skip to main | skip to sidebar

About me

My Photo
Nadirah
Small woman with a big heart.Born in Perak, studied in Pahang. Works in Terengganu. Educate people in hospital and public. Loves writing.
View my complete profile

Archivo del blog

  • ► 2014 (3)
    • ► March (1)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2013 (15)
    • ► October (2)
    • ► September (2)
    • ► July (2)
    • ► June (1)
    • ► April (4)
    • ► March (2)
    • ► February (1)
    • ► January (1)
  • ► 2012 (20)
    • ► December (2)
    • ► November (3)
    • ► September (1)
    • ► August (1)
    • ► July (5)
    • ► June (1)
    • ► May (1)
    • ► April (3)
    • ► February (1)
    • ► January (2)
  • ► 2011 (36)
    • ► December (1)
    • ► October (1)
    • ► September (1)
    • ► August (5)
    • ► July (7)
    • ► June (4)
    • ► April (8)
    • ► March (2)
    • ► February (5)
    • ► January (2)
  • ▼ 2010 (58)
    • ▼ December (2)
      • 1 Muharram 1432H
      • Alam Kerjaya itu Indah!
    • ► October (3)
      • Ke Kuantan semula...
      • Menangislah kalau itu dapat menenangkan hati...
      • 26th IIUM Convocation Fiesta: Empowering Future Ex...
    • ► September (8)
      • After Eid 1431H
      • Perang Pena!
      • 4 Syawal 1431H Alhamdulillah, Engkau Maha Mendeng...
      • Eid Mubarak
      • Bulan masih Ramadhan, Jangan Syawalkan ia
      • Stop and Reflect
      • Kerjaya: Guru
      • Doa lail Al-Qadr
    • ► August (8)
      • Rahmat Ujian
      • Yang Tak Bisa Diucap oleh Ayah
      • Tuhan, dengan-Mu tiada jalan buntu
      • Checklist Ramadhan
      • Seminggu Ramadhan
      • Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!
      • Rindu
      • Kenapa tolak rezeki?!
    • ► July (8)
      • Hadiah Hari Lahir
      • Niat Asal
      • Fainna ma'al 'usri yusra
      • Rindu Haramain
      • Aku Malu. Tidakkah Kamu?
      • Lagi Seminggu...
      • Benteng Hindari Zina
      • Rezeki
    • ► June (4)
      • Al-Quran
      • Buat adikku
      • Bermusafir agar hati tenang
      • Aku wanita Dalam diriku ada berpuluh calon mujahid...
    • ► May (7)
      • Eid Mu'allimin
      • Challenge?!
      • ~M.O.T.H.E.R~
      • Ceghite Haghi Nie..
      • Walidaini
      • VIVA
      • Ceghite Semalam
    • ► April (6)
      • I asked ALLAH
      • Pelajar + Ibu Bapa + Pensyarah
      • Untukmu Ratuku
      • Selamat Ulang Tahun Sayang
      • ~Hitung kesyukuranmu, bukan kesusahanmu~
      • Setiap kali bukak blog, mesti rasa banyak benda na...
    • ► March (2)
      • Kupohon kekuatan itu... Untuk aku harungi sisa-sis...
      • Tanpa ku Sedar...
    • ► February (4)
      • Refresh
      • For the Rest of My Life...
      • UNIC: Jalan Ku Pulang
      • Jangan Sekadar Syurga Dunia
    • ► January (6)
      • Hari-hari Terakhir di Sungai Petani
      • Rindu Maghfirah
      • Ukhuwah hingga ke Jannah
      • Cantiknye Tulisan...
      • Sirr 1
      • 1 tahun lagi usia diambil
  • ► 2009 (33)
    • ► December (4)
    • ► November (5)
    • ► October (3)
    • ► September (7)
    • ► August (7)
    • ► July (7)

'Ilman Naafi'a

  • Ust Hasrizal
    Surah ‘Abasa dan Kisah Abdullah ibn Umm Maktum RA: Cerminan Islam dalam Pendidikan Inklusif
    4 weeks ago
  • Dr Sha Mesir
    Sanah Helwah Hana
    11 months ago
  • Ust Pahrol
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    1 year ago
  • Kak Salwa Saleh
    Kenapa kami suka pergi bercuti di PD?
    3 years ago
  • Zaharah Muhammad
    Jalan
    5 years ago
  • Langit Ilahi
    Sebelum Kita Bernikah – Bagaimana Mahu Mendapatkan Pasangan Yang Ideal?
    5 years ago
  • Fatimah Syarha
    I CUT APPLE A PARENTING
    6 years ago
  • Dr Ummi
    Kawan Sejati Atiqah
    7 years ago
  • Dr Siti Sarah Shukor
    Saya Juga Pernah Gagal
    8 years ago
  • Dr Nazhatul Muna Ahmad Nasharuddin
    Why I love working in Emergency Department
    9 years ago
  • Mujahid sepanjang zaman..
    Aku mendung.
    9 years ago
  • Dr Hidayah Bani
    Tempat Baru
    11 years ago
  • Ustaz Muhd Shaari Abd Rahman
    KEM UMMAH SUKSES: TENTATIF DAN POSTER
    12 years ago
  • HEALS
    The DO's and DONT's of Studying
    12 years ago
  • Mohd Afiq Mohd Saleh
    TIPS BISNES AKHIRAT: AMAL JARIAH, HARTA YANG BERANAK-PINAK
    13 years ago
  • Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
  • Ustaz Mohd Erfino Johari

Baitul Muslim

  • Usrah Mujahid & Nihlah
    "Not bad"
    5 weeks ago
  • Usrah Rizza & Mardhiah
    Esok Mujahid UPSR!
    8 years ago
  • Usrah Hafiz & Mawaddah
    Ayah tak suka, tapi anak minat pula. Kenapalah wahai anakku?
    9 years ago
  • Usrah Azreen & Asiyah
    Kisah Nabi Di Pagi Hari
    10 years ago
  • Usrah Ipin & Atiqah
    End Of Posting..buat apa?
    11 years ago
  • Usrah Hawari & Hairena
    INNA MA'AL 'USRI YUSRA
    13 years ago
  • Usrah Khubaib & Aisyah
    Perniagaan
    14 years ago

Friends Forever

  • Noor Munirah Awang Abu Bakar
    Kedai makan best di MUAR
    10 years ago
  • Norjihada Izzah Ismail
    YA ALLAH, selamatkan GAZA & Palestinians
    12 years ago
  • Nur Sabrina Subri
    Meneladani rumah tangga Baginda Rasulullah s.a.w..~
    13 years ago
  • Noor Amirah Mat Nawi
    roh dan jasad itu makanannya berbeza..
    13 years ago
  • Smiling Sakura
    7 Steps to Create Productive Habits In 21 Days
    13 years ago
  • Noorsyuhada Mohd Salleh
    ...My BIG day...^_^ on 12th March 2011
    14 years ago
  • Budak-Budak Hitam
    Impian Jadi Kenyataan
    14 years ago
  • Nadirah Sulaiman
  • Che Aishah Nazariah Ismail

Kata-Kata Hikmah

"Carilah HIKMAH dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu yang ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun jika sesuatu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti tidak akan kita dapat walaupun sudah ada dalam GENGGAMAN"

Tautan Ukhuwah

  • Maryam Al-Batul Azizuddin
    Planting Lavender
    6 years ago
  • ::Mukminah Mujahidah Menongkah Arus::
    Tersenyumlah
    9 years ago
  • Mohd Naim Rahim
    I'M BACK
    11 years ago
  • Yassir Ramlee
    Pemuda Pemudi Mengemudi Arus Perubahan
    11 years ago
  • Batrisyia Saffiyah & Aqeel Aisy
    Chacha wean off from formula milk
    12 years ago
  • Nur Asiyah Mustapha Kamil
    Happy Birthday, My Princess!
    13 years ago
  • Esfarizam Abd Ghaffar
    Anak-anak tak sihat
    13 years ago

The Dietitians

  • Creating Womanhood
    Sloth
    4 years ago
  • Diet Terapeutik Untuk Hati...
    MARY JARDIN ITU APA?
    7 years ago
  • Abdur Rahman Al-Azmi
    3 Peringkat Yang Akan Dilalui oleh Penuntut Ilmu
    7 years ago
  • Mohd Faizal Salleh
    Orang Tercari-cari Manikam Kita Pula Mencari-cari Cara Membuangnya
    8 years ago
  • Ayat
    mengapa menulis kalau bukan untuk memberi pengajaran?
    8 years ago
  • Dr Azdie
    Suara Keramat
    8 years ago
  • Variety is the spice of life
    Promo Dunkin Donuts
    9 years ago
  • Sr Suraiya Hani Said
    1st May 2015
    10 years ago
  • Noor Sakini Salleh
    New bestfriend
    10 years ago
  • Beautiful Soul
    BEST FEELING IN THE WORLD
    10 years ago
  • Izzah Ismail
    the fault in our stars
    10 years ago
  • Hasmira Mohd Daud
    Harum Semerbak!
    11 years ago
  • Muhammad Huzaifah Ahmad
    Ubat
    11 years ago
  • Nurul Husna Aron
    Hukuman mati
    11 years ago
  • Ahmad Huzaifah Yusoff
    UiTM di Hatiku?
    11 years ago
  • Ilman Hadree Idris
    Stevia Rebaudiana
    12 years ago
  • Geo Allen George
    WOW..CHECKING 1 2 3...
    13 years ago
  • Mohd Hakim Zakaria
    Selamat tinggal....
    13 years ago
  • Nur Ilanah Abdullah
    Eid Mubarak!!
    14 years ago
  • Mardhiah Mohd Roslan
  • Sr Fathin

SMKASR

  • Nurshuhada Zainon
    My CL's Journey to Oxford
    4 years ago
  • Izyan Mardhiah Halmi
    MSSD BoLa JaRiNg DaeRaH SeMPoRNa 2012
    13 years ago
  • Nurul Husna Johari
    Tak seindah biasa
    14 years ago
  • Sharihana Ab Halim
  • Zarina Rosehan Anuar

IIUM Dietetics

  • Kitchen's Heart Cafe
    "Thinking mistakes" for weight loss management
    9 years ago
  • 5th Batch
    Sports gives great Well being, and what impact this has on the psychological health and good quality of life?
    13 years ago

Online Shop

  • Homecake Delicious
    kek kahwin
    5 years ago
  • Resipi Noraini
    JADUAL KURSUS 2020
    5 years ago
  • Edariman Online Mall
    AL-QURAN RUMI AL-MUMAYYAZ SAIZ A4
    6 years ago
  • Sinar Kehidupanku
    Talam Lapis Surabaya
    9 years ago
  • krafHATI
    TERKINI: PETA DUNIA UNTUK ANAK-ANAK SOLEH
    9 years ago
  • Butik Noraz
    Coming soon
    14 years ago

Education

  • Malaysian Association for the Study of Obesity
  • nutriWEB Malaysia
  • Malaysian Dietitians' Association
  • International Islamic University Malaysia

Labels

  • Ayah (3)
  • Bicara Hati (6)
  • Bisikan Sirr (1)
  • kembara dietitian (62)
  • Kenangan (15)
  • Mawaddah wa Rahmah (4)
  • Monolog (100)
  • Sakinah (4)
  • Tazkiyyatun Nafs (53)
  • Tips Diet (6)
  • Usrati (33)

Blogroll

About

Blogger templates

iluvislam

Blogger news

widgeo.net

Bicara Teman

Min Aina

Syahrul Islam

Al Waqtu Kas Saif...

Free Calendar & Clock

Tetamu Ziarah

Powered by Blogger.

Pages - Menu

  • Home

Popular Posts

  • Menguatkan jiwa dengan Bantuan Ya 'Aziz, Ya Qawiyyu, Ya Matin, dan Ya Ba'ith
    oleh Prof. Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd Ya Allah, Ya 'Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qawiyyu Yang Maha Kuat dan Ya Matin Yang Maha Teguh d...
  • Sanah Helwah Ya Ummi!
    Dataran Pahlawan, Melaka "The Prophet S.A.W told us that we must obey Allah and His Messenger at all times But after that who else d...
  • Sekukuh Yaakub, Seteguh Yusuf
    Buat semua yang bernama anak, inilah puisiku untukmu: Ingin kubisikkan resah seorang ayah resah kita bersama resah warisan lama b...
  • Setiap hari ialah perjalanan hidup yang baru (1)
    Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Tiada kesyukuran yang layak saya berika...
  • Orang Tuamu, Orang Tuaku
    Karya Salim A. Fillah alhamdulillah sudah dibaca separuh, memang tak merugikan. "Orang tuamu, orang tuaku" antara isi kandungan ...
  • D.I.E.T.E.T.I.C.S
    Bachelor of Dietetics Saya terpana ketika mendapat surat tawaran daripada IIUM, Alhamdulillah pilihan pertama saya berjaya diterima. Saya s...
  • Mithaqan Ghalizan: Mihrab Cinta
    "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami pasangan dan zuriat keturunan yang menjadi penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin ba...
  • Pengalaman Itu Harus Dikongsi
    Catatan lama yang ditulis di blog kelas pada 25/08/2011 . Walaupun dah 2 tahun lebih berlalu, membaca catatan lama membuatkan saya bersyuku...
  • Untukmu Teman
    Di sini kita pernah bertemu  Mencari warna seindah pelangi Ketika kau menghulurkan tanganmu Membawaku ke daerah yang baru Dan hi...
  • Pulang
    6 Zulkaedah 1434H Bismillahirrahmanirrahim Pulang pada malam ini ke kampung bukan kepulangan biasa.  Pulang bagi menyempurnakan s...

Followers

Lintasan Pena

Aku tak mampu menjadi sehebat mereka, tapi cukuplah menjadi semampu aku kerana aku ada DIA untuk terus kuat...

Pages

  • Home

1 Muharram 1432H

Tuesday, December 7, 2010

"Bergunung mana pun harta, bukanlah kaya namanya jika miskin budi bahasa.
Segagah mana pun diri, bukanlah namanya pahlawan jika nafsu tak dapat dilawan.
Secantik mana pun rupa nan ayu, bukanlah dinamakan ratu jika buruk tingkah laku.
Setinggi mana pun darjatnya, bukanlah dinamakan mulia jika tiada iman di dada.
Melangit mana pun ilmu, bukanlah dinamakan bijaksana jika tidak diamal dan diguna.
Sealim mana pun wara', bukanlah namanya ulama' jika takabbur dan riya'."

~Sekadar renungan buat memperbaiki diri yang telah melewati 1 tahun lagi pinjaman usia...~

Posted by Nadirah at 4:31 AM 0 comments    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

Alam Kerjaya itu Indah!

Sunday, December 5, 2010

28 Dzulhijjah 1431H

Astaghfirullah, dah hampir sebulan tak menulis apa-apa. Terasa diri saya futur dalam penulisan. Bukan tak mahu, tapi syndrome buntu menyerang & beberapa  masalah terpaksa dihadapi terutamanya laptop yang dirasakan macam nyawa rosak.. Semua maklumat tak dapat diselamatkan, sabarlah wahai hati..

So far, alhamdulillah dah hampir 2 bulan di alam kerjaya. Bohonglah kalau tak ada kesusahan dihadapi, tapi biarlah disimpan sebagai iktibar supaya tak diulangi. Banyak kali saya nasihat pada diri, sabar & redha, buat bersungguh-sungguh.Walaupun baru memulakan kerja tapi tak bermakna tak pandai buat kerja. Itulah yang mesti dibuktikan sebab dah menjadi mind setting kebanyakan orang fresh grad tak tau apa-apa.. Alhamdulillah, berkat doa mak ayah & kawan-kawan sekarang saya "agak diterima" oleh kebanyakan orang. Biarlah apa orang kata, yang penting saya faham dan tahu amanah ini. Banyak kali saya pujuk hati, dikurniakan yang terbaik dan disabarkan dengan apa yang dihadapi.

"Jadikanlah aku hamba yang sentiasa memberi manfaat kepada yang lain"

Posted by Nadirah at 2:11 AM 6 comments    

Labels: kembara dietitian, Tazkiyyatun Nafs

Ke Kuantan semula...

Sunday, October 24, 2010

16 Zulqaedah 1431H

Dengan Nama Allah, moga hati ini sentiasa kuat & tabah dengan izin-Nya... Sudah lama tak mengirim entri, harapnya 'rumah' ini tak merajuk dengan tuan tanah ;)

Sekarang saya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan alam kerjaya. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya diterima sebagai pegawai dietetik di KPJ Kuantan Specialist Hospital bermula minggu lalu. Dalam keadaan kelam-kabut saya ke sana semula, menumpang di rumah sahabat UIA di Damansara buat beberapa ketika. Syukur Allah itu Maha Penyayang, dipermudahkan mendapat rumah sewa walaupun tidaklah mewah tapi cukuplah untuk menumpang teduh. Transport tak perlu difikirkan lagi buat sementara waktu ni, saya berjalan kaki pergi & balik kerja [sebab dah lama tak exercise, rasanya ni cara yang terbaik. Tahniah buat diri sendiri. hehehe =)].

Posted by Nadirah at 9:14 PM 2 comments    

Labels: kembara dietitian, Tazkiyyatun Nafs

Menangislah kalau itu dapat menenangkan hati...

Saturday, October 9, 2010

29 Syawal 1431H

Tengah hari kelmarin saya mendapat panggilan daripada salah satu hospital di Pantai Timur [saya agak mamai, sangat mengantuk masa tu dek tertidur semasa baca paper =P], "menjemput" saya untuk datang interview keesokan harinya. Saya ingat-ingat lupa, maklumlah lebih kurang 5 bulan lepas saya menghantar resume ke sana. Emmm macam mana saya boleh ke sana? Perjalanan dengan bas pun hampir 8-9 jam, mana mungkin saya akan sampai dan terus pergi interview pada petangnya! sedangkan kalau nak bershopping pun mesti membuat preparation, inikan pulak nak pergi interview.. hukhukhuk saya terkilan dengan sikap "orang" itu.

"Emm, boleh tak kalau saya nak mintak postpone isnin depan?" soal saya.

"Tak boleh, esok petang juga. Kami nak pakai orang cepat", ringkas suara di sana seolah-olah tak memberi peluang langsung kepada saya.

Posted by Nadirah at 6:53 PM 5 comments    

Labels: kembara dietitian

26th IIUM Convocation Fiesta: Empowering Future Excellent

Thursday, October 7, 2010

28 Syawal 1431H

Praise to Allah


Bacaan doa penutup yang dipimpin oleh Ustaz Zunaiddin Ibrahim, Masjid Sultan Ahmad Shah, IIUM

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillahi rabbil 'alamin, wassola tu wassala mu 'ala asyrafil anbiyaai wal mursalin wa 'ala aalihi wa sahbihi ajma'in. Allahumma inna nas alukal 'aafiata min kulli baliyyah, wa nas aluka tamamal ghina 'anin naas. Allahumahabbib ilainal iman, wa zaiiyinhu fii qulubina wa karrih ilainal kufra fusuuqu wal 'isyan, waj'alnaa minarrasyidiin..
Moga langkah ini sentiasa diredhai-Nya

Allahumma baarik li haaulaai khirrijiina najaahahumul yaum, wa waffiqhum bittaufiq wa hidayatika fii ayyami himul qaadimah, waj'alhum min 'ibaadikassoolihiin.. Birahmatika yaa arhamarrahimiin..

Posted by Nadirah at 4:15 PM 0 comments    

Labels: kembara dietitian

After Eid 1431H

Sunday, September 26, 2010

17 Syawal 1431H

14th September 2010 - Interview at Mahkota Medical Centre, Melaka [done]

17th September 2010 - Interview at Assunta Hospital, Petaling Jaya [done]

17th - 19th September 2010 - Alin's wedding at Slim River, Perak (+ berjumpa saudara-mara + beraya) [done]

25th September 2010 - Collection of robe, hood & mortar board. IIUM, Gombak [done]

28th September 2010 -  Interview SPA at Jalan Cenderasari, KL

03rd October 2010 - Convocation Day, IIUM, Gombak

Moga lelahan ini terbayar dengan segala yang terbaik.. Ya Allah, permudahkanlah!

Posted by Nadirah at 7:06 PM 0 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog, Tazkiyyatun Nafs, Usrati

Perang Pena!

Tuesday, September 21, 2010

12 Syawal 1431H

"Man jadda wa jada, man zaro'a hasoda"

Buat adikku, Nur Adibah Khairuddin & sepupu Muhammad Zulfadhli Azib & Nur Syairah:

"Selamat menempuh peperiksaan UPSR yang akan berlangsung hari ini sehingga Khamis nanti. Angah doakan moga dibukakan pintu hati dan diberi ketenangan sepanjang hari peperiksaan. Jangan lupa berdoa & solat hajat, Insya-Allah Dia ada bersama kalian. Maat taufiq wan najah fil imtihan"

Posted by Nadirah at 1:11 AM 0 comments    

Labels: Usrati

Monday, September 13, 2010

4 Syawal 1431H

Alhamdulillah, Engkau Maha Mendengar dengan apa yang kupohon selama ini. Aku tak mahu berputus asa daripada rahmat-Mu! Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullahal 'azeem....Rabbi yassir wa laa tu'assir, rabbi tammim bilkhayr ya kareem, semoga Engkau memudahkan segala urusanku sepanjang minggu ini. Berikanlah segala yang terbaik kepada diriku.

p/s: Off to Malacca today and tomorrow for 1st mission, then back to Perak. 2nd mission on Thursday and Friday, then go to Slim River for cousin's wedding this weekend. ^_^

Posted by Nadirah at 8:12 AM 2 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Eid Mubarak

Saturday, September 11, 2010

30 Ramadhan 1431H

Bulan Ramadhan dah sampai ke penghujungnya, syukur dengan sebanyak-banyaknya masih dipanjangkan usia untuk menikmati nikmat Islam dan Iman. Hari ni merupakan hari terakhir Ramadhan, moga dipanjangkan usia untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang insya-Allah. Andai ini Ramadhan terakhir, moga segala amalan diterima oleh-Nya.

Alhamdulillah sempat membuat 3 biji kek coklat [merasmikan oven baru yang mak beli ;p] untuk hari raya tahun ni, walaupun tak lah sesedap mana tapi boleh la jugak nak dimakan. Hehe! Menu akhir Ramadhan tahun ni agak special, 1st time masak makaroni bakar.. Fuh, menjadi!! cuma kena alter sikit kot nak bagi sedap, kena tambah sos tomato bagi rasa masam sikit dan garam tapi fikir-fikir balik dah ok rasa macam tu. Tak boleh berlebihan, respect the others diet [HPT and DM] ;)) Tahniah untuk diri sendiri... Lepas ni boleh lah try masakan lain pulak, hajat di hati nak buat pizza, yeay!

Posted by Nadirah at 1:36 AM 0 comments    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

Bulan masih Ramadhan, Jangan Syawalkan ia

Wednesday, September 8, 2010

29 Ramadhan 1431H

Bulan masih Ramadhan, Jangan Syawalkan ia (Ust Hasrizal)

Artikel menarik yang patut dibaca bersama. Moga ada khayrnya di saat-saat akhir bulan barakah.
Jom pecut buat amal!


Posted by Nadirah at 2:10 AM 0 comments    

Stop and Reflect

Monday, September 6, 2010

27 Ramadhan 1431H

DUNIA

Sesungguhnya kita dalam perjalanan yang sangat jauh! Dan perjalanan kita di dunia ini sekadar menjalani saat umur yang terbatas. Yang tidak tahu bila dan bagaimana akhirnya. Dunia mengikut pandangan Allah s.w.t. ialan 'kesedapan yang sangat sedikit', 'sekadar permainan yang bersia-sia' dan Allah telah berfirman yang bermaksud: "Dan akhirat itu terlebih baik bagi kamu daripada dunia."

Dunia mengikut pandangan Rasulullah s.a.w. ialah ibarat penjara bagi orang yang beriman, dunia ialah sebanyak air yang melekat di hujung jari, dunia ialah syurga bagi orang kafir dan dunia ialah ibarat huma bagi tanaman akhirat.

Dunia mengikut pandangan para sahabat Nabi s.a.w. adalah ibarat bangkai yang busuk. Manakala dunia mengikut pandangan ahli hikmah ialah ibarat pantulan air di jalan raya dan ibarat laut yang dalam. Ramai yang tenggelam dalam kekufuran, kemungkaan dan kelalaian.

Posted by Nadirah at 1:37 PM 1 comments    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

Kerjaya: Guru

Saturday, September 4, 2010

25 Ramadhan 1431 H

"Jadilah orang yang mengajar, atau orang yang belajar, atau orang yang mendengarkan atau orang yang menyukai, dan janganlah engkau menjadi orang yang kelima nescaya engkau akan binasa" 

Bismillah thumma alhamdulillah. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w., para sahabat dan seluruh Muslimin Muslimat, guru-guru sama ada masih hidup dan meninggal dunia. Sudah lama saya tak mencoretkan pengalaman hidup, sejak akhir-akhir ini banyak entri berunsur emosi.. Kenapa saya agak 'sensitif' akhir-akhir ini?

Pengalaman menjadi guru ganti dari pertengahan Mei hingga awal Julai lalu menjelma kembali. Rasa macam tak percaya pulak dapat menjadi seorang guru walaupun cuma beberapa ketika. "Macam mana, best ke jadi cikgu? Mengajar subjek apa?" Antara soalan biasa yang ditanya oleh kawan-kawan. [+]

Posted by Nadirah at 4:32 AM 0 comments    

Labels: kembara dietitian, Kenangan

Doa lail Al-Qadr

Thursday, September 2, 2010

23 Ramadhan 1431 H

Memburu... bukan menanti malam yang lebih baik daripada seribu bulan!
 
‎"Engkau, satu cinta yg selamanya aku cari. Tiada waktu kutinggalkan demi cintaku kepada-Mu..Walau seribu rintangan yang menghadang dalam diri, ku teguhkan hati ini hanya pada-Mu.. Ku pasrahkan.. Oh Tuhan selamatkanlah hamba ini dari segala fatamorgana dunia. Oh Tuhan, jauhkan hamba ini dari hidup yang sia-sia..."
-satu cinta-

Posted by Nadirah at 2:39 AM 0 comments    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

Rahmat Ujian

Monday, August 30, 2010

20 Ramadhan 1431H

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang 
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir 
Terimalah dengan hati tebuka
Walau terseksa 
Ada hikmahnya
[+]

Posted by Nadirah at 1:33 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Yang Tak Bisa Diucap oleh Ayah

Friday, August 27, 2010

17 Ramadhan 1431H

Nota ini saya kongsi daripada sahabat di FB, kadang-kadang sebagai anak perempuan saya sendiri 'mengabaikan' ayah. Banyak hal yang ayah tak ucapkan.. Ayah, maafkan anak mu ini!

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja di perantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri, yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH? [+]

Posted by Nadirah at 12:11 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs, Usrati

Tuhan, dengan-Mu tiada jalan buntu

Wednesday, August 25, 2010

15 Ramadhan 1431H

Alhamdulillah wa syukurillah, hari ini dah masuk pertengahan Ramadhan yang mulia. Moga prestasi Ramadhan tahun ini makin bertambah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Kelapangan masa yang ada,dapat diisi dengan sebaiknya sebelum tibanya waktu sibuk yang berpanjangan. Teringat saya pada kata-kata Saidina Ali, "Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memancungnya, dia akan memancung kamu!" Na'uzubillah...


Mood untuk konvokensyen Oktober ni agak suram. Kadang-kadang rasa gembira kerana penat lelah selama ni terbayar [layakkah?], tapi adakalanya hati rasa tidak tenteram atau erti kata lain sedih + rendah diri. Ada ketika saya tak dapat nak kawal perasaan, apa yang patut saya jawab dengan soalan ini: "Dapat kerja mana sekarang ni? Ada pergi mana-mana interview?" cukuplah apa yang saya alami semasa pulang sebentar ke Kuantan awal bulan lalu, agak sedikit "tertekan" di kelilingi dengan teman-teman yang sudah bekerjaya.[+]

Posted by Nadirah at 2:17 AM 0 comments    

Labels: Monolog

Checklist Ramadhan

Wednesday, August 18, 2010

1. Niat puasa

2. Bersahur

3. Membaca Al-Quran

4. Solat awal waktu

5. Solat berjemaah [+]

Posted by Nadirah at 3:36 PM 0 comments    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

Seminggu Ramadhan

8 Ramadhan 1431 H

Awal bulan yang lalu, saya pulang ke Kuantan untuk menghantar thesis & sekaligus menyelesaikan urusan untuk bergraduasi menjelang Oktober nanti [haish, kalau tak buat clearance tak grad lah jawabnye!]. Ermm nampaknya urusan tak selesai jugak, result transcript tak boleh ambil gara-gara sistem ada masalah. Result thesis masih IP [in progress] dan subject catering placement tak tercatat dalam transcript.[Penat-penat bertungkus-lumus buat practical, tak masuk pulak...]. Masalah-masalah,  pihak pengurusan suruh datang selepas 25/08 nanti. Ingat dekat ke Kuantan tu.. Huhuhuhu :'( 

Susah jugak terlalu canggih ni... Pensyarah dah dimaklum, terpaksa juga minta Sa'adah poskan nanti. Moga dipermudahkan...

"Dah kerja ke? Sekarang ni buat apa?" Bertubi-tubi soalan yang saya dapat semasa di sana, sama ada daripada para pensyarah atau adik-adik junior.

Posted by Nadirah at 3:12 AM 0 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!

Tuesday, August 10, 2010


Posted by Nadirah at 9:51 PM 0 comments    

Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Rindu

Monday, August 9, 2010

Kata bijak pandai: "Tidak perlu mencari sahabat, jadikan sahaja dirimu seorang yang mudah bersahabat, nescaya sahabat akan datang bertandang. Sahabat yang hakiki!" [Petikan daripada Secangkir Teh Pengubat Letih Karya Ust Hasrizal].

Buat mereka yang saya rindu...

Posted by Nadirah at 8:34 PM 1 comments    

Labels: Kenangan, Monolog

Kenapa tolak rezeki?!

Sunday, August 8, 2010

Bismillahi Allahu Akbar!

Alhamdulilah, penantian saya berakhir. Khamis 2 minggu yang lalu, saya mendapat panggilan telefon dari Johor. Permohonan saya sebagai Foodservice Coordinator a.k.a. Catering Dietitian di Hospital Columbia Asia, Nusajaya Johor Bahru diterima. Sudah diduga, sudah dijangka saya akan mengisi kekosongan jawatan tersebut memandangkan jawatan tersebut masih kosong walaupun hampir setahun iklan dibuat.

Posted by Nadirah at 5:40 AM 0 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog, Usrati

Hadiah Hari Lahir

Sunday, July 18, 2010

 
 Mak, Angah dah beso B-)


"Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi Angah.. selamat hari jadi... Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & dapat kerja baik-baik" doa ikhlas daripada mak dengan ayah sempena ulang tahun kelahiran saya baru-baru ini.

Posted by Nadirah at 2:09 AM 0 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog

Niat Asal

Niat asal saya membuka blog untuk berkongsi info mengenai kesihatan, terutamanya dalam pengurusan diet [pemakanan], tapi nampaknya blog ni dah menjadi diari pengalaman hiduplah pula.. InsyaAllah niat itu tidak akan padam, cuma saya perlu memperuntukkan sedikit masa dan usaha untuk menulis artikel-artikel ilmiah dengan membuat rujukan daripada sumber-sumber yang benar.. Bukan mahu membuka pekung di dada, bukan mengharapkan semua entry dikomen oleh pembaca. Tapi saya mahu mendidik diri melalui penulisan blog. Saya mahu istiqamah walaupun dalam sekecil-kecil perkara. Moga sedikit usaha ini diganjari oleh-Nya.

On the authority of Abu 'Amr, though others call him Abu 'Amrah Sufyan bin 'Abdullah, radiyallahu anhu, who said:
I said: "O Messenger of Allah, tell me something about Islam which I could not ask anyone about save you." He answered: "Say: 'I believe in Allah', and then stand firm and steadfast." [Muslim]

Posted by Nadirah at 12:27 AM 0 comments    

Labels: Monolog

Fainna ma'al 'usri yusra

Wednesday, July 14, 2010

LESEN

Lesen P saya telah tamat pertengahan bulan Jun yang lepas. Oleh kerana saya tak memandu dalam masa yang lama, sedar-sedar sudah sebulan tamat tempoh. Saya dah risau, kalau tak memperbaharuinya silap-silap kena belajar semula..huhu tak sanggup den!

Petang Jumaat yang lepas, saya ke institut memandu untuk menukarkan lesen P ke lesen CDL. Kebetulan kerani yang in charge bahagia lesen ni bercuti, yang lagi seorang ke JPJ kata kerani yang lain [saya agak dia masih baru, sebab tak berapa tahu bab-bab lesen ni]. Jadi dia pun telefon kerani yang in charge, dapatkan maklumat semua nak buat lesen & bayaran sekali. Selesai satu masalah...

Posted by Nadirah at 4:47 PM 0 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Rindu Haramain

Monday, July 12, 2010

 Allahu akbar!
Kenangan 4 tahun yang lalu sering kali menjelma di fikiran. Saban tahun, apabila seluruh Malaysia merayakan sambutan hari guru memori itu datang dalam fikiranku.. Allah mengizinkan aku untuk sampai ke sana, menyatakan kesyukuran dan pengabdianku kepada-Mu Ya Ghafur. Hatiku ini sayu dan sebak tatkala menatap kubah hijau di masjid Nabi-Mu. Di situlah bersemadinya jasad manusia paling mulia di sisi-Mu.

Posted by Nadirah at 12:44 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Aku Malu. Tidakkah Kamu?

Saturday, July 10, 2010


Rasa MALU..  
Yang seharusnya ada pada setiap wanita..

Rasa MALU..  
Yang seharusnya menjadi benteng maruah kita..

Rasa MALU..
Juga yang seharusnya menyedarkan kita akan siapa diri kita..

Jadinya..  
Setiap langkahmu selama ini..  
Tanpa rasa takut padaNya..  
Tanpa rasa berdosa padaNya..

Apa masih tidak cukupkah rasa malu dalam dirimu?
"Sesungguhnya wanita itu aurat. Dan seorang wanita benar-benar keluar dari rumahnya tanpa ada halangan atasnya, lalu syaitan mengangkat pandangan kepadanya seraya berkata, 'Sesungguhnya engkau tidak melewati seseorang melainkan engkau menjadikannya tertarik kepadamu....'" - (HR Thabrani)
 
Takutlah wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..  
Sesungguhnya engkau umpama bunga..  
Yang mungkin baru berputik menunjukkan warna..  
Merah, biru, kuning, apa sahaja..

Tapi awas!  
Kuntuman yang sedang mekar..  
Turut bersamanya haruman yang tersebar..  
mungkin saja dirimu tidak sedar..

Engkau tidak bersendirian..
Sebenarnya engkau diperhatikan..  
Dek kumbang yang berpergian..  
Mencari tempat persinggahan..

Lebih ku khuatiri..  
Dirimu dihampiri..

Engkau kemudiannya lupa membina bentengmu..  
Yakni rasa MALU dengan sang kumbang yang menghampirimu..

Juga ku khuatiri..  
Pabila dirimu dihampiri..  
Kau semakin lupakan diri..  
Membiarkan dirimu disinggahi..

Wahai diriku dan dirimu yang bergelar wanita..  
Sedarlah.. Dirimu di dalam pengawasanNya..
Engkau bukan Khadijah wanita mulia..  
Engkau juga bukan Aisya Humaira..  
Apatah lagi rabiah kekasihNya..


Engkau hanya insan biasa..  
Umpama bunga..  
Mudah saja dipetik kelopaknya..  
Seandainya tak dipagari malu, Kan mudah juga layu..

Wahai saudariku..  
Aku malu..  
Pada diriku..  
Pada dirimu..

Ya Allah..  
Aku juga rasa malu..  
Malu kerna aku lupa untuk malu,
Malu yang seharusnya hanya padaMu..


Tahukah kamu Rasulullah s.a.w pernah bersabda..  
"Wanita itu aurat yang tertutup.."

Maka..

Wahai diriku dan dirimu yang ku kasihi keranaNya..  
Tutuplah dirimu dengan pakaian malumu..  
Bentengilah dirimu dengan rasa malu..  
Lebihkan rasa malumu Lebih lagi di hadapan Penciptamu..

Saudariku.. 
Ayuh. Takut padaNya..  
Sungguh, kebanyakan 'kayu api' di neraka adalah golongan kita..
Ini satu peringatan.. 
Buat diriku dan kita semua..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Bismillahirrahmanirrahim..


Ya Allah.. Peliharalah aku..
Janganlah Kau menghukumku pabila aku tidak melakukan

apa yang ku katakan..

Ya Allah.. Peliharalah aku..

Sungguh Kau Maha Mengetahui akan apa yang ku usahakan..

Sesungguhnya Engkau mengetahui bahwa

telah ku usahakan apa yang ku katakan..

Kerna Kau juga menyaksikan

Betapa aku bersungguh mengusahakan apa yang aku katakan..

Maka dengan itu..

Ampunilah aku atas segala kekhilafan..

Amin ya Rabbal 'alamin..


Wasalam..

p/s: sumber daripada [di sini]

Posted by Nadirah at 10:07 AM 0 comments    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

Lagi Seminggu...

Friday, July 9, 2010

 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sebaik-baik kamu ialah yang panjang umurnya serta baik amalannya"



Wahai diri,
Umur yang Tuhan kurniakan ini,
Hiasilah ia dengan amalan yang murni,
Semoga ia menjadi temanmu,
di akhirat yang kekal abadi...



~UMUR ITU AMANAH~

Posted by Nadirah at 1:17 AM 0 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog

Benteng Hindari Zina

Wednesday, July 7, 2010

Tidak lama dulu kajian sebuah syarikat pengeluar kondom mengkategorikan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan seks luar nikah di kalangan remaja dengan purata 62 kali setahun pada 2003 dan 86 kali setahun pada 2004, berbanding Jepun 37 kali setahun pada 2001 (Majalah Millenia, Jamadil Akhir-Rejab 1431H). Terkini, kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dipaparkan dalam Mingguan Malaysia 20 Jun 2010, berkaitan 300 remaja Melayu berusia 13 hingga 25 tahun terlibat dengan salah laku seksual dan seks bebas. Laporan itu membuatkan saya cukup bimbang dan risau tentang nasib umat Islam khusunya di Malaysia. Saya tertanya-tanya apa yang tidak kena dengan sistem pembelajaran hari ini yang saban tahun mencatatkan keputusan peperiksaan yang meningkat. Apa yang berlaku kepada struktur kekeluargaan kita pada hari ini, ketika kita tidak pernah lekang dengan pelancaran demi pelancaran kempen keluarga bahagia, keluarga sakinah dan sebagainya. Tiba-tiba satu kajian mendapati 300 anak Melayu terlibat dalam salah laku seks. Saya tegaskan inilah masa untuk kita bermuhasabah.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan 81,000 anak luar nikah didaftarkan. Manakala di ruangan Pendapat Utusan Malaysia, seorang penulis menyatakan frasa Melayu seks sahaja sudah ada 1.1 juta maklumat di Google, 'Melayu Seks Sekolah' pula berjumlah 2.69 juta. Ketika mana Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia pula menyatakan 55% rakyat Malaysia ketagih internet (Utusan Malaysia 30 Jun 2010).

Fakta-fakta tersebut sememang sudah cukup untuk kita memulakan langkah serta-merta bagi kita mengatasi masalah ini. Saya memohon kepada semua pihak terutama kerajaan dapat mengatur langkah serius dalam menangani kebejatan akhlak.

Posted by Nadirah at 3:05 AM 0 comments    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

Rezeki

Tuesday, July 6, 2010

Ada orang yang murah rezekinya, tak perlu mencari atau pergi temuduga tapi ditawar kerja kepadanya..

Ada orang yang murah juga rezekinya, hadir sekali temuduga terus dipanggil kerja...

Ada juga yang perlu hadir berkali-kali temuduga barulah berjaya dipanggil kerja..

Ada juga yang mendapat banyak tawaran temuduga atau kerja, tapi menolak kerana dirasakan tidak sesuai..

Ada pula yang menghantar resume di banyak tempat, tapi satu pun belum dipanggil untuk temuduga, apatah lagi untuk bekerja...

Walau apa pun kita ingatlah rezeki ada di mana-mana. Teruslah berusaha mencari dan mencuba, kalau diizinkan, kerja itu menjadi milik kita. Setelah berusaha, bertawakkallah kepada-Nya. Ingatlah firman Allah:

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." [Al-Baqarah: 216]

"dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu." [At- Thalaq: 2-3]

p/s: mencari dan terus mencari, moga yang terbaik kepada diri, agama dan masa depan akan dimiliki. Bersabarlah hati, kerana kesabaran itu sesuatu yang manis untuk diri jika pandai menghargai ;)

Posted by Nadirah at 1:12 PM 0 comments    

Labels: Monolog

Al-Quran

Tuesday, June 29, 2010

Al-Quran itu Kalam Allah,
Jibrail penyampai wahyu Allah,
Mukjizat teragung Rasulullah,
Menjadi panduan, pegangan ummah

Bahasanya indah tersusun,
Meredakan hati nan marah,
Bertukar tenang kerana hidayah,
Keunggulannya tiada tara,
Hingga akhir zaman

Banyak hikmah terkandung di dalamnya,
Pelbagai ilmu, ajaran agama,
Fakta sejarah, sains dan perbuatan,
Kisah Al-Anbiya' menjadi teladan

Rakan-rakan, sahabat sekalian,
Itulah kelebihan kitab Al-Quran,
Budayakannya sepanjang hayat,
Mendapat kesejahteraan dunia dan akhirat

p/s: tengah hari tadi mengajar murid-murid tahun 4 tentang Mukjizat Al-Quran. Harapnya mereka faham apa yang dibincang... Ya Allah, sinarilah mereka dengan hidayah-Mu agar mereka tak jemu menuntut ilmu-Mu...

Posted by Nadirah at 5:36 PM 0 comments    

Labels: Monolog

Buat adikku

Sunday, June 27, 2010

selamat ulang tahun ke 21 
~selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silaturrahim, selamat menambahkan sedekah, selamat menambahkan rasa takut kepada Allah.~

May Allah showers you His blessing and love always :)

Posted by Nadirah at 2:45 AM 0 comments    

Labels: Monolog

Bermusafir agar hati tenang

Saturday, June 26, 2010

Bismillah thumma alhamdulillah


Hari ni dah 5 hari sekolah penggal kedua dibuka. Cuti sekolah baru-baru ini mencatatkan sejarah dalam hidup saya kira. Alhamdulillah perancangan saya sebelum cuti bermula diizinkan-Nya walaupun tak semuanya. Cuti kali ini saya isi dengan perjalanan di tiga penjuru [Perak-Kelantan-Kedah], menghadiri walimah sahabat serta menziarahi sahabat yang dikasihi. Selepas ini, saya cuma ada seminggu berbaki untuk mentarbiyah anak-anak didik yang saya sayang. Moga seminggu ini dapat saya manfaatkan dengan sebaik-baiknya :)

Bila tiba cuti sekolah, boleh dikatakan aktiviti wajib adalah menghadiri majlis perkahwinan. Tahniah buat sahabat-sahabat yang melangsungkan perkahwinan (Asyikin & Shahir, Kak Ti & Zulkarnain, Shafiqah & Yusri, Kak Ida & Mizan, Syida & Suami, Mahfuz & Muna, Apos & Bib serta Eday & Hazrin). Terima kasih atas jemputan, tapi minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak penuhi semua undangan. Moga baitul muslim yang dibina sentiasa mendapat rahmat dan redha daripada Ilahi. Selamat bercinta hingga ke syurga!

Saya teringin sangat nak menghadiri walimah Kak Ti di Kelantan, ya lah 1st Sister yang kawin dalam batch saya! Siapa yang tak nak tengok, kan...tapi keadaan tak mengizinkan. Namun saya bersyukur kerana ada rakan-rakan yang hadir sudi meng"upload" gambar untuk tatapan kami yang tak dapat hadir.

Posted by Nadirah at 3:58 AM 0 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog

Saturday, June 5, 2010

Aku wanita
Dalam diriku ada berpuluh calon mujahid
Di jiwaku tersimpan beratus syuhada
Pada rahimku akan tumbuh beribu tentera Allah
Yang akan menggegarkan dunia
Dengan perjuangannya

Aku Wanita
Akan kupersembahkan berjuta pengusung agama
Akan kuberikan generasi pemilik dua pilihan : mati syahid atau hidup mulia
Akan kuhadiahkan pada dunia tak berhingga pejuang
Sampai bumi diliputi cahaya keadilan nan terang

Harus
Salahuddin Al-Ayubi baru terlahir dari rahimku
Sumayyah masa kini terbentuk di tanganku.

Mempersembahkan mujahid menjadi keseharianku
Melepas syuhada merupakan kebiasaanku

Akan..
Hendak..
Kulahirkan semua manusia pecinta Rabb-nya
Untuk kusebar membela kebenaran ke penjuru dunia

[kombat]

Posted by Nadirah at 4:20 PM 3 comments    

Labels: Monolog

Eid Mu'allimin

Monday, May 24, 2010

[Pelangi]

 

Dia Seorang Guru

Dia seorang guru tua sebuah sekolah
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah

Posted by Nadirah at 11:27 PM 0 comments    

Labels: kembara dietitian, Kenangan, Monolog

Challenge?!

Wednesday, May 12, 2010


Diet outing is a common activity after final exam. During 1st semester 3rd year we planned to go to Air Terjun Sg Pandan a.k.a. Panching. This is my first to go there [before this, I just heard from others], and fortunately my classmate's birthday was on that day so we had a surprised birthday party there;)

Posted by Nadirah at 10:21 PM 3 comments    

Labels: kembara dietitian, Tazkiyyatun Nafs

~M.O.T.H.E.R~

Sunday, May 9, 2010

"M" is for the million things she gave me

"O" means only that she is growing old

"T" is for the tears she shed to save me

"H" is for her heart of purest gold

"E" is for her eyes, with love-light shining

"R" means right, and right she will always be

Posted by Nadirah at 2:38 AM 0 comments    

Labels: Monolog

Ceghite Haghi Nie..

Friday, May 7, 2010

 Tam-kawan Adibah =)

Kami ada membela kucing kat rumah, kawan main Adibah.. Da banyak kucing yang dibela, tapi tinggal seekor je yang ada; "Tam" nama yang Adibah bagi. Dah dua hari ni, Tam tak berapa sihat. Demam + selsema, jadi dia tak lalu nak makan (LOA). Mak & Adibah risau la jugak, tapi saya tak de la pulak perasaan apa-apa. Da la saya ni takut sikit dengan haiwan, geli-geleman dek haiwan yang berbulu..Tapi sebab depa bela beranikan jugak la, nak buat macam mana kan.. [Wah, sejak bila la saya jadi pencinta haiwan nih!]~

Jadi, lepas Jumaat tadi kami (saya, Mirul & Adibah) bawak la Tam ke klinik haiwan. 1st time kot dalam hidup bawak binatang jumpa doktor. Dah sememangnya saya tak pegang langsung kucing tu, cuma memberi maklumat je pada Pembantu Veterinar (PV) tu.. So, sampai kat klinik tu terus ke bilik kucing (ada 2 bilik kat situ, satu bilik kucing, satu lagi bilik anjing). PV tu check heart beat dulu, agak laju (tapi saya rasa mungkin kucing tu takut, sebab kami letak dia dalam sangkar jadi Tam ni mengingau tak berhenti sejak dari rumah lagi) nak minta bebas... suhu badan - 40.5 oC! Sah demam, sebab suhu badan kucing yang normal 38.0-39.5 oC..(ni pun saya baca kat klinik tu sementara nak tunggu PV datang, hehe =P)

Posted by Nadirah at 6:44 PM 0 comments    

Labels: Monolog, Usrati

Walidaini

Thursday, May 6, 2010


Bismillah walhamdulillah waallahuakbar. 

Bersyukur kepada-Nya dipanjangkan usia. Sedar tak sedar tahun ni dah 28 tahun mak & ayah melayari bahtera rumah tangga pada 16 April yang lalu ('afwan kathir atas keterlewatan, dek kekangan masa yang tak menentu). Mabruk 'alaikuma atas nikmat yang Allah beri. Angah doakan moga mak & ayah dipanjangkan usia, diberkati dalam hidup serta dikekalkan nikmat jodoh hingga akhir usia..

Posted by Nadirah at 7:56 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Usrati

VIVA

Wednesday, May 5, 2010

05 April 2010- selepas pembentangan case study IPD
Kelas Diet 3rd year

Lusa viva (disebut 'vai-va' bukan perodua viva tu ye!), hati tak keruan. Penilaian akhir sebagai pelajar dietetik & juga penentuan kepada performance sebagai undergrad student. Adakah pengorbanan selama 4 tahun berbaloi untuk dibuktikan dalam masa 15 minit tu nanti? Saya cuba menenangkan hati walaupun ada sedikit kegusaran sebenarnya.. 

"Apa yang kena tanya nanti ye?" - soalan wajib

"Takut la pulak nak viva ni, banyak benda nak kena baca" - perasaan semua orang

Selepas pembentangan, saya dan rakan-rakan sekelas diberi taklimat ringkas oleh SF untuk program lusa.

"The topics are wide, cover all. from your 1st year until now. All recent update info also.. Ala, boleh punye, you all kan da praktikal.. Tapi jangan main-main pulak. It just approve for your undergrad performance. Bak kata Dr. N, you all da bagus, cuma viva ni nak buktikan pada kami yang you all bagus..." 

Satu kelas terdiam sambil tersengih, dalam hati Tuhan yang tau.. Badan sangat la penat sebab ada yang tidur lewat nak siapkan slide presentation, nasib baik saya da present pagi tu. Petang cuma dengar aje la...

"Kita ada 3 panel, sorang dari luar yang da confirm, sorang lagi belum.[lagi sorang kami da tau mesti SF punye...]. You have about 1 day to make your revision. Kita undi la pulak untuk kali ni, baru best sikit.." 

Posted by Nadirah at 3:55 AM 6 comments    

Labels: kembara dietitian, Kenangan

Ceghite Semalam

Tuesday, May 4, 2010

Pagi semalam aku teman ayah ke PKG Teluk Medan, Semanggol. Tujuan utama nak hantar adik Maryam Najlaa (calon simpanan Tilawah Perempuan Perak), ada latihan pusat MTQS 2010.. Kami sampai lebih kurang pukul 10++ pagi, ramai jugak yang belum sampai.. Sebaik je sampai, daftar terus ke kantin minum pagi [orang melayu mesti makan dulu, ecece..]. Kat sini la jugak aku berjumpa dengan bekas PK HEM sekolah dulu, Tn Hj Zahidan. Dah lama sangat tak jumpa, hampir 6 tahun kot! Tapi aku rasa biasa je, sebab tak rapat sangat dengan ust.

Taklimat bermula dalam pukul 11, habis lebih kurang sejam setengah. Dalam taklimat ni, ust mengingatkan para peserta untuk berlatih bersungguh-sungguh. Tujuan utama nak MENANG! Kalau boleh nak 'rampas' balik juara keseluruhan yang tempang tahun lepas selepas 6 tahun... Sejujurnya memang aku tak pernah masuk tilawah/tahfiz/bercerita/syarahan masa zaman muda-muda dulu. Walaupun aku tak de kenangan langsung nak dikongsi, tapi aku tak menyesal. Kadang-kadang memang ada rasa rendah diri, siapalah aku nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang hebat-hebat dulu! Cuma apa yang aku harapkan agar Al-Quran selalu ada dalam hati aku, menyinari hidupku, petunjuk kehidupan aku dunia dan akhirat.

Posted by Nadirah at 12:06 AM 0 comments    

Labels: Monolog

I asked ALLAH

Tuesday, April 27, 2010

I asked Allah for strength
And Allah gave me difficulties to make me strong

I asked Allah for wisdom
And Allah gave me problems to solve

I asked Allah for prosperity
And Allah gave me brain and brawn to work

I asked Allah for courage
And Allah gave me danger to overcome

Posted by Nadirah at 2:53 AM 2 comments    

Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Pelajar + Ibu Bapa + Pensyarah

Friday, April 23, 2010

Tarikh: 10hb April 2010 (Sabtu)
Tempat: Hotel MS Garden, Kuantan Pahang
Masa: 8.00 - 11.00 malam

        Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tahun ni merupakan kali ke-3 pelajar-pelajar tahun akhir diraikan dalam majlis HEALS Appreciation 2010 yang bertemakan Potret of Memory, dan saya ialah salah seorang daripada yang diraikan [walaupun pada hakikatnya belum layak pun...]. Mengenangkan aktiviti malam tu, teringat akan kesusahan dua tahun berturut-turut mengendalikan AGD yang lepas. Pelbagai rintangan dan kekangan yang dihadapi demi memastikan program berjalan lancar.. Namun, saya tak kesal sebab banyak perkara yang saya belajar untuk mengendalikan program besar sebegini. Pengalaman itu mendewasakan, ya mendewasakan! Dengan tugasan yang mesti dipenuhi dan halangan-halangan yang dihadapi saya rasa sangat manis untuk dikenang supaya kesilapan yang lepas tak diulang untuk masa akan datang,Insya-Allah. Terima kasih buat adik-adik yang bersusah-payah mengaturkan majlis buat kami..Syabas adik-adikku! [saya sangat berterima kasih + terharu sebab saya tahu bertapa payahnya mereka :)]

Posted by Nadirah at 12:50 AM 2 comments    

Labels: kembara dietitian, Kenangan, Monolog

Untukmu Ratuku

Tuesday, April 20, 2010

Ratuku
Ingin kuluahkan
Apa yang sudah lama ingin kuluahkan
Tentang kebimbanganku ini
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan yang ganas
Lagi bernafsu serakah

Ratuku
Kebimbanganku ini masih menebal
Apabila kudengar dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu
Walau tanpa relamu

Ratuku
Kebimbanganku bertambah lagi
Bila kumelihat bunga yang tak segan silu
Melempiaskan kecantikanmu ketika sedang mekar
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindungi

Ratuku
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi
Ratu idaman hatiku
Kerana apa yang aku lihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga gugur
Bagai tibanya musim luruh

Ratuku
Bukanlah kuharap
Kau segigih Siti Hajar
Yang berlari-lari antara Sofa dan Marwah
Bukan juga Ainul Mardhiyah
Menanti kekasih di pintu syurga

Posted by Nadirah at 11:32 PM 2 comments    

Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Selamat Ulang Tahun Sayang

Monday, April 5, 2010

Bulan Mac merupakan ulang tahun kelahiran mak (31/03) dan yong (17/03), selamat ulang tahun buat kalian. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dan berbahagia dunia akhirat. Angah mintak maaf lambat ucap, dek kekangan masa yang mencemburui kita. Angan doakan mak dgn yong sihat selalu dan dapat beribadah menjadi hamba yang taat. Buat yong, semoga cepat bertemu jodoh dgn org soleh =)

Posted by Nadirah at 11:16 PM 0 comments    

Labels: Usrati

~Hitung kesyukuranmu, bukan kesusahanmu~

Sunday, April 4, 2010

Semalam berbual-bual dengan kawan-kawan sekelas, masing-masing berkongsi rasa dengan perancangan masin-masing selepas grad nanti. Ada yang nak sambung Master, ada yang nak mintak kerja, tak hebat juga ada yang merancang dan membuat persiapan nak berumah tangga. Rasa macam tak percaya, dah dewasa rupanya diri ini, dah sampai masanya kena berbakti pada mak ayah. Tapi kadang-kadang rasa yakin pada diri semakin kurang..Mengapa jadi begini? 

"Pas ni nadirah nak wat ape? Tak berminat ke nak sambung master  research tu?" kawan-kawan asyik bertanya. "Em, tak tau lagi, tengok la mana ada rezeki", ringkas jawapanku. Ya, bukan tak mahu nak berkongsi tapi diri ni sangat takut kalau2 tak menjadi..

Posted by Nadirah at 3:20 PM 0 comments    

Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs

Saturday, April 3, 2010

Setiap kali bukak blog, mesti rasa banyak benda nak tulis, tapi saya sendiri pun tak tahu kenapa kekeringan idea. Istiqamah Nadirah, istiqamah........

************************************************

Alhamdulillah wa syukurillah. Semalam merupakan peperiksaan bertulis terakhir yang saya hadapi sebagai pelajar undergrad. Saya sendiri pun tak sedar sampailah kawan saya cakap"perasan tak, ari ni kan exam last kite!! tapi undergrad la.." Entah kenapa terlalu rasa sayu nak tinggalkan zaman belajar, memang ada cita-cita nak sambung belajar lagi, tapi tengok pada rezeki selepas ni...Ada rezeki kerja, mungkin kerja dulu lepas tu sambung master. Target nak ada PhD sebelum 30, Insya-Allah akan berusaha sebaik mungkin ke arah tu.  Bila tanya pengalaman dietitian, ada yang prone kerja dulu, cari pengalaman pas tu sambung belajar. Tapi kalau bersama ahli akademik, dah pasti menggalakkan untuk sambung belajar. Bagi saya dua-dua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mudah-mudahan impian nak belajar sampai peringkat yang tertinggi terus subur sampai bila-bila..

"Ayah kalau boleh nak ada anak ayah yang jadi Professor"

Allahu akbar, begitu tinggi harapan seorang ayah..............

 p/s: kita merancang, Allah juga merancang. Dan Allah ialah sebaik-baik perancang

Posted by Nadirah at 3:40 PM 0 comments    

Labels: kembara dietitian, Monolog

Monday, March 29, 2010

Kupohon kekuatan itu...
Untuk aku harungi sisa-sisa hidupku di Bumi ini...
Moga ada maghfirah dan barakah sentiasa mengiringi perjuangan ini...
Ya Allah, dengan izin-Mu permudahkanlah segala kesusahan...
Tiada kekuatan melainkan apa yang Engkau izinkan...

Posted by Nadirah at 5:30 AM 0 comments    

Labels: Monolog

Tanpa ku Sedar...

Tuesday, March 23, 2010



Posted by Nadirah at 1:05 AM 0 comments    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

Refresh

Saturday, February 27, 2010

"Mengejar ilmu itu memang memenatkan, kadangkala mengundang putus asa... Hakikatnya yang penat itulah bakal memberikan pulangan berharga. Apabila merasa kepenatan dalam menuntut ilmu, ingatlah kepenatan itu pasti akan hilang. Tetapi kebaikan itu akan berterusan...Teruskan PERJUANGAN demi Allah, dunia & akhirat..."

Posted by Nadirah at 8:31 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs

For the Rest of My Life...

Tuesday, February 9, 2010

By Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've open my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And there's a couple words I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you...loving you

Posted by Nadirah at 12:46 AM 0 comments    

Labels: Monolog, Tazkiyyatun Nafs

UNIC: Jalan Ku Pulang

Monday, February 8, 2010

Tundukku malu di depan-Mu
Kernaku insan berdosa
Kuadukan sesalanku
Apakah akan Kau terima
Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
Tinggalkan semalam yang nanah
Lantas meratap hina kan ku pada sempurna-Mu
Terpaut aku tak berpaling
Bersyukur hanya pada-Mu Tuhan
Kau temukan laluan bermula
Dan cinta-Mu bagai air di tandus sahara
Buatku melepas dahaga

Posted by Nadirah at 4:44 PM 0 comments    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

Jangan Sekadar Syurga Dunia

Tuesday, February 2, 2010

Tazkirah manfaat daripada http://www.saifulislam.com/

“Saya perlu bernikah, ustaz. Sangat perlu” ujar seorang anak muda.

“Mungkin tidak patut ustaz menyoal, tetapi KENAPA?” soalan saya ajukan kepadanya.

Bukan kenapa nikah, tetapi mengapa begitu terdesak.

“Tidak tenteram. Ada gelodak jiwa” katanya.

“Justeru selepas nikah nanti, kalau sudah tenteram dan jiwa kembali tenang, apa seterusnya?” saya menyambung pertanyaan.

“Tenteram itu bukankah sentiasa perlu? Jadi perlukah ada ’seterusnya’, ustaz? Saya keliru,” katanya jujur.

“Izinkan ustaz berterus terang. Jika tenang dan tenteram yang anta maksudkan itu adalah pada nikmat beristeri dan menikmati isteri, hati-hati dengan tabiat nikmat dunia,” saya tidak mahu berbunga kata.

“Tabiat yang bagaimana?” beliau agak kabur dengan perbualan kami.

“Kalau ustaz pakar sambal sotong, ustaz hidangkan kepada anta buat kali pertama, Alhamdulillah. Tengah hari nanti sambal sotong juga, Alhamdulillah. Makan malam nanti sambal sotong lagi, Alhamdulillah. Bagaimana jika sarapan pagi esoknya juga sambal sotong dan tengah hari itu juga berlaukkan sambal sotong. Kamu mampu menjamahnya lagi?” saya beranalogi.

“Aduh, boleh muntah dibuatnya. Jangan, ustaz!” katanya sambil ketawa.

“Benar. Segala nikmat di dunia, biar sesedap mana pun ia, sedapnya semasa lapar, semasa bujang, semasa belum merasa. Tetapi kalau sudah dirasa, diulang rasa, berterusan merasa, bisa sahaja yang sedap menjadi hambar” saya menyambung kalam.

“Jadi, apa yang cuba ustaz beritahu saya?” soal beliau.

“Pernikahan, jangan sekadar satu penyelesaian. Ia harus lebih besar dari itu” saya memberikan kesimpulan.

Posted by Nadirah at 5:14 AM 0 comments    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

Hari-hari Terakhir di Sungai Petani

Sunday, January 31, 2010

 
 Demo pump feeding..Sedapnye Nepro! Ye ke? uiks... 

Hari ini merupakan hari terakhir di Sungai Petani, Su & Yat dah selamat pulang ke kampung halaman. Saya bersendirian di sini menanti kehadiran mak & ayah.. Terasa bagai semalam baru pulang dari Kuantan, kelam kabut mencari rumah di SP tup tup da habis pun pratikal di sini.. 2 bulan masa berlalu terlalu pantas, bermakna lebih kurang 3 bulan lagi saya akan bergraduat dan memulakan alam kerjaya. Insya-Allah..
Meraikan ulang tahun Sa'adah yang ke-24

Pemilihan tempat praktikal di kawasan utara bukanlah harapan besar bagi saya, beberapa rintangan terpaksa Sr Fathin tempuhi untuk menempatkan saya & rakan2 yang lain. Terima kasih Sr selalu bersusah-payah untuk kejayaan kami, saya bersyukur ditempatkan di sini... Pertukaran tempat dari JB ke SP di saat2 akhir, membuatkan saya benar-benar bersyukur atas pemilihan ini.

Di sini saya belajar banyak perkara, bukan sekadar menjadi dietitian di masa hadapan tapi yang paling penting saya "dilatih" menjadi manusia yang peka kepada orang sekeliling. Puan Balqis, Puan Hanee & Puan Zaila tak jemu2 mengingatkan kami supaya jelaskan kepada pesakit masalah yang mereka hadapi secara keseluruhan sebelum membuat intervention and planning. Kalau patient faham condition mereka sekarang, mereka akan decide sendiri apa yang boleh mereka buat dengan cadangan kita. Kebanyakan student lack sense of homour, sekadar nak terangkan kat patient apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Sebab tu kebanyakan pesakit tak nak jumpa dietitian, diorang anggap nanti jumpa dietitian mesti tak bagi makan itu, tak bagi makan ini. Sebenarnya cara approach patient yang paling utama, barulah patient seronok nak jumpa dietitian. [dietitian must be proactive! we are not just as dietitians but we actually are counselor, friends, supporter, buddies as well as psychologist sometimes... to make others change is very2 difficult]

Posted by Nadirah at 3:14 PM 0 comments    

Labels: kembara dietitian, Kenangan

Rindu Maghfirah

Friday, January 22, 2010


Posted by Nadirah at 11:32 PM 0 comments    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

Ukhuwah hingga ke Jannah

Sunday, January 17, 2010

Dalam kesibukan saya mengakhiri latihan praktikal di sini, saya mendapat khabar gembira seorang kawan sekelas Tahun 6, Nurshuhadah akan menamatkan zaman bujangnya pada 06 Februari nanti. Alhamdulillah, berakhir sudah teka-teki siapa yang akan menamatkan dulu zaman gadis dalam geng kami :) Tahniah Shu, semoga jodoh kekal hingga ke syurga! Moga baitul Muslim yang dibina sentiasa mendapat sakinah, mawaddah wa rahmah daripada-Nya.
Walimah Murniyati (Disember 2007) di Dewan Merdeka
Bekalang dr kanan: Dahlia, Murniyati, Aminah, Husna, Syahirah, Shu, Nadirah
Hadapan dr kanan: Harithan, Hakim

Posted by Nadirah at 4:39 PM 0 comments    

Labels: Kenangan

Cantiknye Tulisan...

Saturday, January 16, 2010

Saya bukanlahlah layak untuk memiliki tulisan yang cantik dan kemas. Apatah lagi kalau masa tak mengizinkan untuk tulis cantik2, memang macam cakar ayam! Tapi bg saya walau macam mana keadaan sekalipun, saya tetap mahu tulisan saya mudah difahami walaupun kurang kemas [bukan untuk orang lain, tapi diri sendiri. Saya sangat pelik kalau ada orang yang tak dapat nak baca apa yang dia sendiri tulis. Kalau dah diri sendiri tak faham apa yang ditulis, apatah lagi orang lain! Hmmm....]

Tulisan & Kenangan

1. Sekolah rendah
Saya selalu jeles dgn tulisan mak, kawan2 sume kata tulisan mak cantik... [selalu mak/ayah akan isi dokumen2 anak2 cthnye borang keizinan ibu bapa, nama kat buku tulis, dll]. Tapi sampai darjah 4 aje la, sbb lepas tu mak dgn ayah suruh tulis sendiri diorg sign borang. Jadi saya berazam nak ada tulisan yg cantik juge [cantik budak2 la..hehe :)], sebab kalau buruk nanti mak dgn ayah malu bila tulisan anak diorg tak cantik. Hmm pemikiran budak2 masa tu... nak dapat pujian je, tapi bagus jugakkan disiplin utk diri!

Posted by Nadirah at 12:22 PM 0 comments    

Labels: Monolog

Sirr 1

Sunday, January 3, 2010

Allah amat menyayangi kamu. Wujudmu adalah bukti wujud-Nya.

Apakah maknanya Dia mewujudkanmu jika Dia membencimu? Renunglah ke dalam dirimu dengan renungan yang sedalam-dalamnya.

Sesungguhnya pada dirimu sudah nyata akan kasih sayang-nya, jika kamu memahami.

"Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?" (Adz-Dzariyat:21)


p/s: sumber daripada~ Bisikan Sirr karya Hj Ibrahim Mohamed (2008)

Posted by Nadirah at 12:27 AM 0 comments    

Labels: Bisikan Sirr

1 tahun lagi usia diambil

Saturday, January 2, 2010

Hari pertama tahun 2010 bermakna dah 15 hari meninggalkan tahun 1431 hijrah. Soalan yang selalu ditanya bila tiba tahun baru, "Apa azam tahun ni? Semua azam tahun lepas berapa peratus dah capai?" Bagi diri saya, agak jarang juga meletakkan azam atau harapan yang tinggi kerana setiap hari saya selalunya akan menetapkan apa yang mahu saya capai pada hari tersebut =) Cuma, mungkin ada beberapa perkara 'besar' yang ingin saya fikirkan untuk saya capai pada masa terdekat ni..

- Tingkatkan amalan, rajinkan diri untuk amalan sunat especially dhuha + qiyam [sebab tu selalu rasa sedih, sebab dah banyak lalai dengan Tuhan]

- Latih diri untuk menjadi lebih sabar, kuat dan tabah menghadapi semester akhir ni [Yes, I can do the best  biiznillah and strong support from myself as well as family too..Yang penting hati selalu ingat DIA] 

Posted by Nadirah at 5:44 AM 2 comments    

Labels: Tazkiyyatun Nafs

Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Powered By Blogger

Blog Design by Gisele Jaquenod.