April 19, 2011

oleh Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd

Ya Allah, Ya 'Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawiyyu Yang Maha Kuat dan Ya Matin Yang Maha Teguh dan Sempurna Kekuatan-Mu, tiada yang lebih perkasa dan kuat melainkan Engkau Ya Allah. Diriku ini hanyalah hamba kepada-Mu Ya Khaliq dan kerana itulah diri ini sentiasa merasa lemah dan tidak berdaya.

Hamba-Mu ini memohon kepada-Mu Ya 'Aziz, Ya Qawiyyu dan Ya Matin kekuatan jiwa untukku hadapi segala rintangan dan ujian hidup ini kerana dengan kekuatan-Mu daku dapat mengatasi segala masalah dan kesulitan di dalam hidup. Ya Allah Ya Ba'ith Yang Maha Membakar Semangat, bakarlah semangatku untuk terus berusaha bagi menghadapi rintangan dan ujian. Hamba-Mu ini sedar Ya Allah, Engkau ingin menjadikan aku umpama berlian yang sangat bernilai dan berharga. 

Posted by Nadirah at 2:14 AM 2 comments    

Labels: Bicara Hati

Hari Itu...

Sunday, April 17, 2011

Sabtu lepas, saya ke bilik GM untuk menyelesaikan urusan yang tergendala. Sebelum sempat saya bagitahu tujuan saya berjumpa dengannya, beliau membuka mulut terlebih dahulu [baru perasan, S/U ada bagitahu GM nak jumpa saya, tapi handset tinggal kat bilik....lega!]

Saya ternampak fail peribadi ada atas meja beliau. Dub dab dub dab.....

Posted by Nadirah at 9:41 AM 4 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog

Suami: Ketika Isterimu Menangis, Genggamlah Erat Tangannya

Friday, April 15, 2011

Artikel ini sangat bagus untuk dibaca. Terima kasih bagi yang sudi berkongsi.

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis di hadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Posted by Nadirah at 9:48 AM 4 comments    

Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs

My Hero

Wednesday, April 13, 2011

"Rabbigh fir lii wa li wa lidayya warham huma kama rabbayanii saghiraa"



Hari ini merupakan hari terakhir ayah sebagai kakitangan kerajaan. Esok bermulalah kehidupannya sebagai seorang pesara kerajaan, saya rasa satu lagi fasa yang bakal ayah lalui dalam hidupnya. Sejak masuk bulan April, ayah kerap menghubungi saya bertanyakan khabar. Agak girang suaranya di telefon, mungkin tidak sabar atau sebenarnya ayah sedih meninggalkan alam pekerjaan yang ditempuh hampir 32 tahun!
Selasa lepas, ayah menelefon saya. "Angah sihat ke?" soalan yang wajib ayah tanya macam biasa. [sebenarnya saya yakin ada sesuatu yang nak ayah bagitau =) ]. 

"Alhamdulillah sihat" jawabku ringkas.

Selepas berbual-bual beberapa minit bercerita itu ini, "Tu la tadi ayah dapat dah surat pencen. kad pencen pun dah dapat sekali. Alhamdulillah la senang pulak kali ni. Lepas ni, jadi warga emas la dah ayah, kalau naik Trans dapat le diskaun 25%!" hehehehe sempat jugak ayah bergurau...

"Ada kawan ayah tu, dekat 2 bulan jugak baru settle semua", mendatar suaranya.

Posted by Nadirah at 3:45 AM 0 comments    

Labels: Usrati

Penghibur Hati

Thursday, April 7, 2011

Semalam memang rasa frust sangat2 dengan pihak management. Entahlah, sampai bila untuk saya kuatkan hati untuk terus bersabar. Dari start report duty sampai sekarang ada aje yang Puan ****** nak komen itu ini walaupun kebanyakan head of services memang berpuas hati dengan semua pembaharuan yang saya buat. Untuk pembaikan katanya, tapi menyusahkan orang dan ada cara yang lebih mudah..Kenapalah nak susahkan benda yang remeh-temeh, banyak lagi benda yang lebih penting untuk diutamakan. Selalu aje nak susahkan orang & cari pasal, Haish tak faham sungguh!Ada jugak orang macam ni bila dah berkuasa...

Alhamdulillah semalam banyak refer berbanding hari biasa, so saya dapat lupakan sekejap pasal masalah tu. Tengah siapkan report, I've got a message from one of patient's mother:

"Nadirah dear, tq 4 the menu planning.. Its so kind of U, thanks sayang. Will catch up OK" - Peggy

p/s: Ni yang rasa nak jadi freelance ni!


09/08/11 & 27/12/11 - bakal ke udara di Pahang FM :) 

Posted by Nadirah at 11:44 PM 2 comments    

Labels: kembara dietitian

April

06/04- Audit from MOH -[settled]

09/04- Health Campaign [Squasy Tournament] -[settled]

11&12/04- Talk to dialysis patients, Haemodialysis Services -[settled]

13/04- Health Campaign- Sambutan Hari Polis, Kuantan Parade - [settled]
         - Productivity Award Audit, MPC - [settled]

Ayah menghitung hari untuk persaraannya!


14/04- Talk on Healthy Eating, TNB Kuantan [involvement of staffs, spouses & children] - [settled]
         - Ayah's birthday & retirement day!- [settled]

19/04- Final Touch MCA Campaign

24/04- MCA Campaign

27/04- Talk at BSF, Gebeng

p/s: end of this month is long weekend holiday. Tak sabar nak balik rumah menjenguk mereka!

Posted by Nadirah at 12:10 AM 0 comments    

Labels: kembara dietitian

Bukan berniat kejam!

Wednesday, April 6, 2011

Sejak akhir-akhir ni memang sangatlah ramai students kat hospital buat attachment [nursing, physio, pmacy, admin, lab], ada yang saya kenal, ada yang tak pernah tengok langsung. Mana yang tegur saya, agak cam lah jugak diorang. Mana yang buat tak tau tu, mintak maaflah saya memang tak perasan anda.  Dah jadi kebiasaan, sejak saya kerja kat situ boleh dikatakan setiap bulan akan ada batch baru especially nursing dan salah satu posting ialah nursing management yang memerlukan cooperation with all medical professionals. Di hujung-hujung praktikal, beberapa staf yang berkaitan mesti tulis testimonial untuk support diorang, termasuklah saya as a dietitian.

Kebiasaannya students datang akan mintak saya tulis testimoni & mintak pamphlet yang diorang suka [sabar aje lah, kadang-kadang tu ada yang ambik, sekadar nak penuhkan portfolio aje. Tak de pun inisiatif nak tau apa yang terkandung dalam pamphlet yang saya buat tu.. huhu :'( ]. Ada yang siap buatkan skrip untuk saya lagi, maaflah dik akak tak semalas itu, ok?!

Posted by Nadirah at 1:13 AM 7 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Sanah Helwah Ya Ummi!

Thursday, March 31, 2011

Dataran Pahlawan, Melaka
"The Prophet S.A.W told us that we must obey Allah and His Messenger at all times
But after that who else did he tells us
To listen to and be closed to?

Your Mother!!

Yes! Well done"

Posted by Nadirah at 5:13 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Usrati

Menyerah Diri kepada Ya Baari' untuk Aturkan Agenda Hidup

Tuesday, March 22, 2011

oleh: Prof Madya Dr. Wan Maseri bt Wan Mohd

Ya Allah Ya Baari', sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengatur Urusan manusia dan mengatur agenda makhluk-Mu. Aturan dan agenda-Mu Maha Hebat, tiada tolok bandingnya. Hamba-Mu ini sedar yang daku hanya seorang hamba yang tidak mampu mengatur urusan hidup dan agenda. Agendaku sering silap dan mempunyai pelbagai kelemahan. Oleh itu Ya Allah Ya Baari', hamba-Mu ini menyerahkan seluruh jiwa dan ragaku kepada-Mu untuk Engkau aturkan dan daku rela mengikut agenda-Mu Ya Baari'. Perintakanlah apa sahaja untukku lakukan, daku berazam untuk mengorbankan apa sahaja yang ada pada diriku ini demi mengikut perintah-Mu.

Ya Allah Ya Haadi Yang Maha Memberi Petunjuk, setelah Engkau aturkan agenda hidupku, berilah daku petunjuk apa yang harus daku lakukan bagi mengikuti agenda-Mu. Bantulah daku dengan kekuatan-Mu Ya 'Aziz, Ya Qowiy, Ya Mateen agar daku merasa kuat dan bakarlah semangatku Ya Ba'its agar daku tidak merasa penat dan sentiasa bersemangat.

Posted by Nadirah at 8:49 PM 0 comments    

Labels: Bicara Hati

11022011

Sunday, February 13, 2011

~AHL 322~
"Jadikanlah daku hamba-Mu yang sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang diberi.Moga tunggangan ini merancakkan lagi tugasan dakwah di muka bumi-Mu Ya Rahiim. Ameen..."

Posted by Nadirah at 12:44 AM 4 comments    

Labels: Monolog

Sombongkah aku?

Saturday, February 12, 2011

Sombongkah aku kiranya tidak mahu membalas pesanan ringkasmu?
Sombongkah aku jika membiar sepi YM darimu?
Sombongkah aku jika aku hanya membiarkan panggilan darimu berlagu tidak berjawab?

Ya,aku memang sombong.
Namun aku sombong bertempat!
Bukan pada semua.

Tapi hanya padamu,lelaki ajnabi yang tidak halal buatku.
Pantaskah aku membalas SMS mu kiranya luahan rindu yang kau ucapkan?
Perlukah aku membalas YM mu jika omongan cinta yang kau ingin bicarakan?
Haruskah aku berbual denganmu jika tiada perkara penting yang mahu dibincangkan?

Posted by Nadirah at 5:32 AM 2 comments    

Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Ya Allah

Saturday, February 5, 2011


Posted by Nadirah at 1:55 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Kalau Berpacaran


Posted by Nadirah at 1:13 AM 0 comments    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

Feb 2nd

Tuesday, February 1, 2011

28 Safar 1431H

Things To Do:

Main Event of the day: Talk at MTBE Gebeng (DM)- dah 1/2 day...

Another 1/2 day...

Review patient at ICU, hopefully esok tak ada refer. hehehe...[Kalau ada refer, kena tangguh la dulu keje2 yang lain. Phew~~]

Discuss with accountant regarding quotation for inpatient food. Ya Allah mudahkanlah urusan untuk terminate previous caterer & appoint new caterer. Kadang-kadang rasa tak tertanggung, janganlah Kau biarkan aku berseorangan menanggung bebanan ini :'(

Report to finance services (Referral & Stocks)

Submit Quality objectives yang membosankan itu...

Kira stock enteral products & hantar ke farmasi... Nak cuti lama ni sat lagi stock tak ada, nurse kat ward bising~~

    Menghitung jam, minit & saat... Tak sabar nak balik kampung! Yeay!!  ^_^

    Posted by Nadirah at 8:47 PM 0 comments    

    Labels: Monolog

    Sunday, January 30, 2011

    "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

    Posted by Nadirah at 9:03 PM 0 comments    

    Labels: kembara dietitian, Monolog, Tazkiyyatun Nafs

    Januari

    Sunday, January 23, 2011

    Rumah ini sepi sejak akhir-akhir ini. Saya akui, belum mampu untuk terus istiqamah dalam penulisan memandangkan saya masih lagi dalam proses 'menyesuaikan diri' dengan alam yang baru.. Bulan pertama 2011 ini saya rasakan terlalu banyak komitmen yang harus saya berikan. Kadang kala saya terfikir, saya harus membahagikan diri saya kepada 6 bahagian dalam 1 hari [HOS, dietitian, catering dietitian, health educator, perunding menu untuk setiap function, PPK] alasan semua tu... Terkejar-kejar ke sana-sini dan kadang kala saya capek!

    ISO (12-14/01/11)
    Tirai 2011 dimulakan dengan audit ISO. Sebagai sebuah perkhidmatan yang silih berganti ketuanya, sudah tentu banyak dokumen yang harus dikemas kini dan diwujudkan. Sebagai seorang anggota pekerja yang baru, saya akui memerlukan sedikit masa untuk memahami selok-belok ISO tu sendiri, pelaksanaannya & penghayatan kepada semua staff. Dua malam berturut-turut berkampung di hospital, sampai 12 tengah malam menyiapkan segala benda yang diperlukan. Walaupun tak 100% dokumen yang diperlukan ada, tapi sekurang-kurangnya ada update terbaru. Hasilnya, perkhidmatan [department] saya mungkin agak kebelakang berbanding dengan mereka yang lebih berpengalaman. Biarlah yang penting saya yang melindungi sesuatu untuk mendapat nama. Biar TELUS dan tidak menyusahkan sesiapa...
    MUHASABAH
    Pada pandangan saya, pelaksanaan ISO sangat bagus, bukan sahaja kepada ketua jabatan malah kepada staf bawahan juga. Mereka ada guideline yang harus dipatuhi, dan mencapai apa yang dirancangkan. Walau bagaimanapun, antara kesilapan yang saya dapat lihat adalah tiada penghayatan dan amalan dengan apa yang telah didokumenkan. Bagi saya adalah sia-sia, sesuatu tugasan itu tidak dijadikan amalan yang berterusan; hanya sekadar apabila audit dijalankan. 
    Sebagai contoh yang mudah saya berikan kepada staf saya mengenai pemakaian mask, glove & apron semasa menghidang makanan kepada pesakit. Apabila tiada pengawasan daripada dietitian atau supervisor, staf kadangkala akan mengabaikan amalan ini. Memakai glove hanya sebelah tangan dan tidak memakai mask. Alasan: "nak cepat" [memang alasan biasa oleh pekerja food service]. Saya ingatkan kepada mereka, "kalau hanya sekadar audit baru nak praktik, sakitlah awak semua. Tapi kalau dah dijadikan amalan, tak susah langsung. Buat apalah kita hanya nak berlakon untuk satu hari, membuktikan kita perfect sedangkan pada hari-hari lain tak sama dengan apa yang dilihat. Saya tak mampu nak mengawasi awak pada setiap  masa, tapi  sampai bila harus nak jadi PELAKON?"

    Posted by Nadirah at 9:00 PM 0 comments    

    Labels: kembara dietitian

    Newer Posts Older Posts Home
    Subscribe to: Posts (Atom)
    Powered By Blogger

    Blog Design by Gisele Jaquenod.